Resipi Mudah ‘Potato Salad’ Sedap Berkrim, Boleh Makan Sejuk Atau Hidang Suam. Jika sesekali ingin ubah selera keluarga, boleh cuba buat ‘potato salad’ atau salad kentang yang sedap dan lemak berkrim ini. Malah boleh dinikmati dalam keadaan suam, mahupun dimakan sejuk-sejuk.
Boleh ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini sebagai panduan;
Jika saya sebut kerabu ubi, mungkin akan terasa ‘kampung’nya hidangan ini. Cuba saya sebut potato salad, terus terasa sangat pekan.
Potato salad diperkenalkan oleh peneroka Sepanyol ke Dunia Baharu Eropah pada kurun ke-16. Namun lebih banyak yang kenal potato salad daripada pendatang Jerman ke Amerika.
Memang asalnya makanan kampung dan lama-kelamaan menjadi Amerikana apabila mula ditambah mayonis.
Pertama kali saya tengok potato salad dibuat di rumah Kak Lin. Hayani yang buat dan saya terkejut tengok beliau guna telur rebus.
Kemudian semasa beliau letak lada hitam, beliau sebut,
“Ini petua orang tua-tua sebab ubi angin.”
Hayani memang pandai buat coleslaw dan potato salad. Sedap sungguh.
Pada saya, potato salad ini seperti salad pembawa (carrier salad). Maksudnya salad yang boleh dijadikan alasan untuk masukkan bahan-bahan lain untuk dimakan.
Hendak tambah brokoli celur? Silakan.
Hendak tambah isi ayam? Silakan.
Hendak tambah sosej yang dicincang dan digoreng rangup? Silakan.
Potato salad juga sangat mesra dengan pelbagai rasa dari latar budaya yang berbeza.
Hendak jadikan rasa Asia? Gunakan serai dan halia.
Mahu rasa Mexico? Guna rempah-ratus Cajun atau Tex-Mex yang biasanya ada kayu manis, jintan putih dan cili.
Potato salad juga tidak menyakitkan kepala. Hendak hidang suam, boleh. Jika takut terlambat, buat awal, simpan dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk. Tiada masalah.
Emak tanya semalam, “Cek bubuh apa dalam ni?”
Soalan itu tandanya emak suka. Alhamdulillah. Lulus oleh Ratu.
Bahan-Bahan:
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk
4 biji telur – rebus
1 biji bawang besar – cincang halus
¼ biji lobak merah – cincang halus
½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus
½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus
2 sudu makan daun bawang – dihiris
2 sudu makan daun sup – dihiris
1 batang saderi – dicincang halus
Ads
Jika hendak pedas, biarkan biji cili. Saya lebih kepada mahukan warnanya.
Sos Salad
½ cawan mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs
2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu teh gula
2-3 sudu makan cuka/jus lemon/ jus limau nipis
Cara Membuat:
1.Dadukan ubi agak saiz semulut.
2.Lecek telur rebus guna garfu seperti yang kita belajar dalam ERT di sekolah dulu.
Ads
3. Kemudian tambah bahan sos salad iaitu mayonis, garam, serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs, serbuk lada hitam kasar, gula, cuka/jus lemon/ jus limau nipis ke dalam telur yang telah dilecek tadi.
4. Masukkan pula sayur-mayur dan gaul rata.
5. Masukkan pula ubi kentang yang didadu tadi dan gaul rata.
6. Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk.
Ads
Berkrim, rasa yang ‘meletus’ dan seronok dapat kunyah-kunyah benda-benda kecil.
WAJIK Pulut Merelip Sukatan Cawan, Sedap Pekat Likat Manis Berlemak!Wajik antara makanan tradisional yang sering dibuat oleh orang dulu-dulu. Selalu dijumpai waktu jemputan kahwin dan majlis kenduri kendara. Cantik merelip dan memang sedap rasanya pekat likat dan manis berlemak.
Rupanya mudah je nak buat wajik ni. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Zailah Ismail ini sebagai panduan;
Tok laki suka sangat makan ni. Aritu pergi jemputan ada wajik ni. Amik sepotong, sedap. Nak amik lagi, segan. Arini gigih sis buat, harap-harap menjadi. Tok laki suka, kata sedap. Beranilah dia cakap tak sedap.
Resepi Wajik guna cawan
Bahan-Bahan:
4 cawan pulut
5 cawan santan..*saya guna santan kotak je. Malas ni gi kedai beli kelapa biji.
4 cawan gula merah (masak dengan 1 cawan air dan tapiskan)
1 cawan gula pasir (Ikut masing-masing yea..nak manis ke idok)
Cara Membuat:
1. Rendam pulut selama 3 hingga 4 jam. Kemudian kukus 25 hingga 30 minit dan ketepikn dulu.
2. Masak gula merah, tapiskan dan sediakan kuali besar sedikit, supaya senang nak mengacau.
3. Selepas itu, letak gula merah tadi, masukkann gula pasir, santan dan sedikit garam.Saya suka lebihkan santan sikit biar lemak-lemak sikit. Kacau sampai mendidih dan likat.
4. Kemudian masukkan pulut tadi, kacau sampai sampai pulut serata dan pekat.
Mingguan Wanita:Mudah je nak buat wajik rupanya, resipi guna sukatan cawan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Puas hati makan, sedap manis berlemak.
Rupanya ada cara mudah dan tip untuk buat laksam jadi tak melekat, malah bergulung sendiri. Syaratnya kena pakai pinggan plastik yang disapu sedikit minyak.Itulah tip yang dikongsikan oleh Puan Anne, bagi mak-mak yang suka buat laksam sendiri di rumah.
Bukan apa, memang jenuh nak buat laksam sendiri.Lebih-lebih lagi perlu dikukus dan digulung satu persatu. Ikut tips yang dikongsikan ini ia jadi lebih mudah.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Ada ka yang tak tidoq lagi time ni?? pukul 2.10 pagi dah ni..cheq jadi burung antoo dok kukuih isi laksam, jenoh nak bagi abih tepong sekilo..nasib lah mudah, tak lekat.”
1kg tepong beras cap 3 ekoq gajah*
2 cawan tepung gandum*
2camca tepung ubi*
1sudu teh garam*
5camca minyak*
10 cawan air biasa*
5 cawan air panas
Cara Membuat:
1.Bancuh semua bahan bertanda *, dah sebati baru masuk air panas.Kacau lagi bagi sebati.
2.Boleh lah kukuih atas pinggan plastik yang disapu sikit minyak.
3. Kukus pulak jangan lama sangat, satgi kedot..cukup naik melembong sikit,(tanda dah masak)angkat.
4. Gulung hujung ja, pastu buat macam cheq, biaq dia gulung sendiri..panaih kot..cheq tak tahan.
Buat apa nak sibuk gulung, kalau dia boleh gulung sendiri
** Kukus guna pinggan plastik yang tahan panas mempunyai BPA. Pinggan kaca jadi tak comel.
1kg ikan selayang/curut-rebus dengan asam keping (ambil isi dengan air rebusan)
2 biji bawang besar
1 1/2 inci halia
1sudu besar lada benang/lada hitam “tumbuk”
garam
gula
1 kotak sederhana santan kara
Cara Membuat:
1.Kisar isi ikan tadi, air rebusan ambik tau. Tulang jangan blend,satgi kuah hitam.
2.Blend halia dengan bawang besar,masukkan lada yang ditumbuk tadi,garam,gula.
3.Bila mendidih, baru masukkan santan, masak sekejap,tutup api.(Jangan lama satgi pecah minyak, tak sedap).
Sambal
cili merah
cili padi
garam
belacan
**tumbuk**
Ulam-Ulaman
Daun serai kayu (kalau tiada pakai ja daun kesom)
Timun (ambil kulit je)
Kobis
Kacang Panjang
Bunga Kantan
Limau
**hiris nipis-nipis semua ulam..tabur atas bila nak makan..**
Siap!
Selamat Mencuba!
Mw: Mudah je, nak buat isi dan kuah laksam ni di rumah. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk anak-anak dan keluarga nanti.
Buat mak-mak yang suka buat aiskrim Malaysia tak kiralah untuk makan sendiri atau dibuat jual boleh cuba perisa baru menggunakan gula-gula Bluemint Dynamit ini. Warnanya cantik kebiruan, lemak dan menyegarkan pasti ramai yang sukakan rasanya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Che Marlyah Ina Saad ini sebagai panduan;
“Aiskrim Malaysia.Aiskrim Bluemint Dynamite.First time buat dan nak merasanya.Orang lain dah berzaman buat. Suami cakap aiskrim alien ke.Bila dia dah rasa, dia cakap sedap.”
“Selit jelah resepi.. kot ada yang baru nak belajar buatkan”
Bahan-Bahan:
1 tin susu cair*
1 tin susu pekat manis*
4 tin air*
1/2 sudu kecil kecil garam*
5 sudu besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat.
(Dibancuh dengan air dahulu)
Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya.
Cara Membuat:
1.Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk.. kacau bagi sebati.
2.Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
3.Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
4.Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
5.Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih jap.
6.Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dalam jug.
7.Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
8.Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
Dah siap menyimpul sedia untuk dibekukan.Aiskrim dah beku, sedia untuk dinikmati.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang nak buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba kelainan perisa Bluemint Dynamite sedap yang dikongsikan ini.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...