
Isi Kandungan
ToggleNak buat Kek keju atau Cheese Cake memang ada macam-macam cara .Perkongsian resipi Mini Peach Cheese Cake daripada Amanda Rania Zafreen ini memang istimewa sebab bahagian ‘base’ hanya guna Biskut Tiger je. Cukup mudah dan senang nak buat serta yang pastinya sangat sedap! Bagi penggemar cheese mahupun cheese cake WAJIB cuba resipi ini.
Mini cheesecake untuk anak-anak.Base akak guna biskut tiger. Mudah dan ringkas untuk anak-anak. Asas cheesecake akak tambah dengan sedikit hirisan buah peach.Yang nak cuba boleh je guna resipi dibawah :
Mini Peach Cheesecake:
Bahan-Bahan:
500gm cream cheese ( saya guna tatura)
2biji telor ( gred A)
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan whipping cream
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sunquick ( oren mandarin)
Sedikit hirisan buah peach. ( optional)
Kepingan biskut tiger utk asas/dasarnya.
Cara Membuat :
1.Semua bahan dipukul sekali kecuali buah peach dan kepingan biskut. Pukul hingga sebati.
2.Susun biskut dalam papercup dan gunakan acuan muffin ( seperti dalam gambar).
3.Letakkan sedikit hirisan buah peach sebelum dituangkan adunan cheese tadi.
4.Bakar dengan kaedah doubleboiled dengan suhu 150° selama 20-25minit.

Apabila masak, sejukkan & hidang. Mudah kan…. Happy baking…
Sumber: Amanda Rania Zafreen
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Guna Duit Raya Beli Cincin Emas Untuk Mama.’ Masih Kecil Tapi Pandai Hargai Ibu

Isi Kandungan
Toggle‘Guna duit raya beli cincin emas untuk mama.’Masih kecil tapi pandai hargai ibu yang banyak berkorban untuknya. Hadiah kecil ini benar-benar membuatkan banyak hati ibu yang tersentuh.
Dalam usia Sembilan tahun, dia sanggup menggunakan kesemua wang yang dia simpan untuk gembirakan hati seorang ibu. Syabas!
Guna Duit Raya
“Saya sudah lama nak beri hadiah kepada mama, saya nak bagi mama seronok. Nanti saya nak belikan mama kereta dan rumah pula,” kata Muhammad Adam Shah Muhammad Shahrul Iznie.
Kanak-kanak itu baru berusia sembilan tahun, namun bijak menghargai ibunya, Noor Ileyana Mohammad, 30, dan menunjukkan kasih sayang termasuk dengan pemberian hadiah.
Artikel Berkaitan: Alahai Sweetnya Ucapan Engku Aleesya Untuk ‘Mom’ Erra Fazira Sempena Hari Ibu
Beli Cincin Emas Untuk Mama
Terbaharu Muhammad Adam Shah membelikan cincin emas buat ibunda tercinta menggunakan duit raya dan simpanannya.
Kisah murid tahun tiga itu mendapat perhatian selepas Noor Ileyana berkongsi video di TikTok yang menunjukkan anak sulungnya itu memberi hadiah istimewa sempena Hari Ibu, Ahad lalu.
Menurut Noor Ileyana yang menetap di Taman Aur Mesra, Taiping, Perak, Muhammad Adam Shah menjual bunga api Ramadan lalu dan menyimpan wang jualan untuk membelikannya cincin emas.
Masih Kecil
“Saya juga memberinya upah kerana membantu di kedai inai pengantin saya, cuma tak sangka Adam (nama panggilan Muhammad Adam Shah) gunakan wang itu dan duit raya diterima berjumlah RM1,500 untuk belikan saya cincin.
“Ikutkan, saya sudah ada cincin, namun Adam bersungguh untuk hadiahkan kerana menyimpan hajat itu sejak tahun lalu.
“Kami ke kedai emas kelmarin (Isnin) dan saya sekadar bantu tanya pekerja mengenai cincin mana yang boleh dibeli mengikut bajet Adam,” katanya.
Baca Di Sini: Setiap Hari Hantar Lauk Kegemaran, Anak Buang Ego, Rajuk Ibu Terlerai Selepas 15 Tahun
Tapi Pandai Hargai Ibu
Menurut Noor Ileyana, sebagai ibu, dia terharu selepas menerima pemberian Muhammad Adam Shah apatah lagi pemberian itu bukan sedikit nilainya.
“Adam juga sudah beri ‘amaran’ kepada saya untuk tidak menyimpan sahaja cincin pemberiannya, sebaliknya sentiasa memakainya.
“Dia beri saya hadiah itu mungkin kerana nampak saya susah payah cari rezeki membesarkannya walaupun kami sering bertekak.
“Bagaimanapun, saya ada beritahunya yang saya akan pulangkan semula cincin itu andai satu hari dia perlukan wang untuk sambung pengajian atau ada keperluan mendesak,” katanya.
Ramai Mendoakan Yang Baik
Noor Ileyana bersyukur perkongsiannya di TikTok menerima maklum balas positif dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya dan Muhammad Adam Shah.
“Alhamdulillah, rata-rata doakan yang baik. Saya juga doakan Adam berjaya capai impian bergelar jutawan muda suatu hari nanti,” katanya.

Juga Di Sini : “Syurga Ita Dah Tak Dak Mak” Hari Ibu Bertukar Episod Sedih. Anita Baharom Kehilangan Bonda
Mingguan Wanita : Keperibadian Adam lahir daripada ibunya. Tahniah buat anak dan ibunya. Semoga Adam menjadi anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya. Insyallah.
Sumber : myMetro
Orang Yang Jauh Dari Bau Syurga:
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikhwan Dedah Gaji Sesetengah Penyampai Radio Memang Tinggi!

Isi Kandungan
ToggleIkhwan dedah gaji sesetengah penyampai radio memang tinggi! Itulah realiti pendapatan sebenar sesetengah penyampai radio.
Malah sewaktu ditemubual ketika majlis pelancaran drama terbaharu di Tonton, SeOfis di Worq KL Sentral pemilik nama sebenar Mohd Khairul Ikhwan Rosli atau lebih dikenali sebagai Ikhwan Rosli yang juga bekas penyampai radio itu turut menerangkan di dalam dunia seni gaji DJ radio antara paling tinggi.
Ikhwan Dedah Gaji Sesetengah Penyampai Radio
Ikhwan juga turut ditanya tentang gaji penyampai radio yang dikhabarkan ada mencecah sehingga ratusan ringgit.
“Memang ramai yang tidak tahu bahawa bayaran setiap penyampai memang tinggi dari zaman senior saya lagi seperti Halim Othman dan Linda Onn.
“Bagaimanapun ia bergantung kepada pengalaman dan gaya penyampaian mereka kerana radio adalah salah satu medium utama suatu ketika dahulu.
“Cuma sekarang mungkin berbeza dan kalau penyampai baru gajinya tidaklah setinggi yang lama,” ujar Ikhwan.
Doa Yang Baik-Baik Untuk Tyzo
Menyentuh tentang nasib bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander, Ikhwan mendoakan yang baik-baik buat rakannya itu.
“Sebagai rakan penyampai radio apa yang boleh saya katakan, kena chill. Kita macam pemain bola sepak akan bertukar-tukar.
“Mungkin dia berhenti kerana politik, mungkin juga ada masalah dalaman lain yang tidak dapat diselesaikan. Doa yang baik-baik untuk dia.
“Apa yang terjadi ini ada hikmahnya.
“Kalau kita lihat, nama dia sekarang disebut-sebut, orang lebih mengenali dia, yang tak minat jadi minat.
“Kena lihat dari sudut lain, mungkin Allah nak bagi rezeki yang lebih baik,” kongsinya.
Wujud Politik Di Stesen Radio
Ikhwan ketika ditebak tentang kewujudan senario politik di stesen radio akui situasi ini juga wujud dalam mana-mana organisasi lain.
“Bagi saya mana-mana tempat pun ada politik masing-masing. Saya sudah berkhidmat di sebuah stesen radio selama 12 tahun dan ia satu jangka masa yang lama.
“Memang tidak mudah untuk menghadapi, tapi bagi saya kita kena chill (bertenang) sahaja. Konsepnya kalau orang beri tahi, kita tetap beri bunga,” ungkapnya.
Baca Disini : Gaji DJ Radio Cecah RM150K Sebulan, Fauziah Nawi Maklum RM5K-RM40 K Adalah Biasa
Linda Onn Nafi Terima Gaji RM45,000, Gaji Tak Sampai RM10,000 Pun…

Sumber Foto Kredit : Instagram Ikhwan Lein
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Simple “Terung Masak Sambal Berlada” Satu Lauk Pun Dah Cukup!

Isi Kandungan
ToggleAda masanya nak makan masakan yang ringkas je dan tak perlu banyak lauk, mak-mak boleh masak resipi simple Terung Masak Sambal Berlada ni. Memang sedap dan mudah disediakan. Cukup rasa sambal pedas, masam dan manisnya disamping kerangupan ikan bilis.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini.
“Terung Masak sambai Berlada” Style saya masak simple jaa..Mai hari tak berapa nak rajin 1 menu cukup. Makan pulak dengan nasi panas-panas taruh kicap kipas udang sikit, tak da lauk lain pun tak pa dah.
Bahan-Bahan:
Terung (Goreng sekejap)
Ikan Bilis (digoreng)
Asam Jawa
Garam & Gula secukupnya
*Bahan Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Merah
Cili Padi
Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar dalam kuali dan masak sehingga cili garing.
2. Kemudian masukkan sedikit asam jawa.
3. Masukkan pula garam & sedikit gula perang utk seimbangkan rasa.
4. Saya suka goreng dulu terung, sebelum masukkan dalam sambal.
5. Kemudian masukkan pula ikan bilis. Kacau rata.
6. Siap! makan dengan nasi panas-panas memang sedap.

Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Buat Sambal Terung Asam Bakar, Tak Payah Menu Lain
Baca Lagi Di Sini:Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!
Artikel menarik:SAMBAL GEPREK Resipi Asal Jogjakarta,Tak Perlu Dimasak Hanya Letak Minyak Panas!
Mingguan Wanita: Memang mudah nak buat Terung Masak Sambal Berlada ni. Makan pula dengan nasi panas-panas, satu lauk pun dah cukup.
Sumber:Qasih Jue Aisya
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI