Resipi mi goreng, hidangan yang paling mudah dan cepat untuk mak-mak sediakan. Selalunya kalau nak masak mesti kena lengkap dengan sayur dan ‘haiwan-haiwan’ dalam mi, barulah sedap.
Tapi, tak semua bahan yang mak-mak masukkan itu anak suka. Tambahan pula kalau ada sayur, lambat la pula nak habiskan nanti. Entah apa yang buat anak-anak tak suka sangat makan sayur.
Jadi, kalau dah tahu anak tak beapa nak makan sayur, mak-mak boleh cuba resipi mi goreng budak sekolah yang dikongsikan oleh Umi Watie ini.
Paling best, resipi mi goreng ini nampak sedap sangat dengan basah-basah dan berkilat. Apa rahsia masakannya. Moh kita cuba.
Setiap pagi, rutin mak-mak tentulah uruskan anak sekolah. Jadi nak cepat dan mudah, kakchik buat mi goreng budak sekolah untuk sarapan.
Memang suka sangatlah anak-anak kalau tengok menu ni. Apa taknya tanpa sayur tanpa togey. Tak tahulah apa ditakutnya dengan sayur tu.
Bahan-bahan:
1 paket mi
4 biji telur
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
Isi daging dan ayam
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Bahan perasa
Cara Membuat:
1. Mi goreng yang sedap kenalah berkilat dan basah-basah. Tak adalah kering kontang. Makan pun mudah slurp slurp je.
2. Mi goreng Budak Sekolah pun menarik kan? Ini bukan anak je suka, mak bapak pun tumpang sekaki.
3. Mula-mula, gorengkan telur hancur. Masak Dan angkat letak tepi.
Ads
4. Dalam kuali yang sama, tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Tumis sampai garing tau. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili tu. Ini kan untuk budak sekolah, mana boleh pedas sangat.
5. Bila bahan kisar dah garing, masukkan lauk yang ada. Kakchik bubuh daging dan ayam je. Kalau nak bubuh sotong ke udang ke pun boleh.
6. Bila ayam dan daging dah masak masukkan 2 sudu besar sos tiram 5 sudu besar sos cili dan ¼ cawan kicap manis. Kacau-kacaukan biar dia mesra.
7. Masukkan air ½ cawan biar kan merenih kejap.
Ads
8. Masukkan sebungkus mi kuning. Kakchik guna mi kuning jenama numee berat 450g tau. Sedap elok dah dengan bahan kisar tadi tu.
9. Bila mi dah elok sebati dengan semua bahan, masukkan telur goreng hancur yang dah kita ketepikan tadi.
10. Kacau seketika dan siap.
Mingguan Wanita : Masak simple macam ni pun dah sedap sangat ni. Mahunya tak cukup satu bungkus.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Peria mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun ramai yang tak suka makan peria kerana rasanya yang pahit.Selain dibuat ulam dan masakan berkuah, peria juga boleh dijadikan kerepek dan sedap digoreng garing!
Rupanya nak buat kerepek peria sendiri di rumah, pastikan peria yang disagat tersebut direndam dalam air garam dan perah peria tersebut sekejap. Barulah hasilnya kerepek peria yang digoreng, elok garing rangup malah sedap tak pahit.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri kerepek peria goreng garing yang rangup dan sedap ni, boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Zizah Mizie sebagai panduan.
Gi belanja sayur kat NSK tgok peria cecantik terbayang kerepek peria kat kepala mulut pun berair..tiber.Jadilah kerepek peria petang nih.
Bahan-Bahan:
Peria
Tepung Bestari (pedas)
Tepung Beras
Garam
Minyak Masak
Cara Membuat:
1. Belah 2 peria dan buang bijinya.
2. Hiris/sagat nipis dan rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.
3. Kemudian, toskan dan basuh beberapa kali.
4. Perahkan peria letak dalam mangkuk.Gaulkan dengan tepung bestari pedas dan tepung beras.
Mingguan Wanita: Sedapnya kerepek peria ni. Rupanya kena rendam air garam dan perah sekejap. Barulah kerepek peria rangup, garing tak pahit pun. Sesuai buat untuk kudapan.
Mudah je rupanya untuk buat tempe sendiri dirumah hanya guna dua bahan utama iaitu kacang soya dan ragi tempe. Tempe mengandungi protein yang tinggi, boleh membantu mengurangkan kolestrol serta menurunkan tekanan darah tinggi. Malah bagi wanita ia mampu mengurangkan gejala monopous awal dan mencerahkan kulit wajah!
Jika selalu kita beli je tempe ni, apa kata mak-mak buat sendiri dirumah. Lebih jimat, terjamin kebersihannya malah lebih puas hati dengan hasilnya nanti.
Berikut merupakan perkongsian cara buat tempe yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh sebagai panduan.
Bahan-Bahan:
1/2 kilo Kacang Soya
1/2 sudu teh Ragi Tempe
Plastik
Cara Membuat:
1.Rendam kacang soya semalaman dalam air suam. Esoknya kita buang kulit kacang soya dengan menggesek-gesekkan kacang dengan tangan. Kalau boleh buangkan dalam 70% daripada kulit kacang soya. Kalau ada kacang yang masih bersalut sedikit-sedikit tu, tak apa. Kulit kacang soya tu saya jadikan baja di taman.
2.Rebus kacang soya hingga 3/4 masak. Bergantung pada kacang itu, masa merebus antara 3/4 jam hingga 1 jam setengah.
3.Apabila sudah lembut, toskan dan keringkan kacang. Saya jemur di luar seharian. Setelah kering, bawa masuk, biarkan sejuk sebentar. Taburkan ragi tempeh. Gaul dengan tangan bersih atau gunakan sarung tangan plastik. Kebersihan amat penting, kalau tak tempeh akan busuk.
4.Masukkan kacang dalam plastik yang sudah dibuatkan lubang bernafas sedikit. Saya cucuk guna lidi.
5.Biarkan di tempat yang bersuhu antara 27-32 darjah celsius yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Selepas 6 jam, kita boleh rasa tempeh mula panas dan berpeluh. Selepas 24-36 jam dia akan mula memutih.
Beginilah rupanya antara 36-48 jam setelah di buat.
Perlu Tahu
Ragi tempe dengan ragi Tapai berbeza ya. Bukan boleh diguna-ganti. Ragi tapai menjadikan makanan manis dan basah. Ragi tempe sifatnya macam spora cendawan halus dan tak boleh basah, ia akan mereput dan busuk.
Kalau tak ada ragi,kita boleh buat sendiri.
Cara Buat Sendiri Ragi Tempe:
1.Ambil tempe segar dari kedai yang menjual tempeh. Makna tempe segar ialah tempe yang belum pernah disejukkan dalam fridge / peti sejuk / icebox / peti ais.
2. Hiris tempe itu nipis-nipis. Letak kan dalam dulang dan jemur dibawah sinaran matahari sehingga hirisan-hirisan tempe itu kering.
3.Ambil hirisan tempe yang kering itu dan kita kisarkan menggunakan pengisar atau blender kering (yang kita gunakan untuk mengisar rempah). Tempe yang dikisar akan kelihatan seperti tepung.
4.Keluarkan tempe yang dikisar itu dari pengisar.
5.Tempe yang kini kelihatan seperti tepung itu kemudiannya diayak dengan pengayak yang kita biasa gunakan untuk mengayak tepung.
6.Hasil ayakan itulah yang dinamakan “Ragi Tempe” yang boleh digunakan untuk membuat tempe di rumah.
Pastil? Apa tu? Sekali imbas, macam karipap kan? Tapi bukan. Kalau nak tahu, ia dikenali sebagai PASTIL, sejenis makanan tradisi suku Suluk di Sabah. Apa bezanya dengan karipap ye?
Kalau karipap, biasanya intinya daging dan ayam bersama kentang atau keledek. Tapi Pastil lain. Ha..intinya bihun goreng dan dicecah pula dengan sos cuka. Menarik kan? Jom cuba untuk minum petang ni.
Bagi orang semenanjung, ada ke yang pernah makan? Orang Sabah mungkin dah biasa. Jom cuba buat Pastil ini pula! Resipi ini dikongsikan oleh Puan Tads Mahar, yang berketurunan Suku Suluk Sabah. FB:https://www.facebook.com/tadzmahar.ibnuhajar
PASTIL
Bahan Kulit @ doh:
1kg tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1 cawan kecil minyak
2 sudu marjerin
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Bahan Inti:
1/2kg bihun – rendam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kicap
Sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak
( Kalau nak letak sayuran terpulang seperti taugeh atau kubis)
Bahan Sos Cuka:
Sedikit cili padi (ikut selera nak pedas atau tak)
5 sudu besar cuka
¾ cawan air masak
Sedikit garam dan gula
Sedikit kicap manis
Penambah perasa (pilihan)
Cara Memasak:
Untuk membuat inti: gorenglah bihun macam biasa. Tumis bawang putih dan bawang merah. Letak air sedikit dan kicap. Tambahkan garam dan gula. Biarkan sejuk, boleh buat doh pula.
Untuk membuat doh, campurkan tepung gandum dan tepung jagung dalam satu bekas. Panaskan minyak dan marjerin dalam kuali. Tuang ke dalam tepung tadi dan gaul sebati (minyak dan tepung). Campurkan air masak dengan garam dan gaul sehingga larut
Tuangkan sedikit demi sedikit dalam adunan tadi. Uli doh sehingga tidak melekit di tangan. (nak doh sebati, uli dalam 30 minit). Bila sudah sebati, rehatkan doh 30 minit. Selepas tu bolehlah digelek menggunakan mesin agar doh elok nipis.
4. Ambil sedikit doh yang sudah dicanai nipis, letakkan bihun di tengahnya dan bolehlah dibentuk dalam acuan karipap atau boleh klim secara manual. Ulangi langkah hingga selesai.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hingga masak, tos dan ketepikan. Untuk membuat sos cuka; tumbuk cili padi dan 1 atau 2 ulas bawang putih sehingga lumat. Mmasukkan ke dalam mangkuk dan letaklah cuka, air masak, garam, gula, kicap dan penambah perasa (seeloknya buat masa rehatkan doh).
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...