Resipi KIMCHI Air Tangan Ibu, Ranggup Segar Pedas, Masam Manis Masinnya Sempurna!

Share

Memang istimewa resipi kimchi air tangan ibu ini, ia paling sedap, kena selera dan citarasa sendiri serta secukup rasa! Eas ranggup, segar, pedas, masam manis masinnya sempurna!

Bagi yang selalu tengok drama Korea, pasti perasan hidangan tradisi masyarakat di sana antaranya seperti Kimchi ini. Rasa sayur jeruk kobis, pedas manis,masam dan manis yang sangat sesuai dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng dan ramen.

Sebenarnya boleh buat sendiri Kimchi ni di rumah je. Malah terjamin kebersihan serta status halalnya kerana kita tahu ramuan dan bahan-bahan yang digunakan.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira
ini

Kimchi dari air tangan ibu yang disayangi.Paling sedap dan kena dengan selera. Masa zie mengandungkan baby Khalid haritu sampai mengidam lah kimchi umi ni.. Alhamdulillah umi trus buatkan.

Ranggup, segar, pedas, masam, masin dan manisnya sempurna sedikit rasa lemak-lemak dari serbuk cili. Pernah beli di pasaraya tak boleh telan banyak. Masam, masin sangat dan terlalu kuat rasa jeruk. Zie kongsi disini resipi kimchi My mom

Bahan Sayur:

1 biji Kobis panjang pilih yg besar
1 batang lobok merah- dihiris halus memanjang
1 tangkai Daun bawang
1 genggam Daun kucai
½ biji sengkuang dihiris nipis memanjang
1 sudu kecil Bijan disangai (optional)
Garam kasar secukupnya untuk perap kobis

Bahan Pes:

4 sudu besar serbuk cili babas atau mengikut pedas disukai
4 susu besar cili kisar/cili boh
6 sudu besar cuka makan
3 sudu besar minyak bijan
Sos ikan secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Kisar:

1 biji epal fuji
½ biji buah lai/pear
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Halia
1 sudu makan Udang kering

Cara Membuat :

1.Cuci kobis hingga bersih. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar di setiap helaian kobis perap 1jam siap perap bilas kobis dengan air sambil tekan-tekan buang air masin dari kobis. Toskan tekan-tekan lagi supaya kering air pada kobis (kalau air banyak nanti kimchi jadi terlalu berkuah.

 

2.Dalam bekas besar masukkan semua bahan pes dan bahan kisar lalu kacau sebati.Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas, manis, masin dan masam.

3.Masukkan kobis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur diatas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur. Siap.

4.Enak makan yang baru siap. Ranggup-rangup dan boleh jerukkan perap simpan dalam peti.

#kimchidapurpolis #kimchi

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:KIMCHI Stail Tekak Melayu, Kos Tak Sampai RM10 Boleh Dapat 3 Bekas!
Baca Lagi Di Sini:Masak Sendiri Makanan Korea ‘Jjajangmyeon’, Buat Sos Blackbean Guna Taucu!


Artikel Menarik:Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Yang Penting ‘Tekak Melayu’ Pun Boleh Layan

Mingguan Wanita: Menarik juga buat kimchi sendiri di rumah. Sesekali nak tukar selera Korea atau nak layankan anak-anak yang suka makanan korea ni, boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap rasa sempurna, pedas, manis, masam dan masin.

Sumber:Aisyah Humaira

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab