Waktu petang-petang dah tentu nak makan yang bergoreng untuk hidangan minum petang. Selain goreng pisang, dah tentu dalam kepala fikirkan tentang donut dan cakoi.
Sebenarnya, boleh saja nak buat sendiri donut dan cakoi. Adunan yang sama saja. Paling penting bila buat tu boleh makan sampai ke malam. Walaupun sejuk tetap tidak liat dan masih gebu.
Kalau buat donut dan cakoi mesti ada yang bersaiz besar. Katanya mudah dan adunan pun cepat habis. Tapi, kalau buat dengan saiz mini, nampak comel dan anak-anak dah tentu suka.
Apa kata kita cuba resipi baby donut dan cakoi yang dikongsikan oleh Missz Amira. Buat kecil-kecil senang untuk anak makan.
Baby cakoi & baby donut lembut sampai ke malam. Buat kecik2 sng ank2 nk makan, donut xsmpt nk salut gula skli licin daa. Resepi & caranya simple ada disetiap gambar.
Bahan-bahan:
Step 1
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin/mentega/butter
1 sudu kecil garam
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
Ads
.
Step 2
1 cawan air suam
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu besar yis
Masukkan kesemua bahan di atas dan kacau sebati. Terus masukkan ke dalam tepung tadi.
.
Step 3
1. Uli sampai sebati. Jangan risau, doh memang akan nampak lebih sedikit. Bila dah kembang, doh akan jadi lebih gebu dan senang dibentuk.
2. Biarkan naik dan kembang 2 kali ganda (dalam tempoh 30-40 minit atau sejam.
3. Bila dah naik/kembang, tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
.
Ads
Step 4
1. Untuk elak melekat pada tangan, gunakan tepung gandum untuk bentukkan baby cakoi dan donut.
2. Bagi baby cakoi, gelekkan doh atas papan dan bagi panjang. Potong ikut saiz yang kita mahu. Kemudian, kepitkan antara dua.
3. Baby donut pula – bulatkan doh, kemudian tekan leper dan rekap menggunakan penutup botol.
4. Biarkan seketika hingga naik/kembang 2 kali ganda.
5. Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas dan goreng dengan api sederhana.
.
Inilah hasil baby cakoi yang naik 2 kali ganda.
.
Panas dari dapur.
Ads
.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mudah sangat nak buat. Sekali jalan buat adunannya, jimat masa dan sedap sangat ni makan panas-panas.
Raya dah nak dekat nie, tinggal beberapa hari lagi. Sudah tentu bahan-bahan kat bakeri pun banyak yang habis. Lebih sedih, bila gi kedai bakeri punyalah beratur panjang, sekali bahan yang nak pakai pulak dah habis. Sedih!.
Tak payah, pening-pening kepala. Ada resepi cornflakes coklat yang guna bahan kat pasar raya sahaja. Boleh buat banyak-banyak. Anak-anak pun suka, coklat katakan. Mak-mak lak mesti ralit juga bila makan nie.
Perkongsian daripada Nor Hafidzah Qasim
“Bila cari cooking coklat kat kedai semua tak ada stok. Nak pi kedai bakery, malas nak beratur panjang. So, singgah supermarket, kita beli coklat tango yang plain, untuk buat cornflakes coklat.
“Resipi ni memang mudah, tak perlu guna oven. Boleh serah kat anak sahaja untuk buat. Sebab nak makan nanti merekalah juga kan.
Cornflakes Coklat
Bahan-bahan:
A. 1 pek coklat tango plain 140gm dan 1 sudu besar butter. Cairkan guna teknik double boiler.
B. 2 1/2 cawan cornflakes yang dihancurkan sedikit.
Cara Membuat:
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas. Gaul sehingga rata.
Sudukan ke dalam bekas kertas. Biarkan sejuk seketika di dalam peti ais.
Resepi yang sangat mudah sebab tak perlu bakar.
Masukkan 140gm coklat tango dan 1 sudu besar butter. Gunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair.Guna penyukat macam ni lebih mudah. Masukkan 2 1/2 cawan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan.Masukkan ke dalam bekas kertas, sejukkan seketika di dalam peti ais.Dah siap.Simpan dalam bekas kedap udara.
Resipi kuih bingka labu boleh dimasak dengan lebih mudah dan cepat menggunakan air fryer. Harum semerbak satu rumah dengan bau lemak manis labu. Kuih bingka labu yang dibakar dengan menggunakan air fryer juga lembut teksturnya.
Jika mak-mak berhajat nak buat kuih bingka labu, boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Eniza M.Salim ini. Hasilnya cantik dengan permukaan atas yang garing. Nak masaknya pun mudah sangat!
Resipi Bingka Labu, Bakar Guna Air Fryer
RESIPI BINGKA LABU
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula(boleh guna gula perang)
2 biji telur
1 cawan labu( yang telah di rebus + lenyek)
2 sudu kecil majerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan santan
Sedikit bijan
Beberapa titik pewarna kuning( optional)
Bau Sedap, Lembut, Lemak Manis
Cara membuat:
Kisar semua bahan di atas, kecuali bijan.
2. Tuang ke dalam acuan loyang yang telah di sapu marjerin. Taburkan bijan.
3. Bakar dalam air fryer. Suhu 160 darjah celcius selama 25 minit. 5 minit akhir, tambah suhu 180 darjah celcius untuk dapatkan bahagian atas yang garing.
4. Bergantung pada air fryer masing-masing, jika dicucuk dengan lidi tapi masih belum masak, tambahkan lagi masa membakar dan rendahkan suhu.
Nota: Resipi ini menggunakan santan kotak kara 200 ml cukup untuk 1 cawan
Guna loyang 6′ (bergantung kepada saiz air fryer)
Rupanya nak hilangkan masin ikan itu pun ada caranya, malah walau anda kategori mak-mak yang setiap hari masuk dapur itu belum tentu anda lulus masak menu ini!
Jadi kalau anda nak ikut cara orang dulu-dulu, cuba amalkan tip yang dikongsikan lelaki ini, Syed Mohd Nazli, salah satu resepi masakan tradisional Utara.
Ini petua hilangkan kemasinan ikan masin dan resepi asli turun temurun MASAK ASAM IKAN TALANG.
Cara Hilangkan Masin Ikan
Rendam ikan masin dengan segenggam garam kasar anggaran 30 minit.
1)Tumis bawang putih/merah,hirisan halia dan serai ketuk sehingga garing kekuningan.
2)Masukkan air perahan asam jawa dan sedikit gula.
3)Masukkan ikan masin yang telah digoreng dan sedikit minyak bekas goreng ikan masin.
4)Masukkan sangat sedikit pati santan,sekadar untuk rasa sedikit lemak,SEDIKIT SAHAJA,atau lebih eloknya tak perlu.
5)Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili kering yang telah digoreng rangup.
Nota Tambahan:
Boleh juga dimasukkan sedikit sos tiram selepas dimasukkan air perahan asam jawa.
Masakan ini berkuah pekat dan kata orang utara ‘kuah cap cap’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...