Masih dalam mood raya, buat mak-mak yang nak buat kuah kacang makan dengan nasi impit atau ketupat untuk tetamu yang datang boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Hanie Rosly ini.
Ada macam-macam resipi untuk memasak kuah kacang, namun menurut Hanie, kuah kacang original sangat simple dan hanya menggunakan 4 bahan je.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Nak share resepi kuah kacang simple.Resepi kuah kacang original ada 4 bahan je. Senaaang sangat nak buat, tapi kite sendiri buat bertahun- tahun baru menjadi. Sebab apa? Sebab tak ikut tips utama, lebihkan minyak sikit.”
“Masa kita kekecik dulu arwah tuk kita jual sate, ini la resepi kuah kacang nye.”
Simpan sini, esok senang nak refer.
Ads
Bahan-Bahan:
500gm Kacang Tanah
Minyak Masak
2 biji bawang besar (Dihiris halus)
Cili Boh/Cili Kisar
Cara Membuat:
1. Kacang tanah dah siap bersih kulit 500gm goreng tanpa minyak. Jangan sampai hangus tau, kacaaaau je sampai warna coklat-coklat sikit.
2. Selepas itu, blend kan dengan air. Kalau suka krup krap krup tu, jangan blend sampai halus, boleh tinggal sikit kacang besar-besar lepas tu letak tepi dulu.
3. Gorengkan bawang besar 2 biji yang dah dihiris halus dalam minyak yang lebiiiih skit.Jangan lebih banyak-banyak sangat sebab nanti kacang pun akan keluarkan minyak.Asal terendam kacang yang kita blend tu dah ok.
4. Bila bawang dah garing, masukkan cili boh sikit.Kalau cili tu pedas gilaaaaa masuk la sikit. Kalau cili tu tak berapa pedas, letak la 2 sudu besar ke. Cantik warna cili tu nanti, seri la sikit kuah kacang kite.
5. Lepas cili dah pecah minyak, masuklah kacang yang kita dah blend dengan air tu. Lepas tu kacau je jangan sampai berkerak kat bawah. Kalau pekat sangat tambah je air mengikut kepekatan yang kita suka.Jangan cair sangat tak sedap.
6. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Siapppp!
Ads
Info Ekstra!
Macam mana nak tau masak ke tak? Rasa je..kalau ada rasa kacang mentah tu, belum masak laaa jawabnye. Masak lama-lama sikit pun tak ape, tambah je air supaya tak pekat sangat.Lepas tu… Call encik asben suh beli roti… makan dengan roti.
Ads
Senang kan? Ada kacang, bawang, cili boh, garam gula, jadilaaa kuah kacang made in Kajang with loveee.
Semoga bermanfaat!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat resipi kuah kacang ni. Senang sangat guna 4 bahan je. Sedap di makan dengan nasi impit, sate dan ketupat.
Sumber: Hanie Rosly
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bosan juga kalau hari-hari makan nasi je. Ha..mi pun cukup mengenyangkan selain nasi. Macam-macam resipi berasaskan mi. Bila dah bosan makan nasi, bolehlah cuba masak mi pula. Pilih saja nak masak apa. Dah tak perlu lagi masak nasi. Boleh kenyang dan boleh makan berulang-ulang. https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Resipi yang dikongsikan ini untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak ye. Boleh simpan untuk buat acara makan-makan lepas PKP habis nanti…
MI BAKSO
Bahan-Bahan:
5kg mi kuning | celur
300gm bawang merah | kisar
500gm bawang putih | kisar
50gm halia kisar
10 helai daun limau purut | kisar
5 batang serai | kisar
5 liter air
100gm rempah sup
5 biji cili merah | hiris
50gm lada putih
20gm serbuk lada hitam
500gm bebola daging
100gm daun bawang | potong halus
50gm taugeh
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
Tambahkan garam secukup rasa.
Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan taugeh.
MI LADNA
Bahan-Bahan:
5kg mi kuning | celur
100gm halia kisar
30gm bawang putih kisar
400gm isi ayam
1kg sotong
500gm udang
1kg sawi
10 biji cili padi | belah dua
500gm lobak | hiris
2kg bunga kubis | potong
2 tin cendawan butang | hiris
5liter air
50ml sos tiram
5ml minyak bijan
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
Tumis halia, bawang putih yang dihiris halus.
Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayuran.
Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
Masukkan garam secukup rasa.
Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.
MI HAILAM
Bahan-Bahan:
5kg mi kuning | celur 150gm bawang putih | kisar 300gm bawang merah | kisar 500gm isi ayam 300gm udang 50ml kicap pekat 20gm lada hitam 300ml sos tomato 350ml sos tiram 5 liter air 20gm cili merah | hiris nipis 400gm bawang goreng 6 biji telur 100gm bunga kubis | potong 300gm sawi | potong Sedikit tepung jagung Minyak masak secukupnya Garam dan gula secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan tos. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.
Rambutan Asam Boi, Begini Cara Nak Buat, Penggemar Asam Mesti Suka
Rambutan asam boi sememangnya menjadi kesukaan penggemar asam. Sekarang sedang musim buah rambutan, elok sangatlah buat rambutan asam boi ini. Makan sejuk-sejuk memang ‘terpaling’ asyik.
Sebenarnya tak susah pun nak buat rambutan asam boi. Bahan pun tak banyak dan yang paling penting cara nak buat pun alahai senang sangat. Buat banyak-banyak boleh makan berulang-ulang. Nah ini resipi asam boi seperti yang dikongsikan oleh Ani Zam
RAMBUTAN ASAM BOI
Bahan-bahan:
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
CARA MEMBUAT:
1. Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.
4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.
5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri mayonis dirumah. Pastinya ia lebih sedap, terjamin kebersihannya malah menjimatkan tak perlu beli di kedai lagi.Bukan apa, mayonis selalu menjadi sos pencicah seperti nugget, sosej, kentang goreng mahupun dinikmati bersama salad, sandwich dan sebagainya.Bila dapat buat sendiri lebih puas hati dan pastinya berbaloi, lebih-lebih lagi bila anak-anak pun pun suka.
Resepi cara membuat mayonis ini dikongsikan oleh Nabihah Sukria sebagai rujukan mak-mak semua.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?”
Bahan-Bahannya:
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
1 sudu kecil mustard
2 sudu besar gula
300 ml minyak (Boleh guna apa-apa minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran).
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)
Cara Membuat:
1. Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonis menjadi kental.
3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
4. Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
PERINGATAN;
* Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonis tu bersih dan kering dari sebarang air.
* Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap-siap, boleh doublekan resepi ni ok.
* Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.
* Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.