Resipi Laksa Penang Ekspress Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!

Share

Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling ‘bercinta’ dan rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh.Makan masa pula tu nak buatnya.

Namun menurut perkongsian resipi daripada Puan Nazra Queen, ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.

Mak-mak pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur.Cuti panjang hujung minggu ni, kalau ada tetamu yang datang ‘mengejut’ boleh lah cuba resipi laksa ekspress ni.

Bahan-Bahan:
1 kg Laksa
Air secukupnya untuk didihkan laksa

Cara Membuat:
Panaskan air dalam periuk.Bila air mendidih masukkan laksa dalam 3 hingga 5 minit.Tutup api & toskan airnya.

Kuah Laksa
Bahan-Bahan:
2-3 keping asam keping
belacan saiz ibu jari
10tangkai cili kering direbus hingga lembut (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
1 batang bunga kantan
2biji bawang besar
1 tin Sardin (saiz kecil)
1 liter air

Cara Membuat:
1. Kisar asam keping, belacan, cili kering, bunga kantan dan bawang besar sehingga hancur.


2. Setelah hancur, masukkan 1 tin sardin saiz kecil beserta sos sardin dan kisar sekali lagi.
3.Curahkan ke dalam periuk, selepas itu masukkan pula air penuh mengikut sukatan blender tersebut.(sukat air guna blender).
4.Letak daun kesum yang telah dibasuh.Jangan buang batang daun kesum kerana ia menambahkan aroma pada kuah laksa.
5.Masuk garam &perasa secukup rasa. Didihkan atas api sehingga daun kesum jadi layu dan bahan-bahan kisar sebati dengan kuah.


6.Boleh dihidangkan bersama telur,salad,timun,bawang,cili, bawang dan sebagainya.


Selamat Mencuba!

Sumber: Nazra Queen

Published by
Suhaidah Abd Wahab