Resipi Mudah Pecal Mangga, Gaul Dengan Isi Ikan Rebus, Gerenti Makan Bertambah!

Share

Bila musim mangga, sampai merimbun buahnya dan tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang, buahnya terlebih masak sebab tak sempat nak kutip. Ada rezeki lebih, kongsi dengan jiran-jiran.

Mangga, selain makan cicah asam, ada juga yang buat jeruk. Ini cara supaya tidaklah buah yang ada itu dibuang begitu saja.

Namun, ada juga mak-mak jadikan mangga yang diracip halus dan dimasukkan ke dalam budu mahu pun dijadikan kerabu sebagai penambah selera. Sangat padu.

Kali ini, Mim Yusof berkongsi resipi pecal mangga atau mungkin seetengah orang panggil kerabu mangga. Cukup dengan 4 bahan saja untuk siapkan pecal mangga ini. Sedapnya, makan bertambah-tambah nanti.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Solok Lada Kelate, Gandingan Wajib Ada Dalam Nasi Kerabu

KERABU SOTONG Segar, Cukup Masam Manis, RATAH Macam Tu Pun Sedap!

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

 

Mangga, Buat Pecal Ganding Dengan Nasi Panas

Bahan-bahan:
1. Buah mangga putik
Sedikit lada hitam
1-2 biji bawang merah
Isi ikan rebus atau panggang
Santan pekat
Garam
Gula

2. Cincang halus buah mangga. Ketepikan seketika.

3. Selepas itu, tumbuk bawang merah dan lada hitam. Tak perlu terlalu lumat.

4. Masukkan ikan dan tumbuk bersama bawang merah dan lada hitam tadi.

5. Bila dah sebati, masukkan ke dalam buah mangga yan dicincang halus tadi.

6. Masukkan santan pekat.

7. Tambahkan sedikit garam dan gula. Biar sebati.

8. Siap. Boleh makan dengan nasi panas.

Mingguan Wanita : Lauk ini saja dah cukup. Menyelerakan.

Sumber: Mim Yusof

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora