Resipi Lengkap, Detail Satu Persatu Diajar Cara Buat PUDING MANGGA Sedap & Cantik!

Share

Sedapnya buat Puding Mangga, makan sejuk-sejuk. Selain buat untuk makan sendiri boleh juga buat untuk jualan nanti, mesti ramai yang suka.

Boleh cuba resepi lengkap Puding Mangga by Mr.Ali yang dikongsikan ini sebagai panduan;

Sangat mudah. Jom buat!. Saya guide secara detail tau biar semua berjaya buat dengan sedap & cantik)

Bahan-Bahan:

( Loyang petak 8 inci)

Lapisan Pertama (putih)

Potong dadu 4-5 biji mangga. Nak kurangkan pun boleh
8 gram agar-agar tali
3 cawan air
50 gram gula
130 gram susu segar
30 gram dairy whipping cream

Lapisan Kedua (kuning)

300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga (blend mangga, sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus.Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga.Dah blend sila tapis)

Beli Sunquick Mangga murah dekat sini.

8 gram agar-agar tali
3 cawan air
30 gram gula
130 gram susu cair
30 gram dairy whipping cream
3 sudu makan sunquick mangga

Cara Membuat:

Lapisan Pertama (Putih)

1.Potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.

2.Letak atas api sederhana 8 gram agar-agar tali + 3 cawan air.

3.Biarkan mendidih dan agar=agar tali tadi terurai, masukkan 50 gram gula. Dah larut baru masukkan 130 gram susu segar + 30 gram dairy whipping cream.

4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api.

5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.

Baca Lagi Di Sini:Puding Oreo Milo, Basahkan Acuan Dengan Air Supaya Mudah Dikeluarkan

Lapisan Kedua ( kuning) Dalam 3-4 biji mangga

1. Api sederhana, masukkan 8 gram agar-agar tali + 3 cawan air.
2. Bila mendidih masukkan 30 gram gula.

3. Bila gula dah larut masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga & 3 sudu makan sunquick mangga.

4. Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 2-3 minit. Off api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi. Sebelum tuang cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat dan tak terpisah.

5. Setkan dalam 3-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. Insya Allah sedap. Buatlah juga untuk jualan.InsyaAllah ramai suka.

Siap!

Mesti Baca:Lelaki Ini Kongsi Cara Buat PUDING BUAH Resipi Maknya, Paling Mudah Dan Senang!

Artikel Menarik:Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!

Mingguan Wanita:Sedapnya puding mangga ni, terima kasih berkongsi resipi dan ajar panduan lengkap buat puding mangga ni sampai jadi. Boleh buat untuk jualan juga nanti.

Sumber:Muhammad Ali

Macam ni cara betul potong daging rupanya.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Nak belajar buat sambal jawa, begini caranya.

SUNQUICK

Published by
Suhaidah Abd Wahab