Mi Goreng antara menu yang paling simple dan mudah dibuat untuk dihidangkan buat tetamu yang datang. Namun jika nak buat sukatan besar, agak sukar juga nak mengagak bahan dan sukatan yang betul dan cukup untuk tetamu yang ramai.

Mak-mak boleh cuba resipi MI GORENG sukatan banyak untuk 60 Orang makan ini. Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Ismail sebagai rujukan.

Bahan-Bahan:

12 bungkus Mi kuning
60 ekor Udang Sederhana Besar
4 bungkus Fishcake potong nipis
2 kilo Sawi Cameron potong kecil
1 klio Kobis potong kecil
20 keping Tauhu di goreng dan potong kecil
400 gram minyak masak
1/2 kg Bawang Besar kisar halus
2 labu Bawang Putih kisar halus
400 gm Cili Giling
400 gm Sos Tomato
300 gm Sos Cili
400 gm Kicap Manis
6 Sudu Besar Kicap Pekat
6 Sudu Besar Gula
4 Sudu Besar Garam
12 Sudu Besar Stok Ayam
800 Gram Air

Bahan Hiasan

12 biji Telur goreng dadar dan potong halus
RM5 Daun Sup dan Daun Bawang potong halus
1 paket sederhana Bawang Goreng
Cili Merah di hiris

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili giling, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan air 200ml.
5. Masukkan batang sawi, kacau-kacau hingga layu.
6. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air kacau rata
7. Masukkan udang dan fishcake, kacau rata
8. Masukkan sawi, kobis, mi dan tauhu.

Resipi MI GORENG Sedap Sukatan Banyak Untuk 60 Orang Makan
9. Kacau lagi dan kaup balik hingga sebati dan masak.

Resipi MI GORENG Sedap Sukatan Banyak Untuk 60 Orang Makan

 

Ads

Resipi MI GORENG Sedap Sukatan Banyak Untuk 60 Orang Makan

Siap!

Resipi MI GORENG Sedap Sukatan Banyak Untuk 60 Orang Makan

*Saya goreng 2 kali jadi semua bahan-bahan dibahagi dua.

Ads

Masukkan dalam bekas hias dengan hirisan telur dadar, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah

Resipi MI GORENG Sedap Sukatan Banyak Untuk 60 Orang Makan

 

Resipi MI GORENG Sedap Sukatan Banyak Untuk 60 Orang Makan

Ads

Selamat Mencuba Mi Goreng CARA SAYA

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: Resipi Mee Goreng Basah Kuah Melekit-Lekit, Perah Limau Nipis Rasa Lebih UMMMPHHH!
Baca Lagi Di Sini:Teringin Nak Makan, Buat Sendiri Mee Goreng Ala ‘MEE BODOH PAK HASSAN’
Artikel Menarik:Leraikan, Letak Sikit Minyak, CARA BETUL Simpan Mee Tahan 2-3 Minggu!

Mingguan Wanita: Nampak sedap sungguh mee goreng ni, boleh buat untuk sukatan banyak, sesuai kalau nak buat rumah terbuka.

Sumber: Nur Ismail

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI