Ramai yang suka ‘order’ lauk paprik bila makan di kedai digandingkan pula dengan nasi panas dan telur dadar.Sebenarnya kita boleh masak sendiri lauk paprik ni di rumah, lebih puas hati dan jimat. Rasanya pula lebih sedap dari makan dekat kedai. Paling penting bial buat paprik ni, jangan lupa letak daun limau.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Khas Fenaini;
Siapa suka order lauk paprik kalau makan kat kedai. Lepas try resepi ni you will say no more to kedai punya paprik. Ahakks. So konpiden kan.
Tak caya nanti try buat ikut sebijik macam ni, di jamin laki hampa makan nasik bertambah. Ke laki ku sorang ja makan bertambah.
Ni je bahan bahannya, simple je kan. Tapi rasa lagi sedap 44x dari kedai meriah.Kedai meriah tu tempat kami selalu makan malam-malam.
Bahan-Bahan (tumis):
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serai sebatang diketuk
3 sdm cili
Bahan sos:
2 sdm sos cili
2 sdm sos cili thai
1 sdm sos tiram
1 sdm sos ikan
1/2 sdm kicap manis
Setengah mangkuk air panas
Ayam potong kecil
lobak merah
bunga kobis
brokoli
jagung
cili padi
Ads
Cara Membuat:
1. First panaskan minyak banyak sikit. Sebab apa kena banyak? Kita nak tumis cabai kering blend lepasni.Masukkan bahan-bahan tumis.
2.Bila bahan tadi garing boleh masuk 3 sdm cili blend okeh.
3.Lepastu masuk ayam. Boleh pakai dada ayam atau bahagian lain jugak tapi make sure potong kecik kecik. Masak sampai ayam kecut, atau sampai nampak masak lah.
4.Masuk pulak bahan-bahan sos.
Ads
5.Masuk air panas setengah mangkuk. Ala tu kan pakai mangkuk sos tadi sebab tu lah air kaler tu.
6.Biarkan mendidih kejap.
7.Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh.
8.Last jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik. Buang tulang tengah daun tu yaa.
9.Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba.
Yummehhhh
Makan dengan nasik panas, tak dilupa telur dadar sekali.
MW: Boleh cuba resipi paprik ni, tak perlu beli dekat kedai lagi. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri di rumah. Paling penting, jangan lupa letak daun limau purut.Barulah kuah papriknya menjadi.
Rupanya nak simpan daging pun kena ada caranya, tak boleh ambil cuci bersih dan potong sesiap letak dalam peti ais.
Malah kalau nak cairkan daging yang beku pun kena ada petua. Tak boleh sesuka hati rendam dalam air.
Jadi kalau nak daging segar itu tahan lama, mak-mak boleh cedok tip daripada Chef Mawi.
CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sempena musim durian ni, macam-macam resipi yang mak-mak boleh cuba buat sendiri dirumah. Baik bubur, pengat, kuih muih, serawa dan sebagainya. Tapi untuk kelainan, sebenarnya mak-mak pun boleh buat aiskrim yang lemak berkrim dengan buah durian ini. Mudah je cara nak buatnya, bahan-bahan pun tak banyak dan boleh dapat dalam sebekas 1.5 liter. Pastinya lebih menjimatkan, anak-anak pun mesti suka!
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Syu Islamiah untuk buat sendiri Ais Krim Durian Homemade ini;
“Bila dah banyak sangat durian, tempoyak dah buat, kuih-kuih pun dah buat so kita buat ice cream durian pulak la sebab kalau nak beli 1 scoop pun dah rm8 harganya. Ni dah kali kedua saya buat dan rasanya memang yummy lemak berkrim. Senang je caranya, pakai blender je pun boleh.”
Bahan-Bahan:
1 cawan isi durian ( nak letak lebih pun lagi sedap)
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu besar ovalette (pastikan yang halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1.Blend semuanya hingga hancur dan sebati dalam 2 hingga 3 minit.
2.Selepas tu, masukkan dalam mixer selama 5 minit untuk kembangkan bagi bertambah isinya dan gebu.
3.Masukkan dalam bekas ais krim 1.5L, dalam sejukkan dalam peti beku.
Raya dah nak dekat nie, tinggal beberapa hari lagi. Sudah tentu bahan-bahan kat bakeri pun banyak yang habis. Lebih sedih, bila gi kedai bakeri punyalah beratur panjang, sekali bahan yang nak pakai pulak dah habis. Sedih!.
Tak payah, pening-pening kepala. Ada resepi cornflakes coklat yang guna bahan kat pasar raya sahaja. Boleh buat banyak-banyak. Anak-anak pun suka, coklat katakan. Mak-mak lak mesti ralit juga bila makan nie.
Perkongsian daripada Nor Hafidzah Qasim
“Bila cari cooking coklat kat kedai semua tak ada stok. Nak pi kedai bakery, malas nak beratur panjang. So, singgah supermarket, kita beli coklat tango yang plain, untuk buat cornflakes coklat.
“Resipi ni memang mudah, tak perlu guna oven. Boleh serah kat anak sahaja untuk buat. Sebab nak makan nanti merekalah juga kan.
Cornflakes Coklat
Bahan-bahan:
A. 1 pek coklat tango plain 140gm dan 1 sudu besar butter. Cairkan guna teknik double boiler.
B. 2 1/2 cawan cornflakes yang dihancurkan sedikit.
Cara Membuat:
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas. Gaul sehingga rata.
Sudukan ke dalam bekas kertas. Biarkan sejuk seketika di dalam peti ais.
Resepi yang sangat mudah sebab tak perlu bakar.
Masukkan 140gm coklat tango dan 1 sudu besar butter. Gunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair.Guna penyukat macam ni lebih mudah. Masukkan 2 1/2 cawan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan.Masukkan ke dalam bekas kertas, sejukkan seketika di dalam peti ais.Dah siap.Simpan dalam bekas kedap udara.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...