Jika ada mangga muda, kedondong atau apa juga buah yang masam-masam memang sedap dicicah dengan kuah colek. Makan beramai-ramai dengan anak-anak, adik beradik atau kawan-kawan memang seronok, tak perasan sekejap je dah habis. Nak cari resipi kuah colek yang sedap secukup rasa ada caranya. Caranya mudah dan hanya guna 5 bahan sahaja.
Boleh cuba resipi kuah colek yang dikongsikan oleh Puan Hanisah Baharuddin ini.
“Petang-petang nie sedap mencolek pelam epal.Kita colek dalam lesung batu (yang nie testing-testing lepastu jangan lupa bubuh dalam mangkuk yeee).Nah, kita selitkan resepi kuah colek sekali”
Ads
Bahan-Bahan:
Cili Api
Gula Melaka
Belacan
Asam Jawa
Kacang Goreng (kisar)
Cara Membuat:
1.Tumbuk gula melaka, belacan dan cili api. 2.Dah lumat tambah kicap manis dan gaul sebati. 3.Tambah asam jawa gaul sebati. 4.Masukkan kacang banyak mana kita nak.
Ads
Siap, Selamat Mencuba.
Ads
Tip Ekstra!
Jika tiada gula melaka, nak ganti dengan gula merah kabung atau gula perang pun boleh.
MW: Sedapnya kuah colek ni. Kecur rasanya jika dicicah dengan mangga muda, kedondong, epal hijau dan sebagainya. Nak buat pun senang sangat, mak-mak memang kena cuba!
Selalunya bila teringin nak makan aiskrim kita beli je di kedai. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri aiskrim Milo homemade di rumah. Memang jimat dan lebih sedap, tak payah beli lagi.
Boleh cuba buat Aiskrim Milo homemade, ikut resepi yang dikongsikan oleh D’jara Twin ini.
Semalam try buat ice cream milo homemade. Serius sumpah sedap macam Cadbury. Bahan nak buat pun senang je nak cari.Yang ada anak tu boleh la try. Tak payah keluar rumah lagi nak beli ice cream. Jimat pun jimat
Bahan-Bahan:
1 tin Susu cair
1 cawan Milo
2 sudu besar Serbuk koko
2 sudu besar Susu pekat
1-2 sudu besar Ovalet
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun (mixer) dan adun sehingga pekat dan sebati.
2. Apabila telah pekat, masukkan pula ke dalam bekas.
3.Hias dengan coklat chip. Kemudian masuk dalam peti ais semalaman.
MW: Boleh cuba buat Aiskrim Milo ni nanti. Bahan-bahannya pun tak banyak dan senang nak buat. Anak-anak mesti suka, sedap dan memang lebih jimat bila buat sendiri.
Mak-mak penggemar pancake atau nak cuba kelainan untuk buat sarapan pagi atau minum petang, boleh cuba resipi Pancake Jepun ini. Sangat gebu, lembut dan sangat sedap.Cara nak buat pun mudah sangat, bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak, masak atas kuali non stick je.
Nak rasa macam mana sedap dan gebunya Pancake Jepun ni, boleh cuba buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Nornaim Keng ini.
“Rugi tau tak buat lagi..serius sedap tau. Senang sangat buatnya, bahan pun tak banyak. Try buat 1 adunan, dapat diselamatkan 2 keping je..lain-lain anak dah makan. Jadi la 2 keping ni untuk mama dia. Cepat buat, rasa macam kek cheese je. Viral sekarang makanan ni. Meh saya share resepi, lihat di setiap gambar ye.”
Pancake Jepun
Bahan-Bahan:
2 biji telur gred B (jangan hairan tu telur ayam Jepun. Baru semalam beli..ayam duk dalam econ sebab tu colour putih)- ayam pun reti panas ye ..(asingkan putih dan kuning telur ye)
40g tepung kek
½ sudu kecil esen vanila
25g susu full cream
25g gula kastor
½ sudu keciljus lemon
* Kalau guna tepung gandum, tambah ½sudu kecil baking powder.
Cara Membuat:
1.Pukul putih telur sehingga bertanduk..macam dalam gambo ni ye. Kalau tak bertanduk lagi..pukul je lg..takyah gune mixer, gune whisk je.Kejap je, dalam 7 minit macamtu..kalau lagi laju cepat je bertanduk.. Kasi tangan tu kurus sikit ye.
Masukkan bahan putih telur dah berbuih sikit, masuk gula..kacau sampai bertanduk..baru masuk jus lemon.
2. Ini adunan kuning telur..campur tepung kek+ esen vanila + susu full cream ( saya guna Dutch lady je).
3.Ambil sedikit adunan putih telur tadi, masuk dalam adunan kuning telur ni.Kacau sedikit bagi adunan cair sedikit.
4.Campur adunan telur tadi ke adunan telur putih ni ye. Kacau kaup balik ok..kalau tak tau cara kaup balik tu cer Google caranya.
5. Ini masa buat 3 ketul..selamat anak-anak ngap dah..jadi proses buat yang ni tak dapat nak snap. Sapu butter sikit dekat kuali.
6. Letak bancuhan dalam kuali, guna cup sukatan, agak-agak je letak. Buat 3 atau 4 kali. Tambah adunan tadi..jangan letak banyak-banyak, selepas letak adunan..titikan air sedikit di kuali, jangan atas adunan..terus tutup kuali tu tau.
7.Taraaa …nasib dapat 2 ketul je..kalau tak merajuk mama pi batu belah batu bertangkup.
8.Nampak ke gebunya..gebu macam pipi tuan yang buatnya la….tak payah buh gula icing..makan macam tu pun dah sedap.. Baik habiskan cepat kang anak datang minta lagi.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Namun kalau selalu makan begitu sahaja, jemu juga sebenarnya. Rupanya, biskut ini juga boleh dibuat puding.
Jadi kalau ada biskut lemak dekat rumah tu, tak habis-habis makan, mak-mak boleh cuba resipi puding yang dikongsikan oleh Siti Aishah Hussin ini. Cukup mudah nak buatnya hanya guna 3 bahan. Rasanya pula sangat sedap, lembut dan lemak manis. Orang tua dan anak-anak pun sesuai sangat makan.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Sekali tengok macam kuih lapis.Dua kali tengok pun macam kuih lapis.Tiga kali tengok pun serupa kuih lapis.Tapi ni bukan kuih lapis.Ini puding tau.”
“Puding 3 bahan, nak buatnya pun mudah.Dah siap ni, kita potong-potong masuk dalam bekas dan sejukkan.Esok pagi sambung makan lagi.”
1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang.Toskan.
2.Masukkan semua bahan dalam blender, blender sampai halus.
3.Bahagikan 3 warna (mula-mula kita nak buat warna warni.. tapi ada 2 warna je kat dapur.. layann)
MW:Menariknya resipi puding biskut cream crackers ni. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, lembut lagi sedap makan waktu sejuk-sejuk.
Norazian pilu suami terkorban nahas FRU, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi suami tercinta.Pagi tadi negara dikejutkan dengan...