Resipi Nona Manis, Satu Adunan Dapat 25 Biji, Kukus 10 Minit, Mesti Jadi!

Share

Hari pertama berpuasa, mesti sudah berkira-kira nak buat kuih apa kan petang nanti. Dalam fikiran macam-macam resipi nak buat tapi bimbang tak cukup masa. Jadi, paling senang boleh buat kuih nona manis. Masa nak buat pun tak adalah makan masa lama sangat.

Apa kata buat sendiri dengan menggunakan resipi nona manis dari Ohhyinn Yiyinn yang cukup ringkas tapi sedap. Msa yang digunakan tak adalah ambil masa yang lama. Paling penting, mak-mak boleh guna satu adunan ini untuk sekali makan. Menarik ni.

Resipi Nona Manis Paling Mudah

1. Bahan A

1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
Garam secukup rasa
Pewarna hijau

Kesemua bahan ini dimasak dengna api sederhana dan pastikan masak adunan ini sehingga berkilat.

2. Bahan B

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula

Campurkan kesemua bahan ini dan kisarkan dengan blender.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A.

4. Gaul sebati kemudian masukkan sebiji telur. Kacau lagi sehingga sebati. Selepas itu, tutup api.

5. Bahan C

1 cawan santan
1 sudu tepung gandum
Garam secukup rasa

Masakan semua bahan ini di atas api yang sederhana sehingga berkilat.

6. Tuang kan adunan yang berwarna hijau ke dalam acuan yang di sapu sedikit minyak.

Kemudian tuang adunan C ke dalam botol dan masukkan ke atas acuan yang tersedia adunan berwarna hijau tadi.

7. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

8. Sejukkan terlebih dahulu kemudian keluarkan perlahan-lahan daripada acuan.

9. Nona manis siap dihidang. Satu adunan yang disediakan ini boleh dapat sebanyak 25-30 biji.

MW: Tak adalah susah sangat dan masa pun tak adalah lama. Boleh uba nanti.

Sumber: Ohhyinn yiyinn

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
webadmin