Resipi Mudah Baby Donut & Cakoi, Gebu Dan Lembut Sampai Ke Malam

Share

Waktu petang-petang dah tentu nak makan yang bergoreng untuk hidangan minum petang. Selain goreng pisang, dah tentu dalam kepala fikirkan tentang donut dan cakoi.

Sebenarnya, boleh saja nak buat sendiri donut dan cakoi. Adunan yang sama saja. Paling penting bila buat tu boleh makan sampai ke malam. Walaupun sejuk tetap tidak liat dan masih gebu.

Kalau buat donut dan cakoi mesti ada yang bersaiz besar. Katanya mudah dan adunan pun cepat habis. Tapi, kalau buat dengan saiz mini, nampak comel dan anak-anak dah tentu suka.

Apa kata kita cuba resipi baby donut dan cakoi yang dikongsikan oleh Missz Amira. Buat kecil-kecil senang untuk anak makan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: DONUT,CAKOI,PAU, Resipi Mudah Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih!

Adunan Cucur Udang Tak Melekat, Sebelum Goreng Panaskan Senduk Dalam Kuali!

Donut & Cakoi Versi Mini

Baby cakoi & baby donut lembut sampai ke malam. Buat kecik2 sng ank2 nk makan, donut xsmpt nk salut gula skli licin daa. Resepi & caranya simple ada disetiap gambar.

Bahan-bahan:

Step 1
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin/mentega/butter
1 sudu kecil garam
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.


.

Step 2
1 cawan air suam
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu besar yis
Masukkan kesemua bahan di atas dan kacau sebati. Terus masukkan ke dalam tepung tadi.


.

Step 3

1. Uli sampai sebati. Jangan risau, doh memang akan nampak lebih sedikit. Bila dah kembang, doh akan jadi lebih gebu dan senang dibentuk.
2. Biarkan naik dan kembang 2 kali ganda (dalam tempoh 30-40 minit atau sejam.
3. Bila dah naik/kembang, tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.


.

Step 4

1. Untuk elak melekat pada tangan, gunakan tepung gandum untuk bentukkan baby cakoi dan donut.
2. Bagi baby cakoi, gelekkan doh atas papan dan bagi panjang. Potong ikut saiz yang kita mahu. Kemudian, kepitkan antara dua.
3. Baby donut pula – bulatkan doh, kemudian tekan leper dan rekap menggunakan penutup botol.
4. Biarkan seketika hingga naik/kembang 2 kali ganda.
5. Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas dan goreng dengan api sederhana.


.

Inilah hasil baby cakoi yang naik 2 kali ganda.


.

Panas dari dapur.


.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Mudah sangat nak buat. Sekali jalan buat adunannya, jimat masa dan sedap sangat ni makan panas-panas.

Sumber: Missz Amira

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora