Resipi Mudah Ayam Masak Merah Ala Mak-Mak, Favorite Anak Sampai Makan Bertambah

Share

Rasanya semua anak memang suka dengan ayam masak merah atau setengahnya panggil masak sambal. Kalau boleh mahunya mak-mak masak setiap hari semata-mata melihat seleranya anak makan hidangan itu.

Memasak pun tidaklah renyeh mana pun. Cuma yang tak bestnya, mak-mak pula naik jemu memikirkan hidangan itu yang kena dimasak tiap-tiap hari demi memenuhi selera anak-anak.

Boleh saja nak pelbagaikan ayam masak merah ini. Bukan hanya dimakan dengan nasi putih tetapi dipelbagaikan seperti nasi minyak, nasi tomato atau kesesuaian nasi lain. Mak-mak jimat masa, tak perlu lak yang banyak pu. Itu pun dah cukup menyelerakan.

Baiklah, perkongsian daripada Tg Khuzanika cukup menarik dengan memberi resipi ayam masak yang simple, digandingkan pula dengan nasi tomato. Mahunya bertambah-tambah anak makan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Sambal Nasi Kerabu Sedap Dan Tahan Lama, Rupanya Inilah Rahsia Penjual

Ayam Goreng Favorite Anak-Anak, Resipi Anggaran 1 Ekor

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Mudah Ayam Masak Merah

“Ini adalah lauk kegemaran anak-anak saya. Masakan yang ringkas sahaja dengan nasi tomato”.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
(ayam di gaul dengan garam kunyit dan goreng separuh masak dengan api yang kuat sedikit supaya bahagian luar ayam kelihatan garing.)
10 biji cili merah
cili kering secukupnya
4 biji buah tomato
4 biji bawang besar merah ( yang besar ye)
8 ulas bawang putih
½ cawan sos cili
½ cawan sos tiram
Garam, gula dan asam jawa secukup rasa

Cara Membuat:
1. Kisar bawang besar dengan bawang putih. Asingkan.
2. Selepas itu, kisar bahan yang lain.
3. Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak sedikit barulah sambalnya nampak cantik.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi.
5. Kemudian, tumis bawang dahulu sehingga naik wangi atau kering airnya.
6. Masukkan bahan-bahan kisar yang lain. Kacau sebati.
7. Masukkan garam dan asam jawa secukupnya.
8. Masak sehingga naik minyak, barulah masukkan gula.
9. Biar seketika dan kacau lagi.
10. Barulah masukkan sos cili dan sos tiram.
11. Masukkan ayam yang digoreng tadi dengan sedikit air lagi.
12. Kacau dengan api yang perlahan dan biarkan mereneh supaya rempah-remaph dapat meresap ke dalam ayam goreng tadi.
13. Siap.


Sumber: Tg Khuzanika

PETUA

Beberapa petua yang boleh digna pakai sebelum memasak ayam masak merah.
a) Kunyit hidup vs kunyit serbuk
Boleh memilih untuk menggunakan kunyit hidup atau kunyit serbuk. Gunakan sekurang-kurangnya 2 inci atau lebih kunyit hidup yang boleh ditumbuk atau dikisar sehingga menjadi pes. Sebagai tambahan, tambahkan 1/2 sudu besar air ke dalam pes. Kemudian, campurkan ayam bersama pes kunyit dan garam.

b) Tomato puree atau tomato segar
Ia digunakan untuk memberi warna dan kemanisan pada kuah. Boleh gunakan ½ tin tomato puree atau tomato segar.

c) Ayam masak merah tidak pedas
Sekiranya anda tidak mahu kuah yang pedas, jangan guna cili kering dalam masakan anda.

Lain-lain: Pastikan pes cili, halia dan bawang ditumis dengan sempurna sehingga naik bau atau pecah minyak. Sekiranya langkah ini tidak diikuti, pes tidak akan memberi rasa yang terbaik dan ada sedikit rasa yang mentah.

MW: Resipi paling mudah dan simple untuk anak-anak.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora