Bagi mak-mak yang suka makan Mashed Potato, Kambing Perap dengan Sos Blackpepper boleh buat sendiri di rumah. Bukan apa, bila buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan. Nak buat pun senang je.
“Semalam kita dah share resepi mashed potato dengan sos blackpepper yang senang dan sedap.Hari ini jom kita try buat resepi kambing perap yang senang lagi mudah,jimat dan murah.”
3 Sudu besar butter (saya guna je butter spreads tu)
10 biji kentang
200ml susu (lagi sedap guna fresh milk, full krim tapi saya guna low fat milk sebab tu ja ada)
Garam
Serbuk ajishio blackpepper
1. Rebus kentang hingga empuk, ambil kentang sahaja.Air rebusan lebihan dibuang.
2. Semasa kentang masih panas masukkan butter dan garam.Saya guna hand mixer untuk hancurkan kentang.
3. Masukkan susu mix lagi, lepas tu masukkan garam dan serbuk blackpepper secukup rasa.
Baca Lagi Di Sini:
Perapan Daging Bakar Tahan SETAHUN, Simpan Guna Teknik Rendam Air Panas
2 kg kambing
1 peket Sos kimball blackpepper
1 labu Bawang putih (1/2 dadu, 1/2 blender dengan sos kimball tu)
1.Basuh kambing, sejat kambing untuk buang air tu. Bawang putih separuh kita dadu dan separuh lagi kita blender dengan sos kimball tu.
2.Selepas tu kita amik kambing tu celup-celup la dalam sos tu. Dah siapp..senang kan!
Bawah ni resepi sos yang saya share semalam. Sos ni sedap di makan dengan mashed potato dan kambing perap.
1 tin sos carbonara berkrim
2 biji Kentang rebus (hancurkan)
Susu full cream/fresh milk/low fat (sukat bagi penuh 1 tin sos carbonara
tu)
3/4 sudu besar blackpepper (blender kering)
3 biji bawang putih (di dadu)
2 sudu besar butter
Kicap manis
Garam
1. Butter dipanaskan hingga cair, masuk bawang putih. Dah naik bau masukkan sos carbonara.
2. Masukkan susu dan kentang yang dilenyek tadi, kacau sentiasa sebab takut hangus.
3. Masukkan blackpepper dan kicap agak-agak dapat warna yang di kehendaki dan garam secukup rasa.Ok siap!
Selamat Mencuba!
MW: Wah menariknya. Kena cuba resipi Kambing Perap, Sos blackpepper dan Mashed potato. Lebih jimat, mudah nak buat dan gerenti sedap.
Sumber: Farmiza Masur