Sedapnya makan Nasi Dagang Terengganu.Biasanya orang kawasan Pantai Timur, Nasi Dagang ni antara menu wajib hidangan pada pagi raya. Jadi jika nak kelainan Hari Raya nanti, selain menu raya seperti ketupat, lemang dan rendang boleh juga mak-mak masak Nasi Dagang Terengganu ni. Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun.

Perkongsian resipi daripada Puan Ina Zuerina ini boleh dijadikan panduan. Mudah je!

“Na na na Nasi Dagang kite request dari En hubby….hubby cakap sdp…macam makan kt kedai.”

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-Bahan (Nasi):

4 cawan beras
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
2 inci halia

Cara Membuat:

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-haluas. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.(Nak tahan lama kukus lagi sekejap)
7. Boleh dihidangkan.

Bahan-Bahan (Gulai Ikan Aya) :

Rebus Ikan bersama beberapa asam keping,cuka dan juga garam.
Jangan buang air rebusan.

2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram…saya pakai babas je sebab takde
1 liter santan
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara Membuat:

#saya buat tumis dulu bahan-bahannya.
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kerisik, asam keping dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang direbus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Bahan-Bahan (Acar Timun):-

Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

*SEMUA dihiris memanjang

garam
gula
cuka

Cara Membuat:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur

MW: Menariknya resipi Nasi Dagang Terengganu ni. Sesuai dihidangkan waktu hari raya, rumah terbuka, kenduri kendara dan sebagainya.

Sumber:Ina Zuerina