RESIPI Kuah KOKTAIL BUAH Sedap Sukatan Banyak, Sesuai Mak Anak Ramai!

Share

Buat Kuah KOKTAIL BUAH Sedap Sukatan Banyak, Sesuai Mak Anak Ramai. Nak buah koktail buah memang mudah, namun yang paling penting sukatan untuk kuahnya kenalah tepat barulah sedap. Mak-mak yang ada anak ramai atau nak buat majlis ke sesuai sangat buat ikut resipi ni. Memang sedap, puas dan jimat berbaloi berbanding beli. Nak buat berniaga pun elok sangat.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zuraida ini sebagai panduan

Jom buat koktail buah. Sukatan banyak,sesuai majlis ka,anak ramai ka. Kalau nak buat sikit kurangkan sukatan. Resepi halal Dunia akhirat.

Untuk kuah koktail:

Bahan-Bahan:

1 liter Susu full cream
1 tin Susu sejat
3/4 tin Susu pekat (ikut sendiri nak lebih atau kurang )
1/2 cawan non dairy Whipping (nk pakai brand apa pn boleh)
secubit garam

*Satukan dan kacau sampai sebati

Buah ( ikut suka hati nak pakai buah apa)
buah naga
buah mempelam
buah kiwi
buah plum
buah blueberry
buah anggur merah
buah anggur hijau
buah anggur hitam
buah mata kucing
buah delima
buah strawberi

 

 

 

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Lelaki Ini Kongsi Cara Buat PUDING BUAH Resipi Maknya, Paling Mudah Dan Senang!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Lengkap, Detail Satu Persatu Diajar Cara Buat PUDING MANGGA Sedap & Cantik!
Artikel Menarik:Resipi Puding Triffle CANTIK, Sangat Sedap & Senang Nak Buatnya!

Mingguan Wanita: Menarik juga buat koktail buah ni. Makan sejuk-sejuk lagi best. Sesuai untuk buat waktu ada majlis, ada anak ramai atau nak buat berniaga pun boleh sangat.

Sumber:Zuraida

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab