Jika ada mangga muda, kedondong atau apa juga buah yang masam-masam memang sedap dicicah dengan kuah colek. Makan beramai-ramai dengan anak-anak, adik beradik atau kawan-kawan memang seronok, tak perasan sekejap je dah habis. Nak cari resipi kuah colek yang sedap secukup rasa ada caranya. Caranya mudah dan hanya guna 5 bahan sahaja.
Boleh cuba resipi kuah colek yang dikongsikan oleh Puan Hanisah Baharuddin ini.
“Petang-petang nie sedap mencolek pelam epal.Kita colek dalam lesung batu (yang nie testing-testing lepastu jangan lupa bubuh dalam mangkuk yeee).Nah, kita selitkan resepi kuah colek sekali”
Ads
Bahan-Bahan:
Cili Api
Gula Melaka
Belacan
Asam Jawa
Kacang Goreng (kisar)
Cara Membuat:
1.Tumbuk gula melaka, belacan dan cili api. 2.Dah lumat tambah kicap manis dan gaul sebati. 3.Tambah asam jawa gaul sebati. 4.Masukkan kacang banyak mana kita nak.
Ads
Siap, Selamat Mencuba.
Ads
Tip Ekstra!
Jika tiada gula melaka, nak ganti dengan gula merah kabung atau gula perang pun boleh.
MW: Sedapnya kuah colek ni. Kecur rasanya jika dicicah dengan mangga muda, kedondong, epal hijau dan sebagainya. Nak buat pun senang sangat, mak-mak memang kena cuba!
Kepak atau sayap ayam bakar madu memang digemari ramai, tak kira mak ayah mahu pun anak-anak. Ini kerana kombinasi rasa manis dan masinnya yang sangat membangkitkan selera.
Kali ini, Nana Sabrina https://www.facebook.com/MrsKhai86 berkongsi resipi dan cara-cara nak masak kepak ayam bakar madu. Dia memang sarankan guna kepak ayam kerana jika guna paha ayam, akan lambat masak kerana isinya tebal.
Yang menariknya, Nana Sabrina membakarnya di dalam kuali saja dan bahan perencahnya pun tak banyak. HANYA GUNA LIMA BAHAN PERASA SAJA!Kira resipi bajet jugak lah ni. Selain guna kuali, boleh bakar dalam oven atau air fryer. Walau pun hanya guna lima bahan perasa, namun rasanya tetap sedap meletup kebabom tau!
Jom Tengok Apa Bahan Untuk Kepak Ayam Bakar Madu Guna Lima Bahan
Bahan-bahan:
12-15 keping kepak ayam – bersihkan
4-5 ulas bawang putih – racik
1 sudu makan madu (nak lebih manis guna 2 sudu)
5 sudu makan kicap Mahsuri Pedas
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak /minyak zaitun
*Kalau tak ada kicap Mahsuri pedas, gunakan kicap manis. Tapi tambahkan cili padi hiris. Letak sikit je, jangan banyak nanti pedas pula anak-anak makan. Tapi kalau lebih rasa manis dan tidak pedas, guna saja kicap manis ye. Boleh ubah suai ikut selera masing-masing.
Cara Membuat:
Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih. Setelah naik wangi dan bertukar keperangan, masukkan kepak ayam. Masak sehingga ayam bertukar warna jadi keperangan. Pastikan guna kuali yang tak melekat (Non stick pan). Masak menggunakan api kecil.
Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering ataupun likat. Tutup api, sedia dinikmati panas-panas! Mantap!!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada caranya supaya kacang goreng bawang putih yang kita buat sendiri rasanya sedap, rangup berlemak. Rupanya kena rebus sekejap dengan santan. Kacang bawang putih ini sedap dijadikan kudapan ketika tengok tv, berkelah tepi pantai dan sebagainya. Lebih jimat,berbaloi dan puas hati bila kita buat sendiri di rumah. Malah terjamin kebersihannya serta tanpa bahan pengawet. Paling menarik, ikut resipi ni, kali pertama cuba buat pun dah menjadi.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norazila Jowailini.
Pertama kali goreng, Alhamdulillah menjadi rangup lemak.
Bahan-Bahan:
Kacang besar (saya guna Kacang Shandong)
2 cawan Santan pekat
3 cawan Air (agak-agak terendam kacang tu)
5 ulas bawang bawang putih
Setengah sudu Garam
2. Kemudian rebus dengan bahan di atas sampai mendidih, kira-kira dalam 20 minit lebih kurang, bagi lemak. Saya ikut cara orang Indonesia buat.
3. Angkat toskan biar air santan kering.
4. Kemudian, goreng hirisan bawang putih dan masukkan juga daun kari. Jangan goreng kacang lama sangat agak kekuningan bawang putih dah garing, boleh angkat.Kacau dalam 10 minit, boleh angkat.
Nasi goreng, salah satu hidangan yang wajib ada atas meja pada waktu pagi. Kadang-kadang, tak perlu ada lauk lain dah, cukup dengan ini saja. Mulalah ingat nostalgia dulu-dulu tatkala nenek yang masak.
Peliknya bila masak nasi goreng, rasa tak sama dengan nenek atau mak kita buat. Padahal, bahan dan cara buat dah sama. Itulah air tangan nenek dan mak-mak kita yang tiada galang gantinya.
Kali ini, Surianti Kitchen berkongsi resipi nasi goreng yang macam nenek masak. Kembalikan nostalgia nenek masak dulu.
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
7-10 tangkai cili kering – rebus sekejap
Segenggam ikan bilis – rendam anggaran 10 minit supaya lembut
3 biji telur
4 cawan nasi putih
.
Caranya;
1. Tumbuk kasar bahan di atas dan boleh tambah sedikit belacan, jika suka.
.
2. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ikan goreng. Tumbuk sekali.
3. Panaskan minyak masak.
4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk kasar tadi.
5. Masak sehingga naik bau dan naik minyak sedikit.
6. Selepsa itu, masukkan 3 biji telur
7. Kacau sebati.
8. Kemudian masukkan 4 cawan nasi sejuk.
9. Garam secukupnya.
10. Kacau sebati sehingga berasap, barulah angkat.
11. Boleh dihidangkan dan dinikmati.
Mingguan Wanita : Tak perlu bahan macam-macam. Cukup dengan ikan bilis dan telur pun dah berselera sangat ni.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Ibu sebak terima kejutan, Jojo Ghazali hadiahkan jam mewah Rolex. Sentiasa menjadi pendorong kepada kejayaan anaknya dalam sukan Muay Thai hingga mencipta nama di...