Resipi Nasi Ayam Cendawan Claypot, Nak Lagi Sedap, Bubuh Ikan Masin!

Share

Biasanya kita makan nasi ayam cendawan claypot ,bahan utamanya adalah ayam dan cendawan. Resipi kali ini kita boleh bubuh ikan masin sebagai penyedap.

Tetapi sebelum buat resipi ini pastikan ada claypot atau periuk tanah di rumah. Resipi dan cara buatnya kita boleh ikut apa yang diajar oleh Cik Puan Sarah ini.

Boleh Cuba Buat Resipi Nasi Ayam Cendawan Claypot Yang Dikongsikan Oleh Cik Puan Sarah

ini.

Resipi Nasi Ayam Cendawan Claypot

“Nasi claypot dinner malam ni. Gigih betoi pi beli claypot tu. Cara masak sis bubuh sekali tau. Selamat Mencuba!”

Bahan-bahan

Kicap pekat-
Kicap manis-
Sos tiram-
(semua ni 3 senduk kecil) senduk paling kecil tuu
Kicap masin 2 sudu besar
Minyak bijan 2 sudu besar
Bawang putih -dihiris
Halia- dihiris
Cendawan -rendam bagi lembut
Ayam -dipotong kecil
Beras – rendam 30 minit
Kiub ayam (tak ada dalam gambar,tapi sis bubuh)
Cili kering – dipotong kecil
Air tepung jagung
Ikan tenggiri masin (tak nak bubuh pun tak apa)

Artikel Berkaitan:
Ikan Rebus Cabai Picit, Sekali Rasa Confirm Tak Berhenti Makan!
Resipi Peria Goreng, Campurkan 3 Jenis Bancuhan Tepung, Barulah Rangup!
Ikut Tip Ini Dapat Rasa BBQ Super Sedap, Cantik Bila Bakar!

Cara Buat

1-Panaskan minyak. Tumis bahan hiris. Masuk kan ayam, biar air ayam keluar sikit.


2-Tambah air,letak kiub ayam. Masuk semua bahan kicap,cendawan,sos tiram. Biar mendidih.


3-Letak air tepung jagung sikit. Pekat sikit dah, letak tepi.


4-Masak nasi macam biasa. Agak nasi nak kering letak ayam,telur,minyak bijan, dan ikan tenggiri masin.


5-Setelah siap, letak daun bawang. Potong cili padi. Boleh ceduk bubuh dalam pinggan.

MW: Selepas ini bolehlah makan nasi claypot yang dimasak sendiri di rumah. Tak payah keluar dan jimat belanja.

Sumber / Foto: Cik Puan Sarah

Published by
julie roshana Shafee