Coklat almond ball, bunyinya macam susah nak buat kan! Mesti banyak bahan yang diperlukan. Tapi, rasanya memang tak perlu cakap, sedap sangat.
Mungkin kalau nak beli kat kedai, hatrga coklat almond ball agak mahal, berbaloi dengan bahan yang digunakan. Tambahan pula, anak-anak memang suka makanan yang berasaskan coklat ni.
Rupanya, nak buat coklat almond ball ini tidaklah susah sangat. Asasnya adalah kek coklat. Manakala bahan untuk almond ball ini mengikut citarasa mak-mak.
Kali ini, Azlina Ina Fans berkongsi resipi untuk membuat coklat almond ball. Katanya, kalau nak sedap, maklumlah buat sendiri, bahan-bahannya tak perlulah sukatan pun. Makin banyak, makin sedap.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson, Tak Sempat Raya, Confirm Licin!
Senang Sangat Resipi DONUT BALL Guna 2 Bahan, Elok Lembut Gebu!
Info Lebih Menarik DI SINI
Resipi mudah ini boleh juga untuk buat jualan. Biasanya dijual dengan harga RM3 satu biji dan saiznya agak besar. Tapi kalau untuk makan sendiri, buat saiz kecil-kecil pun ok, dah comel. Paling penting, ia memang sedap.
1. Inilah hasilnya, letak atas tray dan sejukkan. Kalau nak masukkand dalam paper cup pun boleh dengan saiz 4.5 cm paper cup.
2. Ini resipinya:
KEK COKLAT – pakai blender
5 biji telur
1 cawan gula
1 sudu besar ovalate
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
Blender sebati.
Dalam bekas berlainan:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara-caranya:
a) Tuang bahan blender dalam bekas yang ada tepung tadi dan kacau sebati. Tambah air panas 1/2 cawan dan gaul rata.
b) Siap boleh kukus atau bakar. Jadikan kek coklat dan biarkan sejuk.
c) Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas dan pecah dan ramaskan sehingga kek hancur. Tambahkan badam nip yang dibakar dan coklat chips.
d) Tak ada sukatan dan tak kisah nak masuk berapa banyak. Kalau nak sedap masukkan lebih.
3. Cairkan 500gm marjerin.
4. Gaul kan coklat chips dan almond tadi. Tuangkan sedikit demi sedikit marjerin cair tadi sambil gaul. Cuba kepalkan dan bila ia tidak berderai, maknanya ia sudah menjadi.
5. Bulat-bulatkan dan lapik di atas baking paper.
6. Ganace boleh sediakan awal
500g coklat dark atau milk compound beryls
500ml whipping dairy
3 sudu besar marjerin
Cairkan dalam pengukus atau oven whisk. Sebatikan.
Bila sejuk, masukkan ball tadi.
7. Letak atas coklat rice dan golek-golekkan.
8. Siap. Mudah sangat . Pastikan coklat rice itu penuh dan menutupi semua coklat ball.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Sedap sangat ni. Puas hati kalau dapat buat sendiri.
Sumber: Azlina Ina Fans
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita