Bila fikirkan, sayang pula nak buang lauk-lauk semalam terutamanya ikan goreng atau ikan masin. Panaskan dan nak makan semula takut keras dan tak sedap. Jadi, tentu mak-mak boleh guna lauk tak habis ini untuk buat nasi goreng, buat sarapan pun sedap.
Kalau tak nak membazir dan daripada buang begitu saja, elok juga guna lauk tak habis ebagai rencah untuk nasi goreng. Tak perlu guna lauk lain, ini pun dah mencukupi dan sedap.
Lagipun, lauk tak habis pun masih elok untuk diguna, Cuma mungkin tak sesedap dan sesegar kalau dipanaskan balik. Eloklah gunakan sebagai rencah seprti yang dikongsikan oleh Hana A Razak ini.
Katanya masak nasi goreng cincai pun, gerenti sedap. Lebih-lebih lagi, letak cili bagi pedas sedikit.
Hari ini, buat nasi goreng cincai guna laun semalam. Ada baki ikan goreng dan ikan masin. Confirm sedap.
Jadi, mak-mak kalau ada lauk lebih tak habis dan masih elok, jangan buang. Panaskan dan buat rencah nasi.
Bahan-bahan:
2 sudu planta
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 mangkuk nasi sejuk
2 biji telur
5 batang cili padi
Lobak merah
Sayur kacang
Isi ikan goreng dan ikan masin
Garam
Cara Membuatnya:
1. Meriah nasi goreng ini. Lagi pedas lagi selera.
Bosan rasanya dah berhari-hari makan hidangan berasaskan daging dan ayam. Jemu rasa makan rendang kan? Ha.. Jom kita beralih pada hidangan tradisi pula. Tak ada istilah bosan memakan masakan tradisi biarpun pelbagai hidangan viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai.
Kalau ada stok udang di dalam peti sejuk, bolehlah cuba masak udang tumis tempoyak atau asam rebus keladi udang ini. Peh..mesti terangkat.
Bosan Makan Rendang, Kita Masak Ni Pula!
UDANG TUMIS TEMPOYAK
Bahan-Bahan:
500 gram udang saiz XL | buang kepala
2 sudu makan tempoyak
1 helai daun kunyit | mayang halus
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
Bahan Kisar:
20 batang cili padi
2 cm kunyit hidup
6 biji bawang merah
Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan udang dan kacau rata.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan tempoyak yang dibacuh dengan sedikit air.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat dan timbul minyak. Masukkan hirisan daun kunyit.
Tutup api dan udang sedia dihidangkan.
Anda juga boleh gaulkan bahan kisar dengan tempoyak dan tumis sekali. Udang digoreng dahulu berasingan. Selamat mencuba!
ASAM REBUS BATANG KELADI & UDANG
Bahan-Bahan:
2 batang keladi | buang kulit ari dan potong 3-4 cm
4-5 ekor udang
3-4 keping asam gelugur
2 batang serai | titik
3-4 pucuk daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Kisar:
10 batang cili padi
2 batang cili merah
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci hirisan halia
3 cm kunyit hidup
Cara Memasak:
Panaskan air dalam periuk, setelah air mendidih masukkan batang keladi dan celur seketika.
Selepas 2-3 minit angkat dan tos airnya.
Dalam periuk lain, masukkan air lebih kurang dua cawan kemudian campurkan dengan bahan kisar.
Kacau rata, renehkan di atas dapur. Setelah mendidih masukkan asam keping, serai titik dan daun kesum.
Seterusnya masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi bersama udang.
Setelah udang bertukar warna kemerahan, perasakan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup masak, tutup api.
Asam rebus batang keladi sedia dihidangkan bersama nasi putih panas. Hidangan ini juga lebih menyihatkan kerana tidak mengandungi minyak dan santan. Tak rasa bosan menikmatinya.
Bagi penggemar daging dan banyak stok daging bolehlah mencuba untuk membuat pekasam daging. Pekasam daging ini sedap dimakan dengan nasi panas. Tak kiralah waktu tengah hari walaupun malam, lauk kampung ini pasti akan membuka selera penggemarnya.
Perkongsian dari pemilik akaun Facebook MissAishah Omar boleh dijadikan panduan.
Menurut MissAishah Omar atau nama sebenarnya Aishah Omar, cara-cara membuat pekasam daging ini adalah hasil air tangan ibunya Baayah binti Yunus.
Berikut Adalah Bahan-Bahan Dan Langkah Demi Langkah Cara Membuat Pekasam Daging.
Bahan-bahan
Daging – ambil bahagian isi sahaja
Garam kasar – agak-agak, jangan banyak jangan sikit (kalau pek RM1 itu pun tak habis guna suku plastik)
1-Daging dipotong kecil. Basuh dan toskan. Masukkan lapisan garam dulu. Lepas itu susun daging yang sudah dicuci. Kemudian masukkan garam. Buat lapisan demi lapisan, garam-daging-garam. Setelah siap lapisan garam dan daging itu, akhir sekali tabur garam di bahagian atas. Peram daging selama 3 hari.
2-Sementara itu, boleh buat proses sangai beras. Cuci beras dan toskan. Sangai beras sampai perang.
Tip: Bagi memastikan bau pekasam sedap apabila mahu digoreng, pastikan semasa beras disangai hendaklah beras itu kena betul-betul berwarna perang. Kalau warna beras itu tidak perang ia akan mengeluarkan bau tak berapa sedap.
3-Tunggu sejuk baru blend beras sehingga halus. Taburkan sedikit garam dalam beras hancur ini.
4-Setelah 3 hari, cuci daging tadi untuk buang air garam dan toskan. Dan bolehlah gaul dengan serbuk beras.
5-Cara buat pun sama. Selang-seli dengan serbuk beras-garam-daging (part ini mak saya masukkan serbuk banyak bagi menyaluti daging. Renjis air sedikit bagi lembab dan bagi proses masam. Jangan banyak pulak. Kemudian peram selama 7 hari.)
6-Boleh simpan dalam bekas. Tutup bekas dan balut dengan kain batik untuk elakkan lalat masuk.
7-Setelah 7 hari diperam barulah boleh dikeluarkan dan digoreng.
Tip: Untuk mereka yang mahu simpan pekasam di dalam peti ais bolehlah meletakkannya di dalam bekas plastik. Kemudian bungkuskan dengan plastik pembungkus.
Kuih bihun madu ini, selalunya boleh dijumpai ketika majlis kenduri kendara dikampung-kampung.Kuih ni boleh dikatakan macam ‘adik beradik’ kuih cakar ayam dari segi cara membuatnya. Bihunnya tak perlu dicelur mahupun direndam terlebih dahulu, boleh terus dibuat barulah menjadi dan rasanya rangup, manis-manis buah.
Boleh cuba resipi Bihun Cakar Madu seperti yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida ini.
Buatkan bihun cakar madu untuk anak-anak. Buat 1 paket bihun, banyak juga dapat. Rasa rangup dan manis-manis buah je. Ni resepinya:
Bahan-Bahan:
1 cawan air
1 cawan gula
1 plastik bihun
1 tutup pewarna
1kg Minyak Masak (untuk menggoreng)
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan gula ke dalam kuali, kacau sampai air gula menggelegak.
3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.
4. Bila dah bersalut elok,boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas,ambil sedikit bihun, goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa acuan.
6. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap..(part menekap ni kena cepat-cepat sebab dia takkan melekat kalau dah sejuk).Ni cawan yang saya guna untuk tekap. Tak kisah cawan apa-apa pun janji plastik,lepastu sama saiz.
Siap!
Selamat mencuba!
Ni link video saya sertakan sekali mudah tiru,senang faham bila tengok video ni.
Mingguan Wanita: Ringkas je nak buat kuih Bihun Cakar Madu ni. Memang sedap, rangup dan rasa manis-manis buah je.Tak perlu celur atau rendam dulu bihunnya.