Resipi Kuih Apam, Kembang Mekar Macam Bunga, Lembut & Gebu

Share

Kuih apam ialah antara kuih tradisional yang menjadi pilihan ramai tanpa mengira peringkat usia. Kuih apam mempunyai rasa yang sedikit manis, lembut, gebu dan pasti akan memuaskan selera pencinta makanan manis.

Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, kuih apam

juga tidak sukar untuk disediakan. Jika nak cuba, resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ini antara yang mudah. Bolehlah cuba buat untuk minum petang atau sarapan. Pasti menjadi!

Resipi Kuih Apam, Kembang Mekar Macam Bunga

RESIPI KUIH APAM 

BAHAN-BAHAN:

1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya

Lembut & Gebu

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.

2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.

3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan.

4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.

5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas.

6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag).

7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit.

8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

NOTA: Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam. Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

Baca artikel berkaitan di sini: Resepi Apam Manja Gebu Ini Paling Mudah Nak Buat, Sesimple ‘Lipat, Picit, Angkat’! Disertakan Video

Apam Milo Viral 4 Bahan Kukus 20 Minit Siap, Pertama Kali Buat Terus Menjadi!

Resipi APAM NASI Tak Pernah Ubah, Ikut Kod 3112 Mesti Jadi!

Published by
Has