
Isi Kandungan
ToggleResipi mudah Cendawan Inoki guna Air Fryer, anak-anak suka makan macam ni. Buat mak-mak yang ada air fryer di rumah boleh cuba resipi mudah menggunakan cendawan inoki ni. Memang sedap, bahan-bahan tak banyak malah nak buat pun mudah. Nak buat kudapan, atau bekal sekolah untuk anak-anak pun boleh sangat.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Azie Saleh ini sebagai panduan.
Anak-anak suka makan macam ni.
Bahan-Bahan:
sebungkus Cendawan Inoki
1 batang Tauhu telur
Cili flakes
1 biji Telur
1 sudu besar Butter
Cara Membuat:
1. Potong sikit bahagian bawah cendawan Inoki.
2. Susun dalam bekas/kertas dan taburkan dengan Cili flakes. Ikut tahap kepedasan masing-masing.
3. Masukkan pula tauhu telur, telur dan butter.
4. Butter tu just letak je kat mana-mana bahagian. Letak dalam beberapa potong kecil. Anggaran 1 sudu besar macam tu.
5. Kemudian masukkan dalam air fryer dengan suhu 250°C selama 20 minit. Suhu boleh adjust ikut kesesuaian yang suka.
Siap! Selamat mencuba.
Mesti Baca:Cendawan Celup Tepung Super RANGUP, Masuk Sikit Air Kapur, Goreng Garing!
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri Sup Cendawan Berkrim Lagi Sedap Dari Guna Instant, Jimat!
Artikel Menarik:Tanam Cendawan Volvariella Guna Tandan Sawit,Selepas 9 Hari Dah Boleh Tuai

Mingguan Wanita: Menarik juga resipi cendawan inoki ni. Mudah je guna air fryer. Anak-anak mesti suka boleh bawa bekal ke sekolah.
Sumber: Azie Saleh
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengaku Kahwin 53 Kali Demi Mencari ‘Kestabilan Emosi’, Perkahwinan Tersingkat Bertahan Satu Malam!

Isi Kandungan
TogglePelbagai cara boleh dilakukan demi mendapat kestabilan emosi dalam kehidupan, ada yang ‘memilih’ menerusi perkahwinan. Seorang lelaki di Arab Saudi menjadi bualan ramai apabila mengaku telah berkahwin dengan 53 wanita berbeza dalam tempoh 43 tahun untuk mencari ‘kestabilan’ emosi, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Abu Abdullah, 65, mengahwini isteri pertama ketika berusia 20 tahun. Wanita itu berumur enam tahun lebih tua daripadanya.
Pasangan itu mempunyai anak dan kehidupan mereka berjalan lancar. Masalah kemudian muncul dalam hidup Abu dan dia memutuskan untuk berkahwin lagi.
Poligami
Pada usia 23 tahun, Abu memberitahu isterinya dia ingin menikah kali kedua dan berpoligami. Masalah lain pula timbul dengan kedua-dua isterinya. Sebagai jalan penyelesaian, dia kemudian beristeri tiga dan empat.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila dia menceraikan isteri pertama dan kedua sebelum menceraikan isteri ketiga dan keempat kerana mereka mula bertengkar. Usahanya untuk mencari ‘kestabilan emosi’ kemudian diteruskan.
Perkahwinan Tersingkat Bertahan Satu Malam
Lelaki itu memberitahu akhbar Sabq bahawa dia telah berkahwin dengan seramai 53 wanita dengan perkahwinan tersingkatnya bertahan hanya satu malam.
Bagaimanapun, Abu menegaskan bahawa dia tidak menganggap isteri-isterinya sebagai jenaka manakala semuanya adalah perkahwinan sah secara tradisional.
Abu berkata bahawa dia kini berkahwin dengan seorang wanita dan tidak bercadang untuk berkahwin lagi, walaupun tidak mendedahkan bahawa sudah menemui wanita yang dicari.
Kebanyakan isteri Abu berasal dari Arab Saudi tetapi dia pernah berkahwin dengan seorang wanita warga asing dalam perjalanan kerja yang bertahan selama beberapa bulan.
Mesti Baca:4 Perkara Sebenarnya Mak-Mak Boleh Lakukan Bila Diri Rasa Penat, Stress Mahupun Emosi Tak Stabil
Baca Lagi Di Sini:Suami ORANG Nampak Stabil Sebab Banyak BEBANAN DiTanggung Bersama ISTERI, Maka Jangan Ganggu
Artikel Menarik:Selamba Jual Buah Pinggang Isteri Tanpa Pengetahuan, Suami Kahwin Wanita Lain!
Mingguan Wanita:Macam-macam hal. Tak sangka dalam tempoh 43 tahun, dah berkahwin sebanyak 53 kali demi mencari ‘kestabilan emosi’.
Sumber: Kosmo, Oddity Central
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Masih Keliru, Pelitup Muka Hanya Wajib Pakai Di Tempat Awam Yang Sesak

