Bagi orang Johor terutamanya keturunan Jawa, Nasi Ambeng merupakan antara makanan tradisi yang biasanya dihidangkan waktu kenduri kendara. Ia merupakan nasi berlauk yang dihidangkan dan dimakan beramai-ramai dalam dulang besar dilapikkan dengan daun pisang. Biasanya diletakkan nasi putih, ayam masak kicap, serunding kelapa, sambal goreng jawa dan ikan kering bulu ayam. Uniknya ia dimakan bersama-sama mee goreng.Kombinasi semuanya memang sedap.

Tapi memang payah nak jumpa orang jual Nasi Ambeng selain di negeri selatan tanah air ni. Mak-mak nak nak cuba rasa sedapnya makan nasi ambeng n, boleh cuba masak sendiri di rumah.

Boleh rujuk perkongsian resipi Nasi Ambeng ini.

“Siapa sini anak Johor dan orang Jawa? mesti biasa makan Nasi Ambeng.Biasa tunggu kenduri baru dapat merasa nasi ni,tapi semalam teragak sangat. Maklum la tinggal di Perlis memang payah jumpa hidangan tradisi ni.”

Saya sertakan di sini resipi paling simple saya buat. Cepat sikit siapnya sebab dah lapar.

Resipi NASI AMBENG Paling Simple, Makanan Tradisi Orang Jawa Waktu Kenduri!

AYAM KICAP:-

Ayam gaul garam kunyit,goreng separuh masak, ketepikan.
Bawang merah,putih,halia lengkuas tumbuk lumat.
Tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih dengan serai diketuk dan bahan-bahan tumbuk.
Tumis sampai naik bau. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
Masuk ayam dan asam keping sekeping.
Terus letak kicap, letak air sikit terus tutup dengan tudung periuk bagi ayam betul-betul masak dan mesra dengan kuah.
Perasakan dengan gula garam.

IKLAN

SERUNDING KELAPA:-

Kelapa parut
Bawang merah,putih,serai,cili kering,ketumbar,2 beradik jintan,blender hancur.
Terus masuk kan dalam kelapa parut.
Masukkan gula 4 sudu, garam 1 sudu, gaul rata baru letak atas dapur.
Goreng sampai kering, masukkan daun limau purut masa masak tu untuk bau wangi.

MEE GORENG SIMPLE:-

Mee kuning-basuh dan tos
Bawang merah, putih, cili kering 6 batang blender hancur.
Tumis sampai pecah minyak, masukkan kicap sesudu.
Dah naik bau masuk mee.
Masukkan taugeh/daun kucai dan perasa. kn gula grm.

SAMBAL GORENG JAWA/SAYUR GORENG:-

Kacang panjang,carrot,cili merah,bawang merah bawang putih (dihiris halus)
Suhun,tauhu kering rendam sampai lembut (toskan)
Tauhu,tempe-potong dadu, goreng dan letak tepi.
Tumis bawang merah putih masukkan kacang panjang dan carrot.
Letak air sikit bagi empuk.
Masuk kan semua sayur lain goreng sampai masak. Perasakan dengan garam.

IKLAN

IKAN KERING BULU AYAM – goreng garing

Siap!SELAMAT MENCUBA SEMUA.
Doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki.

Resipi NASI AMBENG Paling Simple, Makanan Tradisi Orang Jawa Waktu Kenduri!

IKLAN

Nasi Kerap Jadi BASI, Cuba Guna Garam Dengan Asam Keping Pada Periuk

Resipi Nasi Dagang Terengganu, Suami Cakap SEDAP Macam Makan Dekat Kedai!

MW: Jadi mak-mak yang nak buat dan rasa sendiri Nasi Ambeng, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Macam renyah, tapi muai dan berbaloi.

Sumber: Firdauz Dihati Kami

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI