Resipi Penkek Souffle Jepun ini pasti dapat memenuhi selera seisi keluarga termasuk anak-anak. Bila anak-anak semua ada di rumah, masalah yang sama sedang dihadapi oleh mak-mak; apa lagi yang boleh disediakan di rumah untuk anak-anak dan suami. Antaranya penkek, macam-macam jenis penkek dah cuba. Ha…apa kata kali ni cuba buat Penkek Souffle Jepun pula. Sangat gebu dan lembut kejadiannya, pasti anak-anak suka.
Resipi ini telah dikongsi oleh puan Raihatul Wardah di facebook miliknya; https://www.facebook.com/wardah7474. Resipi ini adalah versinya sendiri selepas menggabung dan mengolah beberapa resipi yang diperolehnya di media sosial.
Cubalah, Resipi Ini Guna Enam Bahan Saja!
Bahan A:
3 biji Kuning Telur
2 sudu besar susu segar @susu penuh krim@susu sejat
1.Gaul sebati bahan A di dalam mangkuk menggunakan hand whisk/senduk.
Pukul bahan B menggunakan mixer sehingga adunan betul-betul kembang ( soft peak). * adunan kelihatan seperti bertanduk dan apabila adunan diterbalikkan ianya tidak akan tumpah daripada mangkuk.
Campurkan adunan A dan adunan B. Kacau perlahan sehingga adunan sebati.
4. Letakkan sedikit minyak ke atas frying pan dengan rata. Kemudian tuang sedikit adunan tersebut ke atas frying pan, menggunakan senduk bulat atau plastik nozel.
5. Tutup sebentar frying pan (1-2 minit) untuk mendapat penkek naik dengan cantik. Gunakan api sederhana untuk memasak penkek tersebut.
Ads
6. Terbalikkan penkek untuk mendapat tekstur dan warna yang sekata.
7. Bila semua telah masak, bolehlah hidangkan dengan sos coklat untuk menambah lagi keenakannya. Atau boleh gunakan sos lain yang disukai oleh keluarga seperti sos strawberi dan sebagainya. Penkek ini sangat lembut dan sedap…sesuai dimakan bila-bila masa. Selamat mencuba.
Khas buat mak-mak yang ada sakit lutut, anda boleh cuba amalkan minum air detox yang dikongsikan Puan Nana Rina ini. Katanya air ini sangat berkesan apabila dia sendiri tengok hasil selepas mak ciknya minum air detox epal hijau yang direbus.
Kalau nak buat, mak-mak boleh cari bahan-bahan ini dulu ya…
Semalam saya pergi rumah aunty, terkejut sangat bila tengok dia boleh bangun sendiri tanpa support dari apa apa, sebab sebelum ni dia sakit lutut dan kalau nak bangun ke apa dia kena ada support untuk dia bangun even duduk pon tak boleh sebab nanti susah nak bangun, sekarang alhamdulilah laju je dia bangun.
Saya tanya dia apa petua?
Di bawah inilah petuanya “Air detox homemade”.
Cubalah korang try mana tahu esok dah bole berlari!
Resepi air detox homemade
▪️Air 3 mangkuk/cawan
▪️Serai 4 batang di ketuk
▪️ Halia 1 biji besar dihiris
▪️ Epal hijau 3 biji potong dadu
▪️Rebus sampai naik bau dan
mendidih
▪️Tapis semuanya dah boleh minum
Minum time suam.
Buah epalnya boleh dimakan.
Seeloknya habiskan semuanya dalam sehari 3 kali, pagi, petang malam, jangan simpan dalam peti ais nanti hilang khasiatnya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resepi cencaru bantut ini istilah orang belah Kedah panggil untuk cencaru sumbat sambal. Sesetengahnya menggunakan ikan haruan. Sedap bila dapat makan dengan nasi panas.
Hidangan yang boleh buat tak sedar menambah dua pinggan. Kata Norrihan Ars yang berkongsi resepi ikan bantut atau cencaru sumbat ini, hidangan yang disediakan ini cukup untuk tiga orang makan.
“Kak Ann panggil ikan bantut. Btui dak kita kedah panggil ikan bantut. Kot salah harap maaf. Tapi yang pastinya kami dok panggil lagu tu.”
Ikan bantut ni sedap, sebab manis-manis pedas. Kak ann buat, belah dua-dua belah belakang ikan supaya boleh sumbat kedua-dua belah. Barulah kepuasan berganda. Giteww.
Bantut ni ada yang buat letak kelapa parut, tapi kak ann suka macam ni. Ini cara kak ann.
Mudah ja buatnya.
Jom masak!
Bahan-bahan Cencaru Bantu
3 ekor ikan cencaru – saiz kecil
8 tangkai cili kering (rendam air panas dan toskan)
5 ulas bawang merah Kunyit hidup – kalau tak ada boleh abaikan atau ganti dengan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Serai
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil asam jawa Gula Garam Perasa Maggi secukup rasa
Cara memasak Cencaru Bantut
Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Ketepikan.
Tumbuk semua bahan hingga sebati. Kalau suka sampai lumat, tumbuklah sampai lumat. Nak pakai blender kering pun boleh. Masukkan maggi secukup rasa.
Masukkan gula dan garam. Tumbuk lagi.
Masukkan asam jawa.
Isikan belahan dan tiap rongga yang ada dengan sambal.
Kak Ann belah belakang dua-dua belah. Tak ada isu lagi sebelah yang satu lagitak ada sambal.
Siap canggini.
Goreng api sederhana, jangan kuat. Satgi ikan terkejut dan keluar air dan minyak jadi kotor dengan sambal yang manis tu.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Buat Sendiri Minuman ‘APPLE CIDER’ Sedap Tanpa Alkohol, Rasa Manis Epal & Rempah Ratus! Jika di rumah banyak buah epal yang tak termakan, sampai naik layu dibuatnya boleh cuba buat minuman ‘apple cider’ ini .
Mungkin ramai yang keliru apple cider ini, tak sama seperti Apple cider vinegar. Apple cider vinegar beralkohol dan dibiarkan teroksida (alkohol meruap).Manakala Apple Cider ini pula boleh diminum terus. Memang sedap diminum suam-suam, rasa manis epal dengan aroma rempah ratus.
Boleh cuba buat sendiri ‘Apple Cider’ sedap tanpa alkohol ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza binti Abdul Hamid ini sebagai panduan.
Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada.
Apple cider. Jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas.Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga.
Ya, minuman ini biasanya diminum panas.
Bulan Oktober ialah musim luruh di Kanada dan di Vancouver ialah masa kami menyambut Festival epal.Dalam khemah besar dibawa beratus-ratus jenis epal untuk dirasa. Bayar sepuluh dolar dan masuklah berjalan dalam khemah itu dalam barisan yang seperti ular.
Dari satu meja ke satu meja merasa hirisan epal satu persatu.Pada masa ini ketara beza mereka yang profesional sama ada chef, pakar pastri, pembuat champagne atau pembuat cider dengan kami yang tidak tahu apa-apa.
Naik bingung merasa epal yang pelbagai nama dan pelbagai guna. Ada epal Granny Smith yang hijau. Rasanya yang sedikit masam dan manis serta tekstur yang kuat sesuai dibuat pai. Epal royal gala yang gebu sesuai untuk masakan dibuat sos. Honey crisp yang comel, rapuh dan manis elok dinikmati begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya pun.
Orang lain yang profesional bawa buku nota. Sambil makan sambil mencatat nama dan gunanya epal yang mereka rasa.
Kami? Makan, makan, dan makan dengan gembira. Kagum dengan kebesaran Allah mencipta buah yang nampak sama namun berbeza rasa.
Sampai di pintu keluar khemah, ada borang untuk menempah epal yang berkenan di hati. Bukan beli sebungkus dua, ini beli sekarton terus.Kami tidak beli apa-apa. Kenyang makan dalam khemah saja.
Buat Apple Cider Sendiri Di Rumah
Pernah tak di rumah anda ada sesuatu yang asyik duduk saja atas meja atau di dapur. Tiada siapa yang menunjukkan minat hendak makan atau buat apa-apa.
Kemudian, apabila anda terdetik hendak buat sesuatu dengan makanan/ bahan tersebut, ada sahaja yang hendak makan, hendak rasa dan macam-macam.
Begitulah halnya epal di rumah kami kali ini. Tiada siapa nampak berminat.Asalnya saya hendak buat pai, applesauce dan cider. Namun sebiji demi sebiji kena culik. Akhirnya cider yang sempat. Alhamdulillah.
Bahan-Bahan:
7 Biji Epal Granny Smith dan Royal Gala
2 sudu makan Gula (jika mahu)
2 inci Kulit kayu manis
3-5 kuntum Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
Air
Cara Membuat:
1. Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik.
2. Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender.
3. Tambah air secukupnya. Blend.
4. Boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.
5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat. Kemudian, masukkan gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).
7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.
Info Ekstra!
Minum tanpa ditapis lagi bagus penuh serat yang bagus untuk usus.
Minum dalam masa seminggu sebab kita tak letak apa-apa pengawet.
Asalkan bau dan rasanya sama, in shaa Allah selamat untuk diminum.Jika mula bergas atau masam lain macam, elakkan. Maknanya sudah rosak.
Boleh simpan dalam peti sejuk macam jus biasa. Apabila hendak minum boleh panaskan atau jika suka, minum sejuk.
Jika hendak jadikan jem/ applesauce, letak sedikit sahaja air semasa blend (asal mesin boleh jalan) atau guna food processor.
Tambah sedikit gula perang dan jus lemon, serbuk kayu manis (supaya tiada yang ketul-ketul), serbuk buah pala secubit dan serbuk bunga cengkih.Masak sehingga kering air atau kepekatan yang disukai.
Jika guna rempah-ratus whole (kulit kayu manis/ bunga cengkih), keluarkan lepas masak.
Mingguan Wanita: Menarik resipi minuman Apple cider ini. Banyak buah epal di rumah, yang tak habis makan tu boleh cuba buat apple cider ni. Memang sedap diminum suam, rasa manis epal dan rempah ratus.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...