Resipi KUIH ROS Confirm Jadi, Sedap Rangup Elok Cantik Kejadiannya!

Share

Kuih Ros atau juga Kuih Goyang antara kuih tradisional kesukaan ramai. Rasanya yang sedap rangup berlemak malah selalu dijadikan kudapan sampingan. Bahan-bahan yang digunakan pula memang tak banyak, namun jika salah bancuhan atau adunannya cair boleh menyebabkan kuih ros tersebut kembang, lembik dan tak elok kejadiannya.

Nak buat Kuih Ros yang elok dan confirm jadi boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Yati Yati
ini sebagai panduan;

Kuih ros korang panggil apa ye. Nak resepi yang confirm jadi tak?

Resepi Kuih Ros (Bahan-Bahan):

1 peket ( 500 gram) Tepung beras
1 cawan gula/ boleh kurangkan..
3 cawan Santan
2 biji Telur
Sedikit Garam
Sedikit Air kapur

Cara Membuat:

1. Kacau gula dan telur sampai hancur.
2. Masukan tepung beras, santan, garam dan air kapur. Siap.
3. Boleh la mula goreng ye guna api sederhana ye. Sebelum tu rendam dulu acuan dalam minyak ye..bila acuan dah panas baru celup dalam bancuhan tepung ni ye.

 

 

Biasanya kalau bunga kembang tu sebab bancuhan cair.

Selamt Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan Bakar Sehingga Permukaan Garing!

BAHULU CERMAI Gebu 4 Bahan, Bakar Dalam Oven Elok Tak Melekat!

Mingguan wanita: Nak buat Kuih Ros yang elok dan confirm jadi boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya, rangup berlemak dijadikan kudapan harian.

Sumber: Yati Yati

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab