Mee Celup memang cukup popular di Thailand. Rasa masam, manis, pedas memang secukup rasa. Apatah lagi kuahnya dihirup panas-panas, memang padu, berpeluh dahi makan tak cukup semangkuk! Nak buat pun mudah je, dan berbaloi untuk hidangkan sekeluarga.
Bagi peminat Mee Celup Ala Thai kena cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar ini.
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha.
Ok, jom kita mula.
RESIPI MEE CELUP ALA THAI BERPELUH DAHI TAK CUKUP SEMANGKUK
Bahan-Bahan:
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
Cara Membuat:
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Hahaha.
Ok, selamat mencuba ya.
Baca Lagi Di Sini:
Tip Pilih Tepung Beras, Rupanya Setiap Jenis Ada Kegunaan Masing-masing
Akar Ketumbar, Minyak Bawang Putih, Buat Kuetiaw Sup Thailand Bertambah Sedap!
DAUN KETUMBAR Kekal Segar Selepas SEBULAN, Simpan Dalam Bekas Kering Kedap Udara!
MW:Sedapnya resipi Mee Celup yang dikongsikan ini. Terbayang hirup kuah sup yang masam, manis, pedas secukup rasa, memang padu berpeluh dahi tak cukup semangkuk. Kena cuba buat sendiri di rumah memang berbaloi.
Sumber: Iza Abu Bakar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI