Jika ada beli banyak jagung, selain simpan dan frozenkan boleh cuba resipi Apam Jagung yang gebu ini. Rupanya antara tip untuk dapatkan hasil apam yang gebu, api juga memainkan peranan penting. Kena kukus selama 20 hingga 25 minit.
Boleh cuba resipi lengkap Apam Jagung seperti yang dikongsikan oleh Puan Norfazida Gda ini sebagai panduan;
Beli jagung time offer, hiris dan frozenkan. Tahan lama, boleh guna bila-bila perlu. Dalam keadaan dan cuaca sekarang ni kita guna bahan yang mana ada saja dan sedapatnya.
RESIPI APAM JAGUNG
Bahan-Bahan:
1 cawan jagung krim
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk baking soda
1/4sk garam
3/4 cawan gula
1 cawan minyak jagung/masak
2sb susu pekat/ susu jagung SAJI
1 biji telur gred A/B
Sedikit pewarna kuning (optional)
Sedikit jagung fresh untuk hiasan (optional)
Cara Membuat:
1.Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Tambahkan garam. Ketepikan.
2.Putar/kisar gula, minyak jagung masak, susu pekat dan telur hingga sebati.
3.Masukkan bahan yang telah diayak tadi. Putar hingga sebati. Akhir sekali, masukkan pewarna kuning dan jagung krim putar atau kacau sehingga sebati.
4.Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Sediakan papercup yang dialas dengan acuan lompang/muffin/bekas plastik. Sudukan/paipkan adunan apam sehingga penuh papercup. Taburkan sedikit jagung fresh diatasnya.
5.Kukus adunan dengan api yang kuat selama 20-25 minit. Siap!!!
Mingguan Wanita: Menarik juga resipi Apam Jagung yang dikongsikan ini. Jika ada beli jagung yang banyak, takde idea nak buat apa, boleh cuba buat resipi Apam Jagung ni.
Kekuatan sotong bakar thai ini cuma pada bahan perap dan sosnya. Kalau dah ada rahsia ini, anda boleh teruskan. Tetapi jangan sampai derhaka pada resepi ya.
Nasihat saya, sesiapa yang baru nak cuba buat sotong bakar Thai ni tak payah la buat. Kalau setakat 4-5 ekor, confirm tak cukup. Kena buat banyak, baru puas. Semua rasa ada masam manis masin… Complete!
Ok jom cuba godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Juju Minhad ini…
Bahan-bahan:
Sotong saiz beso
3 sudu besar jus lemon
3 sudu madu
Secubit garam
(Cuci sotong, lumurkan semua bahan-bahan. Simpan dalam peti sejuk 15 minit)
Keluarkan sotong cucuk kepala dengan badan sotong guna lidi pencungkil gigi
1. Lap guna tisu
2. Renjis dengan minyak
3. Bakar sampai masak.
Sos
12 btg cili merah
8 btg cili hijau
7ulas bawang putih (bako jap)
(Tumbuk semua)
2 sudu sos tiram
4 sudu gula
5 sudu jus lemon
3 sudu sos ikan
Daun ketumbar ( hiris halus)
Satukan semua bahan. Lumur atas sotong. Siap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hati kadang tertanya-tanya selamat ke tauhu yang dibeli di kedai. Kita pun tak tahu sejauh mana kebersihan dan cara penyediaannya. Lebih baik buat tauhu homemade di rumah sendirikan.
Rupanya buat tauhu ini tidaklah gunakan bahan yang banyak pun. Cuma kacang soya, air dan cuka, Kalau mak-mak masih beri alasan, macam mana nak jadi ibu yang hebat ya tak.
Jom belajar buat tauhu homemade seperti yang diajarkan oleh Mimi Ly.
“Bila semua nak buat sendiri, macam ni lah jadinya. Kali ke dua buat tauhu homemade. Resepi ada pada setiap gambar ya. Saya dah up ni, tak sangka pula ramai yang nak. Lebih kurang saya minta maaf ya.
“Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak mencubanya. Insyaallah.” Jelas Mimi yang memaklumkan lain orang lain cara pembuatannya.
Bahan-bahan Buat Tauhu Home Made
1 kilo kacang soya
Cuka makan
2 helai kain napkin yang bersih
2 bekas plastik sama saiz
Jika sukakan kacang soya organik, bolehlah dapatkan bahan-bahan organik lain di Love Earth :
Caranya Mimi Tunjuk Bawah Ini
Sediakan 2 kain napkin anak yang bersih. Yang ni masih baru tak pakai lagi.
Bekas penapis ni saya beli kat kedai RM2 saja. Beli 2 bekas satu untuk bawah satu untuk atas ya. Usahakan bekas yang sama. Biar senang nak tekan tauhu tu nanti. Atau ikutlah bekas apa yang korang nak. Janji yang bawah tu ada lubang dan bekas atas dan bawah sama besarnya.
Rendam 1 kilo kacang soya semalaman. Kalau buat 500 gram sikit sangat jadinya. Nanti tak berbaloi buat penat aje kan. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya. Saya guna cawan metrix ya.
Caranya: Kisar kacang soya dengan air paip. Perbandingan untuk sekali kisar. Sukatannya: 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Lepas dikisar, sekali sahaja tak mahu dua kali ya. Hampasnya boleh buat cekodok ke apa ke ikut suka!
Kemudian tapis dengan kain napkin tu. bawahnya letak bekas untuk tampung air. Kasi perah sama dia elok-elok. Buat sampai habis.
Masukkan dalam periuk besar air tapisan tadi. Hampasnya kita buang. Kacau sentiasa biar sampai keluar bau dia dan berasap-asap. Ingat masa ni kacau terus tak nak bagi dia pecah. Tunggu 5 minit lagi baru tutup api. Tunggu 5 minit lagi bagi dia suam sikit.
Baru tapis sekali lagi untuk kali kedua. Ini bagi mengelakkan daripada hampas-hampas yang tersisa tadi. Baru tauhu homemade kita cantik, lembut jer.
Lepas ditapis tadi letak dalam bekas yang bersesuaian. Biar lagi 5 minit baru masukkan 10 sudu besar cuka makan. Kacau lagi sekejap dan biarkan tunggu dia menjadi ketulan-ketulan dalam 15@20 minit macam tu.
Kalau Tak Nak Guna Cuka : Boleh Letak GDL (serbuk tao fa). Beli kat kedai bakery pun boleh. Untuk gantikan cuka makan tadi. Sukatannya:
√ 60 gram air suam
√ 30 gram GDL kacau sebati dengan air suam tadi. Baru campur sekali dengan air tauhu kita.
Pilih antara satu yang ada kat rumah atau yang anda suka. Nak cuka makan saja atau GDL tu! sila hadam baik-baik, Jangan letak pulak dua-dua sekali.
Ni semua untuk 1 kilo kacang soya. Kalau korang nak buat 500 gram kacang soya sila bagi dua jumlah cuka atau GDLnya. Faham ya semua.
Siapkan bekas tapis tadi. Letakkan lagi kain napkin. Bawah tapis ni saya letak lagi rak. Biar senang air lebihan tahu tu menitis ke bawah.
Baru masukkan bancuhan yang dah menjadi ketul-ketul tadi.
Terus tutup dia kasi elok-elok. Buang sisa air yang ada dan mampatkan tauhu homemade kita.
Kemudian timpa dengan bekas yang sama besar dengan yang di bawah tadi. Letak pemberat apa pun yang ada kat rumah. Saya guna batu konkrit.. hahaha..
Tunggulah sampai dia betul-betul sejuk dan bila dibuka kain dia tak melekat. Nak letak bekas macam mana pun boleh. Janji bekas yang di bawah tu ada penapisnya macam dalam gambar.
Tu diaa.. tauhu homemade kita. Alhamdulillah puas hati buat sendiri. Dah siap macam ni simpanlah dalam peti ais bahagian bawah bukan yang beku. Atau jangan simpan kat suhu bilik bilik. Nanti cepat rosak.
Letak 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu homemade kita. Dah pon siap.
Bila nak masak, bolehlah potong dengan pisau ye.
Petua Dapur, Buang Bau Cili Pada Pengisar
Petua ini tak ikut sekali dalam resepi cuma nak bagi petua yang biasa saya buat saja. Untuk hilangkan bau dalam mesin pengisar cili ni. Kita rendam dulu dengan kopi dan air panas. Jangan minum pula ya. Hehe.. Kemudian, kisarlah untuk buang bau cili dia tu.
Dah tahukan buat tauhu homemade macam mana. Teknik ini hendaklah dibuat ikut stepnya. Selama mana boleh disimpan tak pula dinyatakan, sebabnya sekali buat tauhu ini akan cepat habis. Tapi mak-mak boleh gunakan indicator ini. Jika tauhu dah mula rasa masam, bermakna tauhu itu dah tak baguslah untuk dimakan.
Di saat bahan mentah di rumah agak terhad sepanjang PKP ini,, mak-mak kena kreatif memikirkan apa nak masak untuk keluarga. Ayam antara bahan masakan yang akan dibeli kerana pelbagai hidangan boleh dimasak menggunakan ayam,. Bagaimana dengan kaki ayam?
Ada yang buang begitu saja dengan alasan rasa ‘geli’ nak makan. Hai…agak-agak kalau dah tahu khasiat yang terkandung di dalamnya, sanggup buang lagi tak? Kalau nak tahu, kaki ayam tinggi kandungan kolagen tau! Elok diamalkan untuk kelihatan awet muda! Sila semak artikel ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Jadikan Kaki Ayam Antara Menu WAJIB Di Rumah
Selain dibuat sup, kaki ayam juga sedap jika dijadikan kerabu ala Thai. Malah, anak-anak pun pasti akan menggemarinya kalau kena dengan selera mereka.
Mungkin boleh cuba yang dikongsikan di facebook milik Rina Idris.
Bahan-Bahan Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahan untuk direbus bersama:
20 batang kaki ayam
2-3 sudu makan cuka
Sedikit garam
Bahan Dihiris:
1 labu bawang besar
2-3 ulas bawang putih
2 batang serai
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang (pilihan)
2 biji tomato
2 batang cili merah (Separuh ditumbuk dan separuh lagi untuk digaul)
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan Untuk Digaul:
Limau nipis/kasturi
Lemon jika ada
Sedikit garam
Sedikit gula
Sos ikan/sos seafood/sos tiram + cuka
Cara membuatnya:
Bersihkan kaki ayam sebaik mungkin, potong kukunya dan kerat dua. Rebus dengan cuka dan sedikit garam, lebih kurang 15 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan yang dihiris dimasukkan ke dalam satu mangkuk, kemudian perahkan jus limau dan lemon. Gaul sekata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sos ikan/sos tiram yang dicampur sedikit cuka. Gaul semuanya hingga sebati.
Masukkan kaki ayam yang telah direbus tadi. Gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan. Mudah, cepat dan sedap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...