Sedap sungguh, tergoda melihat resipi Serunding Petai yang dikongsikan ini. Jika selalu petai kita buat ulam atau sambal, sesekali boleh cuba resipi mudah ni. Paling penting dah sebati semua bahan-bahan, masak sampai kering.
Resepi serunding petai
Petai dibuang kulit & hiris kecik kecik
(Bahan tumbuk)
2 batang Serai
3 labu Bawang besar
Belacan
Cabai kecik
Cabai besar
Ikan bilis
Asam Keping
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Daun Kunyit
1. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Kemudian perasakan dengan asam keping garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan pula petai dan masak sampai kering.
4. Masukkan daun kunyit.
Siap!
Mesti Baca:CARA Simpan PETAI Tahan Lama, Kekal Segar, Rangup Macam Baru Kupas!
Baca Lagi Di Sini:Rendam, Selang Sehari Tukar Air, Petai Jadi Lebih Besar,Segar & Rangup!
Artikel Menarik:Lebih 410 000 Views Perkongsian Resipi Nasi Goreng Petai Pelakon Eina Azman Ni, Aduhai Sedapnya!
Mingguan Wanita: Sedapnya serunding petai ni. boleh cuba buat nanti, makan dengan nasi panas pula tu, memang bertambah selera.
Sumber: Siti Yani
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.