Mak-mak mesti ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai guna 4 bahan je. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim ni.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Eja Derol ini;
Selalu bila bapaknye yang beli roti, dia tak beli apaa-apa cream/kaya buat sapu kat roti. Jadi saya buat sendiri je. Bahan-bahan pon senang je.
100gm gula halus (saya blander kering gula kasar tu )
250gm majerin pelangi
Sedikit perwarna hijau
Sedikit emulco pandan
1. Mix gula dan majerin sampai gebus putih.
2. Selepas itu baru letak emulco dan perwarna, mix sekejap bagi sebati. Siap! boleh sapu dekat roti atau kek.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Cara Asas Buat Krim Marjerin Rasa Lebih Sedap & Lemak, Sapu Dekat Roti, Kek Pun Boleh!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Aiskrim Vanilla Homemade Gebu & Halus, Senang Buat Mesti Jadi!
Artikel Menarik:Resipi AISKRIM YOGURT Sedap, Nampak Mewah Sebiji Macam Aiskrim Mahal!
Mingguan Wanita: Menarik resipi ni, macam resipi krim mak-mak kita selalu buat dulu-dulu, sapu dekat roti atau kek. Nak buat pun mudah, guna 4 bahan je.
Sumber:Eja Derol
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.