Resipi Lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP!

Share

Jika selalu mak-mak masak nasi putih berlauk sahaja, sesekali bila ada hari-hari istimewa boleh buat masak sendiri set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis yang sangat sedap ni. Memang berbaloi dan puas hati makan. Tak lah dapat makan Nasi Minyak waktu kenduri je.

Boleh cuba set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis resipi perkongsian Puan Nurul Ateekah ini;

Nasi Minyak ramai orang suka makan tiap kali kenduri, mesti rindukan nak makan nasi minyak. Malah,sekarang musim PKP, kenduri pula perlu ditangguhkan. Yang teringin nak makan nasi minyak, boleh lah cuba masak di rumah. Saya sertakan Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP!

1.Nasi Minyak

Bahan-Bahan:

5 pot Beras Basmati
1 cawan Susu Cair
5 biji Bawang merah (dihiris halus)
3 biji Bawang putih (dihiris halus)
2cm Halia dihiris/atau ditumbuk
1 batang Serai (dikatok)
1 biji Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
1 batang kecil Kayu Manis
3 biji Bunga cengkih
2@3 sudu besar Minyak sapi
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (hujung sudu)
Garam dan serbuk perasa (agak-agak)

Cara Membuat:

1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan.
P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air atau ( air rebusan daging).

2.Tumiskan bahan-bahan nih sehingga Naik bau..haaa..Yang warna putih Tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing.memgeluarkan minyaknya)lemak beku Tu la…(macam minyak sapi Tu).

3.Masukkan ,kayu Manis,buah pelaga,Bunga cengkih,Bunga lawang,bawang putih,bawang merah,serai,halia.Tumis sehingga keperangan dan masukkan kunyit 1 sudu kecil.

4. Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan biarkan seketika.

5. Masukkan pula susu cair dan kacau sebati.

6. Masukkan air 5 pot beras= 5 kali x 1¼ cawan air atau ( air rebusan daging).

7.Lubangkan 4 tempat dan masukkan.pewarna kuning telur..tunggu 10 minit, gemburkan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.

*Siap. Taburkan bawang goreng,daun ketumbar dan kismis (jika suka).

2.Daging Masak Hitam

Bahan-Bahan:

1 kg daging (direbus sehingga empuk)
4@5 sudu besar Kacang peas dalam tin (jika suka)
Kismis
1 kotak @ 4 sudu besar kismis
½ botol kecil kicap Manis (saya guna cap kipas udang)
1 batang serai dikatok
2 batang Daun kari
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
3 sudu besar Gula pasir@gula Melaka
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
4 senduk Air rebusan daging

Bahan Kisar:

5 batang batang serai
10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai,bawang yang dihiris, bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
2.Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan serbuk kari dan serbuk sup.(masak seketika).
4.Masukkan air asam jawa 1 sudu besar.
5.Masukkan kicap Manis, air rebusan daging dan masukkan sekali daging yang telah direbus.
6.Masukkan kismis,kacang peas dan biarkan agak sedikit kering.Kalau suka berkuah pun tak pe)
7.Perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam dan serbuk perasa. Siap dihidang.

*Kuah masak hitam NIH saya selalu masak sehari sebelum nak makan. Esok tu saya panaskan semula. Rasa kuah hitam ni melekat sampai dalam daging dan tulang.

*Air rebusan daging kambing atau lembu jangan dibuang, buat untuk masak nasi minyak bertambah sedap nasi minyak nanti. Tak pun boleh simpan untuk buat sup.

Acar Timun Bertumis

Bahan-Bahan:

1 biji Timun (dipotong panjang)
1 biji Lobak merah (dipotong panjang)
15 biji Bawang kecil
15 biji Bawang putih
2 cm Halia dihiris halus-halus
1 sudu besar Biji sawi
3 sudu besar Cili kisar
1 sudu besar Rempah Kari ikan
1 sudu besar Gula melaka
1 sudu besar Gula putih
2 sudu besar Kismis
2 sudu besar cuka
Garam
Serbuk perasa
1 batang Daun kari
3 sudu besar Minyak masak

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak masak, masukkan biji sawi dan daun kari.
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan serbuk kari dan masak seketika.
4.Masukkan,halia,bawang kecil dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan).
5.Apabila sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa dan kismis.
6.Masukkan lobak merah dan timun, masak lembut sehingga masak.

*Acar Timun Bertumis ini juga sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur atau ikut yang disukai.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Sambal Nasi Kerabu Sedap Dan Tahan Lama, Rupanya Inilah Rahsia Penjual

MW:Menarik juga resipi lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis SEDAP ni. Sesekali tukar selera keluarga dan sesuai buat untuk hari-hari yang istimewa.

Sumber: Nurul Ateekah

Published by
Suhaidah Abd Wahab