Resipi KUIH BAKUL Homemade Halal, Kukus 8 Jam Wangi Alas Daun Pisang!

Share

Kuih Bakul (Nian Gao dalam Kantonis) merupakan makanan tradisi kaum Cina yang sering disediakan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Bahan utamanya adalah tepung pulut dan ia berbentuk seperti dodol. Jika beli di pasaran, mungkin kita ragu-ragu dengan status halalnya dan bahan-bahan yang digunakan. Sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah. Malah dijamin halal dan yakin kebersihannya.

Boleh cuba resipi Kuih Bakul yang dikongsikan oleh Puan Hidjrah Ali
ni.

Kuih bakul resepi dari jiran. Seperti yang dijanjikan kuih bakul cara saya macam dodol.

Bahan-Bahan:

500 gm tepung pulut (sebungkus)
190 gm gula pasir
400 gm gula merah
500 ml air
Santan 200 ml
Beberapa helai daun pisang

Cara Membuat:

1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.


5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).


6. Didihkan air dan kecilkan api.
7. Tuangkan adunan ke dalam tin.

8.Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.

Siap! Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Bukan Saja-Saja Dihidangkan, Ini Simboliknya Kenapa Yee Sang Jadi Makanan WAJIB Ada Ketika Raya Cina!

Doktor Ini Terang Cara Betul Makan Limau Mandarin, Nanti Taklah Batuk Atau Sakit Tekak

MW:Jika sebelum ni ragu-ragu nak beli kuih bakul di pasaran, boleh buat sendiri di rumah. Yakin bersih dan terjamin status halal bahan-bahannya.

Sumber: Hidjrah Ali

Published by
Suhaidah Abd Wahab