Resipi M&M COOKIES Mudah Sukatan Cawan, Antara Jualan Paling Laris Biskut Raya!

Share

Setiap kali tibanyanya musim raya, kuih atau biskut raya bagaikan satu kemestian untuk dihidangkan buat tetamu. Tak kisahlah beli ke buat sendiri. Kalau mak-mak nak cuba buat sendiri, boleh buat resipi M&M cookies ni. Memng mudah guna sukatan cawan je, tak perlu timbang-timbang. Malah sangat sedap dan cantik berseri warna warni.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed ini sebagai panduan;

Antara cookies yang hot selling dalam list cookies raya mommy ni. Alhamdulillah.Bahan-bahan pun mudah dicari, cara buat pun senang dan rasa pun yummy. Dah banyak kali share dah sebenarnya tapi peminat mommy dok mesej je tanya resepi cookies ni.

Okey lahh mommy memang bermurah hati nak share lagi sekali untuk manfaat semua ya? Sesape berminat nak buat makan-makan atau berniaga terserahlahh. Semoga rezeki kita semua dipermudahkanNya Aameen.

M&M COOKIES

Bahan-Bahan:

3/4 cawan butter
1/3 cawan gula castor
2/3 cawan gula perang
1 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum }
1 1/4 sudu kecil baking powder } ayak sekali
1/3 choc chip mini / choc rice ~ optional
Choc M&M secukupnya untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Mix butter + gula hingga kembang gebu.
2. Masukkan telur + kuning telur + esen vanilla, mix lagi.
3. Masukkan bahan-bahan ayak sedikit-sedikit hingga habis, kaup balik sebati.
4. Jika adunan agak lembik, boleh tambah 2 sudu besar tepung gandum dan masukkan ke dalam fridge 30 minit hingga 1 jam.
5. Sudukan @ getel bulat2-bulat doh, susun atas baking tray.
6. Letakkan choc m&m di atasnya.

7. Bake 160°c 15-20 minit @ ikut oven masing-masing ya.

 

Happy baking, Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Choco Rich Ball Tak Perlu Bakar, Satu Adunan Dapat 60 biji!

MW: Jadi buat mak-mak yang tengah mencari resipi biskut raya mudah boleh cuba M&M COOKIES ni. Memang mudah tak perlu timbang-timbang, guna sukatan cawan je.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI


Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab