Bila memikirkan menu minum petang untuk anak-anak dan keluarga, adakalanya naik buntu dibuatnya.Jika selalu kita buat pau goreng berintikan sambal ikan bilis, namun sebenarnya kita boleh pelbagaikan dengan golek doh atas serbuk roti dan letak sos carbonara yang lemak berkrim. Sesuai sangat buat untuk anak-anak, malah kalau nak buat jual pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Che Fyqah ini.
Masak apa harini? Itu lah kehidupan seoarang isteri dan ibu. Walaupun bertitle ibu tiri.. tapi tak pernah nak membahagi kasih sayang di antara anak tiri dan kandung. Sentiasa fikirkan untuk kenyangkan perut suami dan anak-anak. Semoga Allah memberi balasan yang baik buat kita.
Ni resepi dia abang kakak adik.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Selepas itu, satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.
2.Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Uli gitu-gitu je. Bila dah rata sikit, letak marjerin.
3.Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam.
4.Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat-bulatkan.
5.Kemudian celup dalam telur dan golek-golek dalam serbuk roti.
6.Selepas itu, perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan.
Ads
Siap.
Inti dia pakai Sos Carbonara saje. Tumis bawang holand dan bawang putih, cincang sosej dan tumis dengan lada hitam. Campur kiub ayam sikit, letak air sikit. Agak-agak dah pekat baru tutup api. Nak letak inti apa-apa pun boleh.
Jika ada mangga muda, kedondong atau apa juga buah yang masam-masam memang sedap dicicah dengan kuah colek. Makan beramai-ramai dengan anak-anak, adik beradik atau kawan-kawan memang seronok, tak perasan sekejap je dah habis. Nak cari resipi kuah colek yang sedap secukup rasa ada caranya. Caranya mudah dan hanya guna 5 bahan sahaja.
Boleh cuba resipi kuah colek yang dikongsikan oleh Puan Hanisah Baharuddin ini.
“Petang-petang nie sedap mencolek pelam epal.Kita colek dalam lesung batu (yang nie testing-testing lepastu jangan lupa bubuh dalam mangkuk yeee).Nah, kita selitkan resepi kuah colek sekali”
Bahan-Bahan:
Cili Api
Gula Melaka
Belacan
Asam Jawa
Kacang Goreng (kisar)
Cara Membuat:
1.Tumbuk gula melaka, belacan dan cili api.
2.Dah lumat tambah kicap manis dan gaul sebati.
3.Tambah asam jawa gaul sebati.
4.Masukkan kacang banyak mana kita nak.
Siap, Selamat Mencuba.
Tip Ekstra!
Jika tiada gula melaka, nak ganti dengan gula merah kabung atau gula perang pun boleh.
MW: Sedapnya kuah colek ni. Kecur rasanya jika dicicah dengan mangga muda, kedondong, epal hijau dan sebagainya. Nak buat pun senang sangat, mak-mak memang kena cuba!
Telur Pindang selalunya diberikan sewaktu kenduri kahwin di kawasan selatan tanah air. Lebih tepat, bagi orang-orang Johor. Telurnya berwarna coklat gelap, berempah dan rasanya sangatlah sedap. Namun nak buatnya agak renyah, memerlukan pelbagai rempah ratus dan macam-macam jenis dedaun.
Secara tradisinya, tempoh merebus telur pindang ini agak lama menggunakan api kecil dan memakan masa sehingga berhari-hari barulah siap. Namun sekarang, buat mak-mak yang suka makan telur pindang ni tak perlu susah payah lagi, boleh rebus dalam periuk serbaguna Noxxa je. Guna tetapan ‘slow cook’ dalam masa satu jam dah siap, dan boleh terus makan telurnya.
Boleh cuba resipi dan cara buat telur pindang daripada Puan Izzah Farizzah ini:
Daun Manggis
Daun jambu batu
Daun lengkuas
Daun serai
Daun limau purut
Daun senduduk
Daun mengkudu
Daun pandan
Daun salam
Kulit bawang
2 sudu besar Jintan manis
2 sudu besar Jintan putih
2 sudu besar Ketumbar
5 batang Serai (diketuk)
Garam
2 inci Halia (dipotong nipis)
Kicap pekat dalam mangkuk kecil
5 sudu Gula
30 biji Telur Ayam
Cara Membuat:
1. Letak daun tu agak-agak je semua.
2. Selepas itu, susun telur lapis daun lagi dan buat sampai siap.
3. Kemudian masukkan air paras telur tersebut.
4. Slow cook dalam periuk Noxxa selama 60 minit.
Siap!
Selamat Mencuba.
MW: Sedapnya telur pindang berempah ni. Jika teringin nak makan telur ni dah boleh buat sendiri bila-bila masa. Tak perlu tunggu bila ada kenduri je.
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia.
Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi keluarga. Kudapan ringan namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati sebagai hidangan minuman petang bersama keluarga tersayang. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana. Jom kita cuba resipi istimewa ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.