Isi Kandungan
ToggleMudah rupanya nak buat laksam yang sedap. Laksamnya lembut dan kuahnya berlemak secukup rasa. Lebih penting untuk sukatan 4 orang makan.Sesuai sangat untuk keluarga kecil dan masakan harian.
Boleh cuba resipi laksam yang dikongsikan oleh Puan Nor Aida ini;
Melaksam malam ni. Resepi saya dah pernah share kat sini.Ni saya share resepi untuk makan 4 orang makan.
Bahan-Bahan (Laksam):
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak
Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan di atas, kacau sampai tak berketul.
2.Kukus dengan pinggan Ikea, saya letak 2 senduk adunan.
3.Kukus sampai gelembung (3minit). Bila angkat, dah suam-suam baru gulung.
Bahan-Bahan (Kuah Laksam):
1 biji kelapa santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
gula
garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
Cara Membuat:
1.Blend bahan yang bertanda *. Masukkan dalam periuk bersama santan. 2.Masukkan bahan-bahan lain yang diatas, kacau sampai mendidih..jangan tinggal nanti berketul.
3.Kemudian perasakan dengan gula dan garam.
Siap!
Baca Di Sini:
Laksam Tak Melekat, Bergulung Sendiri Syaratnya Pakai Pinggan Plastik Sapu Sikit Minyak!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat laksam sendiri di rumah boleh ikut resipi yang dikongsikan ini.
Sumber: Nor Aida
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Petai Ikan Bilis Sedap, Bungkus Siap! Hadiahkan Ke Ibu Mentua
Isi Kandungan
ToggleResepi sambal petai ikan bilis ini istimewanya sebab menggunakan banyak petai. Kongsi pemilik resepi Firda Ashaary, kebetulan terjumpa petai bergantung di gerai.
Cepat-cepat dia beli untuk diri sendiri dan ibu mentua. Dah alang-alang itu, masakkan juga sambal petai bilis. Nanti bolehlah dihadiahkan pada mentua.
“Balik dari serambi Afrika itu hari, kitaorang ada exit Tapah. Sekejap je exit, kat simpang tu je. Pastu keluar balik, teruskan perjalanan.
Mata aku nampak petai bergantungan, besar weii mata dia. Laju aku suruh EncikRoy u-turn.
“Petai Yang, petaiiii. Patah balik!”
Aku beli 2 ikat. Satu untuk rumah aku. Satu untuk rumah ibu mertuaku. Jadi semalam EncikRoy nak pi hantar barang untuk maknya, aku seksiap buatkan sambal petai bilis.
“Dah kenapa sambal petai bilis bukan sambal bilis petai?” tanya nitizen kepala petak.
Ehh, sukati saiya lah nak letak nama gitu. Saiya yang mashakkk. Lagipun petai lagi banyak dari bilis. So petai bilis lah.
Bukan bilis petai.
Kah!
Step semua kat gambar yer. Rajin pulak aku snap. Haha.
Cara Memasak Sambal Petai Ikan Bilis Sedap
Panaskan minyak, jangan sikit sangat ehh. Agak-agak lah yer.
Pastu masukkan cili kering yang siap dikisar bersama bawang besar. Aku memang ada stok cili kisar ni dalam peti ais.
Mudah.
Haritu ada aku share macam mana buat cili kisar ni cara aku.
Ohh lupa, minyak tu korang guna lah dulu untuk goreng bilis.
Petai ni aku potong buang tepi dia tu, pastu aku belah dua.
Risau ada ulat pulak kat dalam. Kang tambah lemak-lemak, kau pun tak tahu.
Saja aku masak sekali kulit supaya bila makan mulut tak terlalu berbau. Ni petua arwah tok aku, makan petai sekali kulit.
Basuh dan tos kan lah dulu petai tu.
Campak asam keping 2.
Malas aku nak tag makcik asam keping hitam tadi. Kang dia kata aku nak menunjuk pulak asam keping aku helokk.
Tapi,
Memang helok pun oii.
Bak kata Jijah,
“Alashhh lion!”
Masukkan :
- Gula 3-4 sudu makan
- Garam sikit je (sebab bilis dah masin)
- Ajinamoto secoet.
Sori lupa snap gambar gula dan garam.
Korang kenal kan? Takkan gula dengan garam pun keliru kot.
Lagi resepi sambal : Sambal ikan bilis bertambah sedap, kena tumis gula jadikan karamel dulu
Pastikan Sambal Dah Tukar Warna
Dah nampak sambal kita dah tukar kaler. Dari cerah ke merah gelap. Kacau-kacau sikit, pastu tuang lah bilis yang dah goreng tu.
Gaul lagi, supaya dorang berbaik-baik. Nak duduk lama kan, kena la berbaik.
Aku lupa lagi nak snap gambar bilis.
Dah takkan korang tak kenal bilis?!! Agakla.
Nampak sambal dan bilis tu dah berbaik mesra je, kau masukkan lah watak ketiga di antara mereka berdua tu.
Ehh, bahan ketiga.
Bahan penting ni, PETAI.
Korang jangan lupa,
Takde petai, takde lah orang nak panggil nama dia SAMBAL PETAI BILIS. Orang panggil sambal bilis je. Walaupun sambal bilis ni top dan fevret semua.
Taraaaaaaa.
Sambal Ikan Bilis Petai Siap!
Nampak sedap kan? Haruslah.. dah ada petai maaaa.
Cuba takde petai.
Biasa je lah pemandangan dia.
Ada petai, terus menarik jadinya. Gandingan mantap!
Sedap oii.
