Peria goreng ranggup, boleh ralit bila makan sambil menonton televiyen. Satu botol pun boleh habis, rasa pahit sikit-sikit itulah ubatnya.
Rupanya nak buat ini tak susah pun. Biasa kalau nak goreng mesti ada tepujng khas atau tepung buat sendiri. Sekarang, nak mudah boleh saja guna tepung bestari.
Boleh dikatakan tepung bestari ini boleh goreng macam-macam bukan setakat ayam saja ye.
Kali ini perkongsian daripada Ruzie Gee untuk resipi peria goreng ranggup ini cukup mudah, hanya guna tepung bestari saja. (nak beli yang murah boleh cari kat sini: https://invol.co/clgz07i )
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Rahsia Peria Goreng Crispy Ala Mamak Nasi Kandar, Ranggup & Tahan Lama
Resipi Peria Goreng, Campurkan 3 Jenis Bancuhan Tepung, Barulah Rangup!
Caranya:
1. Sagat peria nipis-nipis. Bagi resipi ini sesuai guna peria katak. Kemudian rendam dengan air garam selama 15 minit untuk hilangkan rasa pahit. Selepas itu, toskan.
2. Selepas itu ambil peria yang sudah ditoskan dan gaul dalam tepung sehingga sekata.
3. Kemudian masukkan dalam tapisan, tapis lebihan tepung. Jangan terlalu tebal sangat tepung yang disalutkan dengan peria. Selepas itu, goreng dengan minyak yang betul-betul panas hingga garing.
4. Contoh peria ranggup tak pedas yang menggunakan tepung bestari original.
5. Ini pula, peria pedas guna tepung bestari spicy.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Sedap sangat ni, kalau nak buat jual pun boleh sangat. Buat duit tepi mak-mak.
Sumber: Ruzie Gee
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita