Resipi kopi pelaga bukan kopi sebarangan. Ada banyak khasiatnya yang perlu kita tahu. Lagipun, nak buatnya tidaklah susah pun, bahan-bahan sampingan yang mudah didapati.
Kali ini Siti Aisyah atau dikenali Kak Ice berkongsi resipi kopi pelaga yang bagus untuk wanita terutamanya selepas bersalin. Nak buat pun senang sangat. Paling penting, hidang dan bagi minum pada suami sebab kopi ini pun berkhasiat untuk lelaki.
Kalau nak tahu, kopi ini, ibu saya yang hidangkan untuk saya sepanjang tempoh berpantang.
Antara khasiat kopi pelaga ialah mengawal tekanan darah, melawaskan kencing, memberi tenaga dan memperbanyakkan susu.
Bestnya, resipi ini juga digunakan untuk merawat lelaki yang mengalami masalah mati pucuk dan ketidasuburan.
Bahan:
250ml air panas
1 sudu besar serbuk kopi Arabica/Robust – dibakar 25% sahaja
3 biji buah pelaga – disangai atau diigoreng tanpa minyak tapi jangan sampai hitam. Cukup sampai naik bau sahaja
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan hitam atau habatussauda
2 sudu besar madu lebah asli
Ads
Cara Penyediaan:
1. Campur kesemua bahan kering (kecuali madu) dengan air menggelegak. Kalau rebus pula, pastikan guna api yang kecil.
2. Kalau hanya direndam air panas, tutup kole lebih kurang 5 minit.
Ads
3. Hidangkan bersama madu lebah asli.
Khasiatnya:
1. Bagi ibu berpantang, minuman ini membantu untuk cepatkan luka bersalin/pembedahan sembuh, campurkan dengan kuning telur ayam kampung 7 hari berturut-turut.
Ads
2. Bagi lelaki yang ada masalah mati pucuk (cepat orgsm/ lemah syawat), campurkan kuning telur ayam kampung ketika waktu subur isteri. Amalkan setiap pagi. Lelaki bermasalah begini perlu pantang minuman berais, berangin dan mandi malam.
Semoga bermanfaat
Mingguan Wanita : Sekadar usaha. Mungkin cara ini boleh membantu. Mudah-mudahan.
Aiskrim vanila homemade. Selalunya, nak cepat dan mudah, mak-mak beli saja kat kedai. Tapi, bila anak-anak makan, sekali hadap saja. Maklumlah kegemaran anak.
Kalau nak dikira, dari segi harga pun boleh tahan juga, bergantung pada jenama juga. Satu dah gernti tak cukup. Tambah-tambahkalau perasa vanila atau coklat.
Apa kata kita buat sendiri aiskrim vanila homemade. Rasanya sama macam kedai. Lagi jimat dan mudah untuk mak-mak buat banyak.
Buat penggemar tegar aiskrim, boleh buat sendiri. Rasanya sedap dan memang jimat banyak. Paling best, hanya guna blender saja.
Bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Caranya:
Kisar semua bahan di atas sehingga likat.
Selepas itu masukkan ke dalam bekas.
Letak dalam peti ais sejuk beku.
2-3 jam dah boleh makan dengan anak-anak.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak buatnya. Anak-anak pun mesti suka. Kalau nak perasa milo, boleh saja letak milo pula kan.
Menariknya bila boleh buat minuman yogurt sendiri. Berbanding yang dijual dipasaran pastinya mempunyai bahan pengawet, pewarna dan kandungan gula yang tinggi. Ia sangatlah membahayakan kesihatan. Menurut perkongsian Sumaiyah Abdullah kali ni mak-mak boleh buat minuman yogurt sendiri je. Jika ada tanam pokok buah mulberry dirumah, bolehlah cuba buat yogurt perisa ini.Rasa masam manisnya sempurna betul-betul rasa macam minuman yogurt yang ada dipasaran.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut;
“Dah viral minuman yogurt atau berkultur bahaya sebab kandungan gulanya tinggi, kita boleh bikin sendiri je kat rumah. Paling penting tanpa pengawet. Tak susah pun. Semudah abc, macam-macam buah kita boleh pilih. Kali ni saya nak kongsi yogurt mulberry.Betul-Betul rasa macam minuman yogurt. Masam manis tu sempurna.
Buah mulberry yang dah masak ranum. Yang ni dah manis. Korang nak pilih buah lain pun boleh, macam nenas, mangga, strawberi, epal, apa-apa je lah, asalkan buah itu tak terlalu masam.
Bahan-Bahan:
Natural yogurt
Gula organik
Buah Mulberry
Cara Membuat:
1.Lenyekkan mulberry dalam pan atau periuk.
2.Masukkan air dan panaskan sekejap. Jangan sampai menggelegak.
3.Tapis dan sejukkan.
4.Masukkan yogurt asli dan gula organik. Sukatan suka hati. Nak pekat, tambah lebih. Yang penting gula jangan lebih-lebih.
5.Shake atau blend je.
6.Jadilah minuman yogurt tanpa pewarna dan pengawet. Sejukkan dalam peti, anak balik sekolah terus minum.
Punten, Rupa Macam Nasi Impit Tapi Bukan, Ini Langkah Demi Langkah Buatnya
Punten rasanya sedap dan selalu menjadi pilihan untuk menu sarapan pagi mahupun minum petang. Cara masaknya nasi lemak sebab ada santan tapi bukan. Teksturnya lembut macam nasi impit.
Yang membezakan punten dengan nasik lemak dan nasi impit ialah punten dilenyek dan dijadikan berbentuk. Selalunya punten dimakan bersama sambal bilis.
Jom kita cuba resipi punten seperti yang dikongsikan oleh Shanaszy Aisy ini.
RESIPI PUNTEN DAN SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
1:3 sukatan beras dan santannya.
2 pot beras
6 pot santannya. Guna sebiji kelapa.
Sedikit garam bagi rasa lemak
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)
CARA MEMBUAT:
1. Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
2. Lepas itu bila sudah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
3. Ambil botol, sarung dengan plastik supaya mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh. Guna botol sos tomato pun boleh. Boleh juga guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional bukan?
4. Sudah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Nak bentuk lebih cantik, guna acuan kuih pun boleh.
5. Boleh juga alas talam atau loyang dengan daun pisang. Selepas itu tuang sahaja dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Apabila sudah sejuk barulah potong. Rupanya cantik bila dipotong ikut persegi!
Pasangan menu Punten ini tentulah sambal bilis.
RESIPI SAMBAL BILIS:
BAHAN-BAHAN:
Sengenggam cili api
7-8 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih/
2 genggam ikan bilis. Segenggam dikisar. Selebihnya nanti tabur dalam sambal masa dimasak nanti.
Sedikit belacan jika suka /
Garam dan gula secukup rasa
1-2 asam keping/
Masak semua bahan di atas. Bila sudah masak, sambal bilis bolehlah digandingkan dengan Punten tadi.
Sumber: Shanaszy Aisy via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...