Memang mudah je rupanya nak buat Sos pencicah Pedas Hijau Thai. Sedapnya macam makan dekat Hatyai. Bukan apa, ramai yang tahu Hatyai merupakan lokasi ‘syurga makanan’ di Thailand. Macam-macam makanan yang menarik dan memang boleh rambang mata dengan kepelbagaian makanan yang ada di sana.
Jadi mak-mak boleh buat sendiri Sos pencicah Pedas Hijau Thai ini di rumah, tanpa perlu bersusah payah ke Hatyai. Sos ini memang sedap di makan dengan Miang Pla.
Sos hijau thai @ Green Thai Dipping Sauce sedap makan dengan miang pla / Seafood. Kalau hampa nak tahan lama masak sat atas dapur + air tepung jagung. Kalau nak terus makan tak perlu masak lagi sedap macam makan kat hatyai terr!
10 ulas bawang putih
Seikat Daun Ketumbar
3 sudu besar Sos Ikan Thai
5 sudu besar Jus Limau kasturi
1 sudu besar budu
4 sudu kecil Gula/Somtam
Cili Hijau & cili padi hijau secukupnya (ikut kepedasan)
Sedikit Air
Sedikit perahan Limau Nipis
Kacang Tanah (kisar) secukupnya
Kisar semua bahan-bahan, kemudian taburkan dengan kacang tanah s serta hirisan daun ketumbar.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Resipi Ayam Goreng Serai Thai SEDAP, Tabur Hirisan Daun Limau Purut!
Baca Lagi Di Sini:Resipi MEE CELUP Ala Thai Padu, Berpeluh Dahi Tak Cukup Semangkuk!
Artikel Menarik:Akar Ketumbar, Minyak Bawang Putih, Buat Kuetiaw Sup Thailand Bertambah Sedap!
Mingguan Wanita:Menariknya. Boleh cuba resipi mudah Sos Pedas Hijau Thai ini, memang sedap macam makan dekat Hatyai!
Sumber:Fienaz Shafie
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita