Resipi Kuih Seri Muka Ikut Sukatan Cawan, Tak Susah Pun Nak Buat

Share

Kuih seri muka memang ramai ‘pengikutnya’. Ramai yang menganggap membuat kuih tradisi seperti kuih seri muka susah. Sebenarnya tak susah mana pun asalkan kita tahu tip yang boleh dipratikkan ketika memasak.

Seperti resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha

hanya menggunakan sukatan cawan. Mudah sangat nak buat!  Jom kita buat kuih seri muka ikut sukatan cawan. Gerenti menjadi dan rasa pun sedap.

RESIPI KUIH SERI MUKA IKUT SUKATAN CAWAN

Bahagian bawah

3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam

Cara membuat:

  1. Cuci pulut toskan.

2. Masukkan santan dan garam.

3. Kukus dalam talam selama 25minit kemudian angkat.

4. Penyek-penyek hingga padat.

Bahagian atas

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam

Tak Susah Pun Nak Buat

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan-bahan.

2. Kisar hingga adunan halus.

3. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.

4. Kukus 30 minit.

5. Siap untuk dihidang.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Published by
Has