Bagi peminat kopi tegar, macam-macam perisa kopi boleh dicuba bagi menikmati kesedapan rasa kopi itu sendiri. Untuk kelainan, sesekali boleh cuba kopi segera yang dicampur dengan kepingan gula karamel bagi menambah keenakkan rasa dan aromanya.
Boleh cuba buat sendiri resepi mudah Coffee Honeycomb Sugar yang dikongsikan oleh Erma Azizieini;
Khas untuk peminat COFFEE TEGAR cam aku ni. Haritu ada minum kat cafe mahal tu, minum coffee pastu ada gula caramel atasnya. Serius tak boleh nak move on.
So google dan dapat resepi gula caramel ni. Dekat Korea panggil Dalgona sugar. Tempat lain panggil honeycomb sugar. Nescafe + Dalgona sugar or honeycomb sugar. Jom buat.
Resepi dalgona/ honeycomb sugar
Bahan-Bahan:
1 cawan gula
3/4 sudu teh soda bikarbonat (kurang sikit dari 1 sudu teh)
Cara Membuat:
1. Cairkan gula sampai gula warna keperangan, sentiasa gaul ye. Jangan sampai hangus ye tuan-tuan dan puan-puan. Guna api yang sederhana. Jangan buka api yang besar, nanti hangus.
2. Bila dah warna perang, matikan api terus masukkan soda bikarbonat, gaul rata.
Ads
3. Letak atas tutup periuk steel. Guna loyang pun boleh.
4. Tunggu sejuk dan keras. Pastu ketuk guna anak batu lesung yang dibungkus plastik.(Kalau tak bungkus plastik, takut rasa cili plak).
Ads
5. Keadaan dalgona / honeycomb candy yang dah siap.
6. Selepas itu bancuh la air nescafe + susu pekat 1 sudu pastu tambah dalgona candy/ honeycomb candy ni 1 sudu.
MW: Jadi buat peminat kopi dan sukakan kelainan dan citarasa baru, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Senang sangat nak buat dan rasai kesedapannya.
Bagi orang Jawa, Punten ini adalah menu tradisi yang biasa disediakan. Punten cukup sesuai dimakan dengan sambal bilis hijau cili padi.Perkongsian resepi Punten ini daripada Puan Mariyati Miskon melalui page Makan Apa Hari Ini (MAHN) yang merupakan resipi asal daripada arwah suami beliau.
Ketika resepi Punten in dikongsikan pada November lalu, beliau sedang sarat hamil anak ke 7. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat buat mak-mak yang suka mencuba menu-menu baru.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Doakan saya! Doakan saya agar dipermudahkan urusan bersalin esok. Rasa sebak suami dah tak ada untuk menemani, telah kembali ke rahmatullah ketika hamil 5 bulan. Ini cahaya mata ke 7 kami, InsyaAllah.”
“Semalam dalam grup ini nampak punten. Nampak sedap sampai rasa macam nak ngences! Alhamdulillah, hari ini Allah beri kekuatan untuk buat sendiri. Lebih puas makan dengan anak-anak yang sebahagiannya telah bercuti.”
Resepi Punten : (menu yang sangat ohsem orang jawa)
1:3 sukatan beras dan santannya
===============================
Bahan-Bahan:
2 pot beras
6 pot santannya. Saya guna sebiji kelapa
Sedikit garam bagi rasa lemak. Janganlah pula letak sekilo ya
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)
Cara Membuat:
1.Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
2.Lepas tu bila dah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
3.Ambil botol, sarung dengan plastik bagi dia mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh, saya guna botol sos tomato. Kalau arwah suami saya dia guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional kan?
4.Dah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Kalau tangan kebal, ok je. Nak cun guna acuan kuih pun boleh. Kalau style arwah suami saya dia akan alas talam atau loyang dengan daun pisang.
5.Selepas tu tuang je yang dalam periuk atas tu dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Dah sejuk baru potong ya. Rupanya dia cantik bila di potong ikut persegi!
Resipi Sambal Bilis:
Bahan-Bahan:
Sengenggam cili api. Nak pedas berdengung tambah lagi lah. Ikut suka nak banyak mana
7-8 biji Bawang merah
3-4 ulas Bawang putih
2 genggam Ikan bilis (Sengenggam aje yang di blend. Selebihnya nanti tabur aje dalam sambal masa dimasak nanti).
Sedikit belacan jika suka
Garam dan gula secukup rasa
1-2 keping Asam keping
Cara Membuat:
Masak semua dan bila dah masak bolehlah digandingkan dengan punten tadi.