Cukup rasa semua. Malah kadang berlebih-lebih pulak rasanya.
Tak kurang asam, ehh tak masam
Dan tak manis.
Tak tawar atau masin
Tak pedas, just nice.
Sedap namateyy!
Selamat Mencuba Korang.
Semoga kurusssssh!
Sumber/Foto : Firda Ashaary
Cari Petai Fresh Dari Kebun di sini : https://invol.co/cl90ai5
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaul Tepung Jagung Sebelum Goreng, Baru RANGUP Ikan Bilis Tumis CILI Kering
Isi Kandungan
ToggleIkan bilis ini tak kisahlah dibuat sambal, sedap dimakan dengan nasi. Kalau digoreng dibuat kudapan pun jadi ketagih, tapi syaratnya kena gaul dengan tepung jagung. Serba-serbi berkait dengan ikan bilis memang sedaplah.
Tapi paling penting dalam menentukan sedap atau tidak ikan bilis adalah bila dimasak ia kekal rangup. Mungkin mak-mak boleh cuba petua ini.
Menurut perkongsian Noraslinda Md Radzhi, ikan bilis harus digaul tepung jagung dahulu sebelum digoreng. Barulah ikan bilis jadi rangup.
Ikuti perkongsian, Noraslinda Md Radzhi ini:
Ini resipi ikan bilis goreng tumis dengan cili kering gunting, bawang putih, sos cili dan sos tiram.. Anak-anak memang makan, mereka ratah macam itu saja sebab rangup digaul tepung jagung sebelum digoreng.
Ada ke yang nak cuba buat. Simple saja caranya, paling penting sedap .. ceewaahhh.. Hehehe..
Kalau makan dengan nasi panas-panas boleh menambah…
Bahan-bahan (termasuklah tepung jagung):
Segenggam ikan bilis
Tepung jagung secukupnya ( fungsinya bila dah masak ikan bilis lebih rangupnya )
5 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )
3/4 tangkai cili kering di gunting halus ( rebus dan toskan )
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
Sedikit air
Baca Di Sini:
RAHSIA Buat Telur Dadar Crispy, Pastikan Bancuhan Betul-Betul SEJUK Sebelum Goreng!
Rempeyek Ekspres, Guna Kulit Popia, Janji Ada Kacang & Ikan Bilis
Info menarik, boleh klik di sini.
Langkah-langkah Buat Ikan Bilis Rangup:
1. Ikan bilis di cuci bersih, toskan. Kemudian, tabur tepung jagung, gaul hingga tepung melekat pada ikan bilis.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering yang telah digunting, kacau hingga cili sedikit garing.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan air. Kacau sebati.
5. Biarkan sedikit pekat, masukkan ikan bilis. Gaul rata, siap.
MW: Rasanya yang masam, manis bukan sahaja sesuai untuk makan bersama nasi panas. Makan macam tu saja pun layan.
Sumber: Noraslinda Md Radzhi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
KIMCHI Stail Tekak Melayu, Kos Tak Sampai RM10 Boleh Dapat 3 Bekas!
Isi Kandungan
ToggleBagi yang selalu tengok drama Korea, pasti perasan hidangan tradisi masyarakat di sana antaranya seperti Kimchi ini. Rasa sayur jeruk kobis, pedas manis dan masam yang sangat sesuai dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng dan mee segera. Kimchi memang ada jual di pasaran namun sebenarnya nak lebih jimat dan berbaloi, boleh buat sendiri di rumah je. Kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas. Malah terjamin kebersihan serta status halalnya kerana kita tahu ramuan dan bahan-bahan yang digunakan.
Sebelum cuba resipi ni, admin nak share kalau ada yang nak beli mesin pengisar baru yang elok dan tahan lama boleh cuba Primada Smart Cooking Blender ini. Best tau lagi murah kalau guna code yang disediakan berbaloi sangat harganya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Noor Azmawani Ismail ini sebagai rujukan;
Bila encik suami minta belikan kimchi, tetiba rasa kedekut. Benda kita boleh buat, boleh jimat kenapa nak kena beli. Anggaran kos bahan mentah tak sampai RM 10 boleh dapat 3 bekas. Secukup rasa seadanya.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
Bahan-bahannya:
Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
Sebiji lobak merah – hiris nipis
Sebiji lobak putih – hiris nipis
Segenggam daun bawang – potong sederhana panjang
5 ulas bawang putih *
Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
Satu inci halia tua *
5 sudu sos ikan *
2 sudu kecil gula merah *
3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
Garam halus secukupnya
3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
Cara Membuat:
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dengan bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan lobak dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* Kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* Kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* Simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* Nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* Sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh….berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gambar tak beresepi. Ingatkan tak laku. Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.
Pada yang suka kimchi…sukalah. Yang kata masam atau tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.
Baca Lagi Di Sini:
‘Gilgeori Korean Street Sandwich’, Inti Macam Murtabak Makan Dengan Roti Bakar & Butter
Masak Sendiri Makanan Korea ‘Jjajangmyeon’, Buat Sos Blackbean Guna Taucu!
Ini Trip Jalan-jalan Ke Korea Lapan Hari, Dengan Bajet RM1400
Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Yang Penting ‘Tekak Melayu’ Pun Boleh Layan
Mingguan Wanita: Menarik juga buat kimchi sendiri di rumah. Sesekali nak tukar selera Korea atau nak layankan anak-anak yang suka makanan korea ni, boleh cuba buat sendiri. Lebih jimat dan yakini bersih dan halalnya. Kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas, memang berbaloi.
Sumber: Noor Azmawani Ismail
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI