Bila jadi mak-mak ni kena lebih kreatif di dapur terutamanya bila anak-anak jenis ‘memilih’ dan cerewet bab makan. Kita nak anak-anak membesar dengan sempurna mendapat nutrisi lengkap secukupnya. Jadi bila anak-anak memilih tak nak makan nasi, atau sayur memang cukup risau.
Sebenarnya mak-mak boleh cuba buat Nugget Ayam ini untuk anak-anak.Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nana Sabrina Sarsan ini yang berkesan ‘menambat’ selera anaknya yang selalu memilih makanan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Resepi mudah untuk Anak-anak yang memilih makanan
“Hari ni, buat Nugget Ayam dan kentang untuk cik hajah, nugget ni memang sedap, ada sayur, ada kentang, isi ayam,tak guna banyak tepung, bukan cik hajah jer yang makan, tapi saya pun makan juga, makan sekali nak lagi”
“Nugget ni memang sangat-sangat mudah, bahan-bahan pun murah dan senang nak dapat, tak rugi buat, boleh simpan dalam peti beku”
Ads
Bahan-Bahan:
Dada Ayam (dari seekor ayam) cincang halus
Lobak, potong dadu saiz kecik,kemudian rebus seketika dan toskan.
Sayur Han bok /kubis bulat (saya hanya ambik bahagian daun saja)
Daun sup
Daun bawang
1 1/2 Sudu besar Tepung ubi ataupun tepung kanji
1/2 cawan Tepung gandum
Garam dan serbuk perasa ikan bilis
Bawang merah,putih dan halia (kisar halus)
Telur sebiji
Sebiji Kentang
1 cawan Breadcrumbs
Cara Membuat:
1. Rebus kentang dan lenyekkan.
2. Dada ayam dikisar dengan sedikit air, saya gunakan pengisar khas.Campurkan semua bahan-bahan seperti dalam gambar kemudian kacau sebati.
3. Kemudian masukkan pula tepung ubi, breadcrumbs, garam, serbuk perasa ikan bilis dan tepung gandum.*Sebatikan adunan.
Ads
4. Kacau adunan sehingga sebati, adunan tak keras ya, hasilnya akan sedikit melekat di tangan..jangan lupa sapu tangan dengan minyak ketika membentuk nugget.
5. Sediakan lidi sate, bentukkan nugget dengan lidi sate,jangan lupa sapu minyak kat tangan supaya permukaan nugget kemas dan halus.
6.Didihkan air, masukkan nugget dan biarkan hingga mendidih sehingga nugget timbul, kemudian angkat dan toskan.
Ads
7.Nugget yang telah direbus, boleh digoreng, nak simpan dalam peti beku pun boleh.
8.Salut nugget dengan telur, kemudian breadcrumbs, pastu boleh la digoreng dalam minyak terendam.
Tip Ekstra!
1.Kalau tak ada pengisar, nak cincang pun boleh (jangan kisar dengan air yang banyak ya, nanti hasilnya tak sama macam yang saya buat, saya sarankan, cincang halus jer ayam tu).
2.Kalau ikut resepi ni saya dapat dalam 23 batang nugget.
Selamat Mencuba!
MW: Menarik resipi ini untuk dicuba, terutamanya buat mak-mak yang menghadapai masalah anak cerewet & memilih bab makanan. Cukup kandungan nutrisi lengkap buat anak-anak, mengandungi protien, vitamin,karbohidrat untuk pembesaran mereka.
Rupanya ada teknik dan ramuan istimewa bagi menghasilkan Ayam Goreng Berempah jadi lebih sedap daripada biasa.Menu ayam goreng berempah ini cukup mudah disediakan, aromanya mampu membuka selera dan memang tak cukup seketul, apatah lagi jika dinikmati waktu panas-panas.
Perkongsian resipi ini daripada Puan Najwa Romli. Beliau berkongsi bahan-bahan yang digunakan serta mengajar cara nakmenghasilkan Ayam Goreng Berempah yang bukan sahaja rangup diluar namun tetap lembut didalam. Menurut beliau lagi, resipi ini juga merupakan ramuan yang sama beliau gunakan untuk berniaga.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Ni kakwa nak share resepi ayam goreng rempah yang kakwa buat berniaga. Resepi ni sangat sesuai untuk mak-mak yang super duper bizi mengalah Ketua JKKKKKK hihihi. Yang best sebab boleh simpan dalam chiller hingga 3-4 hari.Terasa nak makan goreng tak sampai 5 minit. Rangup diluar lembut di dalam…ya ampunn..krupp..krapp..rempah dia tu perghh!
Share dan tag lah semua mak-mak yang super duper bizi tu..nak buat berniaga pun boleh. Moga ada keberkatan di situ.”
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam.
1 labuBawang putih
4 batang Serai
3 inci Halia
3 inci Lengkuas
2 tangkai Daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
Cara Membuat:
1.Hiris segala bahan tersebut kecuali daun kari.
2.Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu.Namun boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan 2 sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4.Sambil menunggu perapan ayam tersebut,susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam didalam loyang kukus dan kukuskan ia dalam 20 minit.Biarkan sejuk.Boleh terus digoreng dalam masa 5 minit.
Jika ingin disimpan didalam simpan chiller masukkan kedalam bekas kedap udara. ia mampu bertahan sehingga 3-4 hari.
Aglio Olio merupakan hidangan pasta barat yang menjadi kegemaran ramai. Tapi untuk kelainan dan ada sentuhan cita rasa Melayu, boleh ubah suai resipi mengikut cita rasa tempatan. Bagi yang sukakan hidangan yang pedas menyengat, boleh cuba Aglio Olio Cili Padi ini.
Bahan pun tak banyak sangat. Yang penting, ia pasti membuka selera anda untuk menikmatinya. Selain itu, sekiranya untuk anak-anak yang masih kecil, tak perlu masukkan cili padi lah ye.
Mungkin ada tetamu yang akan berkunjung ke rumah nanti kerana kita kini dalam tempoh PKPP. Jadi, sesuai jika dimasak Aglio Olio ini ye.
Jom semak resipi di bawah.
Aglio Olio Cili Padi
Bahan-bahan untuk Aglio Olio:
500 gram spageti – rebus 100 gram salami daging – potong kecil 3 ulas bawang putih – racik halus 1 biji tomato – potong kiub ½ biji lada benggala hijau – potong kiub Sedikit brokoli – potong Sedikit cili padi – ketuk sedikit atau hiris Sedikit daun sup Sedikit serbuk lada hitam Sedikit lada sulah Sedikig garam Minyak zaitun
Cara Membuat:
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, masukkan hirisan bawang putih dan tumis hingga terbit bau. Setelah itu, masukkan pula cili padi. Kacau lagi.
Setelah itu, masukkan bahan-bahan lain seperti salami daging, lada benggala dan brokoli. Setelah daging masak, masukkan pula spageti yang telah direbus. Masukkan hirisan daun sup. Gaul sebati.
Perasakan dengan lada sulah, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul sebati. Akhir sekali, tutup api dan angkat.
Hidangkan di dalam mangkuk. Siap untuk dimakan. Sedapnya!
Setiap hari masak hidangan berkuah pun boleh jadi jemu. Nak juga tukar selera dengan bakar ayam atau daging. Cukup dengan lauk ini pun boleh bertambah-tambah nasinya.
Namun, nak bakar ayam atau daging bukan terus letak macam itu, mahunya nak kena pes perapan, barulah rasa lebih sedap dan beraroma.
Tak perlu pening-pening pun nak buat pes perapan untuk bakar ayam atau daging. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar ini.
Bahan yang digunakan pun cukup ringkas. Paling penting resipi rahsia ini mampu buat kita sekeluarga menjilat jari. Selamat mencuba.
RESIPI PES PERAPAN RAHSIA KOMPOM MENJILAT JARI BERGETAR TUNAS RASA
“Kali ini, Kak Za nak kongsikan tentang pes perapan untuk bakar bakar ayam dan daging.
“Ramuan rahsia ni memang simple saja tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya la. Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.
BAHAN BAHAN
2 inci lengkuas *
3 inci halia *
6 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
4 labu bawang besar *
3 batang serai *
2 cawan gula perang*
6 biji limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar serbuk rempah sup *
2 sudu besar serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
Cara Membuatnya:
1. Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2. Bolehlah perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
3. Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Selamat mencuba.
#NOTA PERAP :
Kalau korang suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa saja.
Mingguan Wanita : Inilah rahsianya ye! Nanti bolehlah cuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...