Boleh share kalau sudi.
Saya halalkan. Semoga saya selamat bersalin dan dikurniakan anak yang soleh.
Doakan juga agar Allah beri keampunan dan rahmatNya untuk suami saya, dia yang ajar saya masak. Saya dulu kahwin muda, memang tak tahu memasak. Semoga menjadi amal jariah nya sekiranya dipanjangkan.
Sesekali tukar selera dengan menu orang Korea menarik juga.Bagi mak-mak peminat makanan Korea, atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri resipi ‘Danmuji’ ini. Jeruk Kuning Lobak Putih yang rangup dan rasanya masam manis. Bagi ibu-ibu yang menyusu pula, ia boleh dijadikan snek untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu badan.
Bukan apa kalau beli boleh tahan mahal juga harganya. Bila buat sendiri, kita menggunakan bahan-bahan yang diyakini halal.Makan dengan meehoon, mee atau nasi goreng memang sedap sungguh. Makan begitu sahaja pun dah sedap. Memang tak sedar makan habis sebalang.
Boleh cuba buat sendiri ‘Danmuji’ ini ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fieya Jemah ini.
Aritu ada pm tanya buat radish kimchi macam mana.Sabar. Cili flake dari korea saya tak sampai lagi. Nanti saya share okay. Tapi harini nak share buat danmuji (yellow pickles radish) Crunchy, sweet, sour uhuuuuu dap.
Fie selalu snackkan aje danmuji ni. Masa breastfeeding dhia inilah snack paling membantu booster susu. Hahahhaa. Ni kena dengan mee goreng pun sodap. Dengan bihun goreng pun sodap. Masa makan bihun sup kunyah dia sakali pun arghhhhhh deebak.
Dorg makan ngan ramen la ape la. Kita makan la ikut tekak melayu kite la eh.
Bahan-Bahan:
Lobak putih
*Ikut la nak potong macam mana pun kuib ke, bintang ke, panjang-panjang ke, pendek-pendek ke. Kat Korea ada yang diorang jerukkan sebiji-sebiji pun ada. Hahaha. Fie potong bulat and kiub. Sebab aminul selalu ambik yang kiub tu dari yang bulat tu. Apesal tah dia. Hahaha.
½ liter Air
2 helai Bay leaves
½ sudu Kunyit
1 sudu Lada hitam
2½ cawan Gula Perang
1 cawan Apple cider vinegar
2 sudu kecil Garam
Cara Membuat:
1. Masak sampai semua bahan-bahan sampai mengelegak.Tutup api.
2. Kemudian masukkan lobak putih yang dah dipotong tadi ke dalam periuk. Sebatikan.
3. Masuk dalam balang.
4. Letak kat luar dalam 4 hingga 5 jam atau satu hari kat luar.
5. Kemudian masukkan dalam peti ais.
6. Sebab lagi sedap makan sejuk-sejuk.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat bagi mak-mak yang cuba sendiri atau layankan anak-anak dengan menu dari Korea. Mudah je nak buat. Sambil-sambil layan drama korea tu, bolehlah makan ‘Danmuji’ yang rangup dan sedap ni!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Lama dah mencari resepi bulgogi (daging BBQ Korea) cara yang mudah disediakan dan yang penting sedap. Ini resepi lengkap yang disediakan oleh Puan Khadijah Jaafar (Dapur LAZZ). Sambil layan drama Korea boleh ‘ngap’ penuh kenikmatan. Paling best, tekak Melayu pun boleh layan.
“Ini lauk kegemaran anak-anak. Diratah macam itu saja. Jom layan resepinya. Sayurnya boleh diolah ikut citarasa.”
Puan Khadijah Jaafar
Bahan-bahan Bulgogi (Daging BBQ Korea)
500 gram daging, hiris nipis
1/4 cawan Kicap Soya Cair
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar Minyak Bijan
4 ulas Bawang Putih dicincang
1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 biji Bawang Besar, hiris
1 sudu besar Gula Perang
1 batang Lobak Merah, hiris halus
1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – tak ada pun tak apa
Sedikit garam
Bijan disangai
Sila Ikut Step Memasak Ini
Masukkan semua bahan kecuali lobak, enoki & tau meu.
Perap selama 1-2 jam.
Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
Sebelum angkat, masukkan hirisan lobak, tau meu & enoki dan biarkan sehingga layu.Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang. Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.