Isi Kandungan
ToggleBermula 1 Ogos lagi, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan. Namun masih ramai yang gagal berbuat demikian dan ada yang kurang bernasib baik dikompaun.
Ternyata ramai masih keliru, pelitup muka hanya wajib pakai di tempat awam yang sesak. Jika duduk berseorangan dan menjaga penjarakan, tidak perlu memakai pelitup muka.
Ramai Masih Keliru
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui masih terdapat kekeliruan berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemakaian pelitup muka.
Ismail Sabri berkata, apabila seseorang itu bersendirian dan mengamalkan penjarakan fizikal, adalah tidak wajib untuk individu berkenaan memakai pelitup muka.
Wajib Pakai Di Tempat Awam Yang Sesak
“Tempat awam banyak, taman awam adalah tempat awam, tapi bila bersendirian maka tidak perlulah memakai pelitup muka kerana seperti saya katakan di tempat awam yang bersesak. Kalau di pasar bersesak, kalau dalam bas atau LRT bersesak, maka perlulah dan wajib pakai pelitup muka.
“Tetapi kalau bersendirian atau ada penjarakan fizikal antara satu sama lain, sebagai contoh di restoran kita (sudah tentu) tidak boleh pakai pelitup muka semasa makan.
“Tapi kerana ada penjarakan antara satu sama lain maka dibenarkan untuk tidak pakai pelitup muka,” katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Beliau menyatakan perkara itu berikutan isu tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang individu yang berada di tempat awam berseorangan dan tidak memakai pelitup muka dikenakan tindakan.
Baca Juga Di sini:
Bayi Tak Perlu Pakai Pelitup Muka, Cara Terbaik Duduk Di Rumah
Bermula 1 Ogos WAJIB Pakai Pelitup Muka Di Tempat SESAK, Pengangkutan AWAM
Sejak 1 Ogos Wajib Pakai Pelitup Muka
Mulai 1 Ogos, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.
Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bertegas dan tidak bertolak ansur dengan pemilik premis hiburan yang masih berdegil tidak mematuhi SOP dengan sama ada menarik semula lesen premis atau menghentikan operasi mereka untuk selamanya.
Ia susulan tangkapan membabitkan operasi pusat hiburan berlaku hampir setiap hari walaupun sudah ada makluman dan peringatan dikeluarkan.

Pembukaan Aktiviti Pelancongan
“Arahan daripada kerajaan juga amat jelas untuk tidak membenarkan kelab malam dan pusat hiburan kembali beroperasi buat masa ini dan masih di bawah senarai terlarang. Premis seumpamanya tersenarai di bawah larangan kerajaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara juga katanya, bersetuju secara dasar dengan cadangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung pembukaan aktiviti pelancongan khususnya di tempat terbuka seperti Zoo Negara, Legoland dan lain-lain.
Mengenai tangkapan semalam beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 201 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikompaun menerusi pelbagai kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi penjarakan fizikal.
Seramai 14 pendatang tanpa izin pula berjaya ditahan semalam menerusi Op Benteng yang diadakan di seluruh negara,” katanya. – Bernama
MW: Biarpun dilihat peraturan sekarang agak longgar, mak ayah seharusnya sentiasa menjaga SOP demi menjaga kesihatan keluarga tersayang.
Sumber: Bernama / Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Hampir Bun*h Diri Tertekan Hutang Banyak, “Jadi Bank” Suami Warga Asing Asyik Buat Pinjaman

Isi Kandungan
ToggleIsteri hampir bun*h diri tertekan hutang banyak, “jadi bank” suami warga asing asyik buat pinjaman. Berkahwin memang indah namun jika mendapat “suami dari neraka”, rumah tangga tak akan bahagia selamanya.
Satu ingatan buat wanita di luar sana agar membuat pilihan yang tepat bila hendak berkahwin lebih lagi ia melibatkan warga asing yang mempunyai agenda tersendiri bila mengahwini wanita tempatan.
Isteri Hampir Bun*h Diri Tertekan Hutang Banyak
Satu perkongsian di X, YB Marina Ibrahim ADUN Skudai mengenai seorang isteri yang hampir membunuh diri kerana tertekan hutang banyak boleh dijadikan pengajaran buat wanita agar tidak menjadi BANK dengan membuat pelbagai pinjaman semata-mata mahu membahagiakan lelaki.
Ini adalah kisah isteri teraniaya ini yang mana mengahwini warga asing 17 tahun lebih muda. Asyik disuruh buat pinjaman bank hingga kerjaya sebagai awam juga sudah terjejas. Hutang masih menimbun hingga isteri rasa hendak membunuh diri kerana tertekan.
Lepas Subuh ingat nak lelap sekejap. Seorang akak call menangis-nangis nak jumpa. Katanya hakim mahkamah bagi dia no telefon aku. Dengar suara dia, aku dah agak akak ni tengah dalam tekanan. Td jumpa dia. Penjawat awam , hilang kerja, tekanan sampai nak bunuh diri.
Pagi tadi lepas subuh ingat nak lelap sekejap. Seorang akak call menangis-nangis nak jumpa. Katanya hakim mahkamah bagi dia no telefon aku.
Dengar suara dia, aku dah agak akak ni tengah dalam tekanan. Td jumpa dia. Penjawat awam , hilang kerja, tekanan sampai nak bunuh diri pic.twitter.com/SHH30EBClt
— Marina Ibrahim (@Marina_Ibrahims) August 14, 2024
“Jadi Bank” Suami Warga Asing Asyik Buat Pinjaman
Berkahwin dengan lelaki warga asing yg 17 tahun lebih muda. Lelaki ni edar flyers je dulu, dah perhatikan akak ni lama.. so dia pancing. Jadi dia kahwin dan gunakan akak ni sebagai “bank”. Buat pinjaman dan sebagainya.
Rupanya modus operandi dia memang berkahwin dengan perempuan Malaysia untuk dijadikan bank. Akak ni berkali nak bunuh diri, tertekan. Dia cakap dengar suara suruh gantung diri, terjun. Nangis-nangis dia cerita tadi, tapi dia cakap dia lega sebab ada kawan bercakap harini.
Rupanya modus operandi dia memang berkahwin dengan perempuan Malaysia untuk dijadikan bank. Akak ni berkali nak bunuh diri, tertekan. Dia cakap dengar suara suruh gantung diri, terjun. Nangis-nangis dia cerita tadi, tapi dia cakap dia lega sebab ada kawan bercakap harini.
— Marina Ibrahim (@Marina_Ibrahims) August 14, 2024
Mana tak tertekan, selain bebankan dia dengan masalah penipuan, hutang. Baru sebulan kahwin , tahu pula lelaki ni suka langgan perempuan sana sini sehingga terkena penyakit kelamin. Akak ni cuba bertahan selama 12 tahun redha.
Dia pun cakap dekat aku pesan dengan perempuan dekat luar sana jgn mudah terpedaya. Perancangan aku, nak bantu akak ni dapatkan nasihat dan kaunseling. Cuma tulah, akak ni tak suka hospital dan doktor. Kena ambil masa sikit.
Apa pun, jadikan kisah ini iktibar agar tak terpedaya muka kacak warga asing lebih-lebih lagi usia muda dari wanita.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Suami Isteri Meninggal Dunia Kemalangan Motosikal, Bayi 8 Bulan Bergelar Yatim Piatu
Isteri Meninggal Dalam Labour Room, Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI