Resipi Lala Buttermilk Cheese, Modal Pun Tak Mahal Mana

Share

Sesekali cubalah resipi Lala Buttermilk Cheese ini. Mudah saja nak membuatnya. Malah, nak dapatkan bekalan lala pun mudah sebenarnya.

Boleh cari yang frozen di pasaraya. Berbanding kerang, lala ini boleh dibuat bila-bila masa yang anda mahukan.

Dapur Mak Rerama, Umie Watie berkongsi resepi mudah sedia ini. Kongsinya, “petang ni kita minum petang macam omputih sat. Lala Buttermilk Cheese namanya. Meratah saja pun sedap oi. Makan dengan roti boleh. Makan dengan spageti pun boleh tau.

Jom kita buat.

Bahan-bahan dan cara ada di setiap gambar. Selamat mencuba.

Cara Buat Lala Buttermilk Cheese

Sedap oiii. Meratah saja pun sedap yakmat. Lemak berkrim disukai ramai. Lagi-lagi ada topping cheese tu. Tak jadi lauk kalau masak gini. Kalau yang buat diet keto atau atkins memang boleh buat. Nak tau apa ke benda atkins dengan keto tu boleh gugel ek.

Bahan-bahan

  • 1kg lala
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api
  • 1 sdb chili flake
  • 1 sdb lada hitam
  • 1 cawan susu segar
  • 4 keping keju
  • Daun bawang
  • Keju mozarella

Mula-mula tumiskan bawang putih cincang. Tumiskan sampai dia naik bau. Masa ini bau dia Masya-Allah sistur memang bikin cacing goyang Inul.

Bila bawang putih dah kekuningan bubuh cili api, chili flake dan lada hitam. Kalau suka pedas boleh gandakan jumlah cili api. Kakchik suka pedas manja-manja macam kakchik. Manja tu kakchik, yang pedas tu korang.

Semua dah garing dan wangi bubuhkan susu segar. Takde susu segar bubuh susu cair pun boleh. Nak bancuh susu anak pun boleh. Takde hal ye adik kakak.

Bila susu dah mendidih masukkan keju keping. Gaul gaulkan supaya semua rata. Kena adil dan saksama.

Bila keju dah cair elok masukkan lala yang dah dibasuh bersih dalam kuali. Gaul gaulkan biar lala masak.

Sedia Untuk Dibakar

Tuangkan dalam mangkuk cantik yang tahan ketuhar.

Taburkan keju mozarella dan daun bawang. Bakar dalam ketuhar 180 darjeh selsius selama 25 minit sampai keju cair.

Tada dah siap, hidangkan pada anak dan suami. Sesekali makan gini seronok juga. Modal pun tak mahal mana. Selamat mencuba korang.

Sedap oiii. Meratah saja pun sedap yakmat. Lemak berkrim disukai ramai. Lagi-lagi ada topping cheese tu. Tak jadi lauk kalau masak gini. Kalau yang buat diet keto atau atkins memang boleh buat. Nak tau apa ke benda atkins dengan keto tu boleh gugel ek.

Baca sini : Acong Sweetchild jual pai keju, air tangan isteri demi kelangsungan hidup

Sumber/Foto : Umie Watie

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer