Resipi Nasi Goreng ‘Cincai’, Guna Lauk Tak Habis Jadi Rencah, Confirm Sedap!

Share

Bila fikirkan, sayang pula nak buang lauk-lauk semalam terutamanya ikan goreng atau ikan masin. Panaskan dan nak makan semula takut keras dan tak sedap. Jadi, tentu mak-mak boleh guna lauk tak habis ini untuk buat nasi goreng, buat sarapan pun sedap.

Kalau tak nak membazir dan daripada buang begitu saja, elok juga guna lauk tak habis ebagai rencah untuk nasi goreng. Tak perlu guna lauk lain, ini pun dah mencukupi dan sedap.

Lagipun, lauk tak habis pun masih elok untuk diguna, Cuma mungkin tak sesedap dan sesegar kalau dipanaskan balik. Eloklah gunakan sebagai rencah seprti yang dikongsikan oleh Hana A Razak ini.

Katanya masak nasi goreng cincai pun, gerenti sedap. Lebih-lebih lagi, letak cili bagi pedas sedikit.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Ayam Peri-Peri Ala Nando’s, Buat Sendiri Di Rumah, Baru Puas Hati!

Resipi Mee Goreng Basah Nostalgia, Bungkuih Siap Dengan Paper

Info Lebih Menarik DI SINI

Lauk Tak Habis jadi Perencah

Hari ini, buat nasi goreng cincai guna laun semalam. Ada baki ikan goreng dan ikan masin. Confirm sedap.

Jadi, mak-mak kalau ada lauk lebih tak habis dan masih elok, jangan buang. Panaskan dan buat rencah nasi.

Bahan-bahan:
2 sudu planta
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 mangkuk nasi sejuk
2 biji telur
5 batang cili padi
Lobak merah
Sayur kacang
Isi ikan goreng dan ikan masin
Garam

Cara Membuatnya:

1. Meriah nasi goreng ini. Lagi pedas lagi selera.

2. Cairkan planta dulu. Nak guna butter, majerin terpulang.

3. Lepas itu, tumiskan bawang merah dan bawang putih.

4. Ketuk sedikit cili padi. Nak blend kasar pun boleh atau nak belah dua.

5. Masukkan sayur keras dulu. Nak tambah sayur lain pun boleh.


6. Ketepikan sayur, bawang dan masakan tadi. Pecahkan telur.

7. Apabila telur dah masak, ketepikan. Masukkan isi ikan tadi, asingkan tulang siap-siap.

8. Semua dah gaul sebati, baru masukkan sayur kacang sebab tak nak kacang terlalu lembik

9. Masukkan sedikit garam sebab ikan tadi dah ada rasa masin.

10. 3 mangkuk ini boleh makan 6 orang.

11. Kacau sampai rata, cukup rasa dan tutup api. Sedia untuk dimakan.

#ResepiHanaARazak

MW: Memang boleh makan bertambah-tambah ni. Selamat mencuba!

Sumber: Hana A Razak

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora