Resipi Mudah Bancuhan Tepung Menggoreng, Tak Serap Minyak, Ranggup Sampai Ke Petang

Share

Biasa kalau mak-mak nak cepat, mesti akan guna bancuhan tepung segera bila nak menggoreng pisang, keledek atau cempedak. Tapi hasilnya, kadang-kadang tidak seperti yang diharapkan.

Walau bagaimanapun, ada juga mak-mak selesa menggunakan bancuhan tepung sendiri untuk menggoreng. Tepung yang digunakan pun mestilah sesuai untuk menggoreng.

Kadang-kadang, bila guna bancuhan tepung atau sendiri tidak sama seperti yang dijual di gerai. Ada yang serap minyak sampaikan habis setengah botol minyak. Tak kurang juga makanan yang nak digoreng itu jadi lebik dan sebagainya.

Salah satu makanan bergoreng yang dikatakan ‘harga kayangan’ tentulah cempedak. Maklum saja ada yang jual satu biji cempedak goreng dengan harga RMl. Adakah sebab bancuhan tepung yng lain dari lain, tidak serap minyak dan paling penting ranggup sampai ke petang.

Inilah yang membuatkan mak-mak ingin mengetahui rahsia apakah yang digunakan untuk pastikan bancuhan tepung menggoreng itu ‘menjadi’. Paling mudah, dapat masak sendiri di ruma, barulah puas hati.

Kali ini Zaky Mat Ali berkongsi cara mudah untuk membuat bansuhan tepung sendiri. Mak-mak kena ingat, tepung yang nak digunakan bukan semua boleh dibancuh. Begitu juga dengan tepung beras, ada banyak capnya dan kena sesuaikan dengan apa yang mak-mak nak masak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cendawan Celup Tepung Super RANGUP, Masuk Sikit Air Kapur, Goreng Garing!

Pisang Goreng Rangup, Bancuhan Tepung Tanpa Bubuh Kapur Pun Serdaknya Krup Krap!

Info Lebih Menarik DI SINI

Bancuhan Tepung Guna Tepung Beras

Siapa suka cempedak goreng? Memang nikmat makan panas-panas lepas digoreng.
Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Dikongsikan resipi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.

300 gram tepung beras
2 biji telur
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur makan
Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat

Caranya:
Campurkan ke semua bahan di atas. Pastikan adunan tidak terlalu cair sangat. Bolehlah masukkan pisang, ubi, keledek atau cempedak. Goreng dalam minyak yang panas.

Jenis Tepung Beras

Tepung Beras Gajah Seekor

Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.

Tepung Beras Gajah Tiga Ekor

Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita, kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.

Tepung Beras Gajah Lima Ekor

Sesuai untuk buat laksa

Ini biji cempedak jangan dibuang. Boleh rebus letak sedikit garam.

Mingguan Wanita : kalau tepung segera tak kena dengan selera kita, boleh buat sendiri bancuhan tepung, baru puas hati.

Sumber: Zaky Mat Ali

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora