Pernah viral sebelum ini, nasi kak wok, hidangan dari Pantai Timur. Hidangan yang cukup ringkas dengan hanya ayam goreng, gulai ayam dan sambal belacan itulah menjadi igauan buat peminat-peminat nasi kak wok. Sampai makan bertambah-tambah.
Sekarang ini pun masih lagi menjadi kegemaran dan tak luput di telan zaman. Cara membuatnya pun cukup senang. Kalau mak-mak malas nak masak yang pelbagai. Hidangan ini pun sudah cukup, satu keluarga siap bertambah-tambah lagi.
Kali ini, Rose Farra turut berkongsi resipi yang diolah sedikit mengikut cita rasanya dan mungkin boleh menjadi cita rasa mak-mak sekeluarga. Senang sangat nak membuatnya, lebih-lebih lagi bila di makan dengan nasi panas.
“Paling best bila masak nasi ala kak wok nie, bab meratah ayam yang garing-garing tu.
Resipi
Model utama:
Nasi putih ditanak dan letakkan daun pandan simpul.
Resipi Gulai Ayam:
4 labu bawang bombay
5 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
3 sudu rempah kari daging
1 sudu rempah kerutub
Kacang panjang – potong
Terung potong kecil-kecil
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong-potong kecil
Santan (jangan pekat sangat)
Garam dan kiub ayam
1 kerek gula melaka
Cara Membuat:
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk.
4. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
5. Masuk garam, gula melaka dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
Resipi Ayam Goreng Harum:
1 ekor Ayam – potong kecil-kecil
2 sudu kecil garam
2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
3 tangkai daun kari
Tip: Daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni.
Cara Membuat:
1) Basuh bersih ayam dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan di atas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Resipi Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.
Resepi asal by Rosmaliza Omar dan diolah sedikit.
MW: Resipi cukup ringkas, sesuai sangat kalau mak-mak nak cepat. Ini pun dah bertambah-tambah makannya.
Sumber: Rose Farra
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI