Mak-mak dah tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba resipi mee goreng basah yang paling mudah dan senang. Rasanya, anak-anak memang suka dengan cara masakan seperti ini.
Mee goreng basah juga kalau dimakan panas-panas sangatlah sedap, lebih-lebih lagi kalau ada aneka lauk yang dimasukkan ke dalam masakan itu.
Boleh dikatakan, mee goreng basah ini menjadi kesukaan untuk setiap ahli keluarga.
Bagi yang ingin mencuba resipi mee goreng basah yang ringkas dan paling mudah ini. Nur Atiqah Othman berkongsi cara untuk membuatnya. Sangat senang dan hanya ambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja. Selamat mencuba.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi KEK OREN Sedap Macam Mak-Mak Kita Buat, Lembut Elok Gebu!
Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut
Info Lebih Menarik DI SINI
Memandangkan bahan untuk ramuan tidak banyak, saya kongsikan resipi mee goreng basah yang sangat simple. Mak-mak pejam mata pun boleh masak.
Mee ini memang kesukaan keluarga saya. Semua suka makan. Bila masak banyak-banyak selalu juga bagi pada jiran. Insya Allah senang sahaja nak masaknya.
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili kering segenggam atau 3 sudu besar cili kisar.
1 paket mee (saya guna numee)
1 ikat sayur sawi.
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 biji tomato dihiris
1 biji telur
Cara Membuatnya:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Masuk dalam kuali dengan sedikit minyak. Kemudian dah kering air bawang masukkan cili yang telah dikisar . Jaga api ya jangan sampai hangit.
2. Pastikan cili masak sampai terbit minyak.Kemudian masukkan bahan rencah. Kalau ada udang, sotong , segala jenis rencah boleh letak masa ini. Tidak lupa masukkan gula dan garam secukup rasa dan sos cili dan tomato. Adjust rasa sampai sedap.
3. Bila udang dah agak-agak masak kemudian letak mee. Kacau bagi rata tapi jangan kuat sangat. Nanti suami ingat bergaduh dengan siapalah kat dapur tu
4. Bila mee dah gaul rata saya tambah sedikit air dan sedikit kicap.Nak bagi berkuah sedikit. Jangan buh banyak sangat air sudah ya
5. Kemudian masukkan sayur sawi dan tomato.
Kacau dengan api yang perlahan ya.
6. Okay ini bila dah agak layu sayurnya. Api masih perlahan.
7. Kemudian masukkan sebiji telur. Letak keliling dan jangan kacau lagi. Tunggu masak baru gaul sekata.
Api perlahan juga ya.
8. Dah agak telur rata semua dan masih berair boleh angkat dah. Siap untuk dihidang.
9. Inilah mee goreng basah simple dan sangat mudah disediakan. Tak banyak bahan pun insya Allah jadi.
MW: Mak-mak yang sibuk dan tak tahu nak masak apa, bolehlah hidangkan untuk keluarga. Buat sarapan atau minum petang, memang best!
Sumber: Nur Atiqah Othman,
Suka masak dan suka cerita
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita