Sedapnya kuih koci labu. Biasa kita dengar koci pulut hitam dan nikmatnya bila bersalut pekatan santan dan intinya.
Kalau ada lebihan labu, bolehlah gunakan untuk buat koci labu pula. Memang sedap untuk buat minum petang.
Apa yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ini bukan saja cara nak buat koci labu tapi tip yang diberikan supaya intinya lembap dan tidak kering.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: TIP Tanam Sayur KUBIS BUNGA, 3 Atau 4 Bulan Dah Boleh Tuai Hasil
Tip Kek Buah ‘Moist’, Rendam Buah Dengan Air Suam, Gaul Tepung, Gerenti Jadi!
Info Lebih Menarik DI SINI
Bahan-bahan:
½ biji labu – kupas kulit dan kukus hingga masak.
Lenyek labuh dengan sedikit garam.
1 paket tepung pulut
Sedikit air kapur
Sedikit pati santan
Tak perlu pewarna sebab labu sudah kuning
Cara Membuatnya:
1. Masukkan tepung pulut ke dalam bekas, labu yang dilenyek uli sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit pati santan dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
3. Buat bulat-bulat dan masukkan sedikit inti.
4. Daun pisang yang disapu minyak terlebih dahulu.
5. Letakkan doh di atas daun pisang dan balut kemas.
6. Panaskan pengukus dan apabila air mendidih, barulha masukkan kuih koci.
7. Kukus selama 15 minit.
Resipi Inti Kelapa
Sebiji kelapa muda
Gula merah
Gula pasir
Garam
Daun pandan
Caranya:
1. Campurkan semua bahan dan masukkan sedikit air masak.
2. Kacau sehingga kering.
Info:
Kalau nak inti yang sedap, kena guna kelapa yang tidak tua sangat atau kepala muda. Jika kelapa tua, intinya terasa agak kering dan kurang berlemak.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Bila makan barulah rasa lembap dan berlemak. Lagi sedap bila bersalut dengan santan. Nikmatnya!
Sumber: Noriza Awang Hamat
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita