Resipi Lengkap KUIH LOMPANG, Nak Makan Sendiri, Buat Jualan Pun Boleh!

Share

Jika suka makan kuih lompang yang comel dan lembut boleh buat sendiri di rumah. Malah nak buat jualan pun boleh sangat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan satu adunan boleh dapat 41 biji.Memang sangat jimat, berbaloi dan puas hati hasilnya.

Boleh ikut resipi dan cara lengkap yang dikongsikan oleh Puan Suria Kasim ini.

Malam ni kita rajin nak share cara-cara buat kuih lompang. Siapa yang sudi amekla. Kita halalkan dunia akhirat. Nak buat makan boleh, nak jualan pon boleh.

Bahan-Bahan:

1 cawan Gula
4 cawan Air
daun pandan
3 cawan tepung beras
1 sudu makan air kapur
1 sudu teh perisa ros
Pewarna pilihan

Cara Membuat:

1. Masak air dan campurkan gula.

2. Masak sampai mendidih dan jangan lupa letak daun pandan sekali.

3. Kemudian, campurkan air gula yang dah mendidih tadi dengan tepong beras.Kacau dan tapis. Wajib tapis. Air gula tu tak payah tunggu betol-betul sejuk. Kasi agak-agak suam sikit je, terus gaul dengan tepong. Campuran air suam tu yang buat kuih tu berlompang. Agak-agak dalam 4 ke 5 minit.

4. Campurkan air kapur yang dah dikeruhkan.

5. Selepas itu, masukkan pula perisa ros. Jangan penuh sangat, nanti dia wangi jadi tak sedap kuihnya.(Macam dalam gambar tu dah sedang elok sedap dah).

6. Dah siap kacau tepung tadi, bahagikan dia nak warna apa. Suka hati.

7. Sementara tu, oleskan acu lompang dengan minyak masak dan jangan lupa didihkan air dalam pengukus dulu.

8. Tuang adunan 3/4 lebih kurang. Air kukus dah mendidih, baru letak rak yang ni dan kukus 15 minit dengan api sederhana kuat.

9.Taraaa..hasilnya selepas 15 minit. Jangaan terus matikan api, bukak penutup dan biarkan dalam 4 ke 5 minit macam tu..baru matikan apinya.

10. Kukus pula kelapa parut campur garam dan gunting-gunting daun pandan.Kukus sekejap je. Beli kelapa parut minta yang putih je.

11.Da siap. Macam ni saya jual 30pcs RM10 je.

12.Balance makan dekat rumah.

Info Ekstra!

  • Pastikan sukat pakai cawan yang sama.Saya pakai tepung beras cap teratai.
  • Biasa 1 adunan dapat dalam 41 biji.
  • Boleh juga masukkan kelapa pastu terus tutup api. Tapi jangan biarkan lama sangat dalam kukus, takut lama-lama nanti kelapanya kering. Kukus kurang 5 minit pun ok.

Selamat mencuba

Baca Lagi Di Sini:
TEKNIK 2 Kali Goreng, Kuih Bom Bijan Cantik ‘Confirm’ Tak Meletup!

Ini Caranya KUIH GUNTING SIRA PEDAS, Rangup Tak Lemau Tahan Lama!

KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan Bakar Sehingga Permukaan Garing!

Mingguan Wanita: Sedapnya kuih lompang ni. Kuih dulu-dulu, yang sangat lembut dan puas hati bila buat sendiri.Nak buat jualan pun boleh sangat.

Sumber: Suria Kasim

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab