Memang istimewa resipi kimchi air tangan ibu ini, ia paling sedap, kena selera dan citarasa sendiri serta secukup rasa! Eas ranggup, segar, pedas, masam manis masinnya sempurna!
Bagi yang selalu tengok drama Korea, pasti perasan hidangan tradisi masyarakat di sana antaranya seperti Kimchi ini. Rasa sayur jeruk kobis, pedas manis,masam dan manis yang sangat sesuai dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng dan ramen.
Sebenarnya boleh buat sendiri Kimchi ni di rumah je. Malah terjamin kebersihan serta status halalnya kerana kita tahu ramuan dan bahan-bahan yang digunakan.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini
Kimchi dari air tangan ibu yang disayangi.Paling sedap dan kena dengan selera. Masa zie mengandungkan baby Khalid haritu sampai mengidam lah kimchi umi ni.. Alhamdulillah umi trus buatkan.
Ranggup, segar, pedas, masam, masin dan manisnya sempurna sedikit rasa lemak-lemak dari serbuk cili. Pernah beli di pasaraya tak boleh telan banyak. Masam, masin sangat dan terlalu kuat rasa jeruk. Zie kongsi disini resipi kimchi My mom
Bahan Sayur:
1 biji Kobis panjang pilih yg besar
1 batang lobok merah- dihiris halus memanjang
1 tangkai Daun bawang
1 genggam Daun kucai
½ biji sengkuang dihiris nipis memanjang
1 sudu kecil Bijan disangai (optional)
Garam kasar secukupnya untuk perap kobis
Bahan Pes:
4 sudu besar serbuk cili babas atau mengikut pedas disukai
4 susu besar cili kisar/cili boh
6 sudu besar cuka makan
3 sudu besar minyak bijan
Sos ikan secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
Ads
Bahan Kisar:
1 biji epal fuji
½ biji buah lai/pear
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Halia
1 sudu makan Udang kering
Cara Membuat :
1.Cuci kobis hingga bersih. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar di setiap helaian kobis perap 1jam siap perap bilas kobis dengan air sambil tekan-tekan buang air masin dari kobis. Toskan tekan-tekan lagi supaya kering air pada kobis (kalau air banyak nanti kimchi jadi terlalu berkuah.
Ads
2.Dalam bekas besar masukkan semua bahan pes dan bahan kisar lalu kacau sebati.Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas, manis, masin dan masam.
3.Masukkan kobis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur diatas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur. Siap.
4.Enak makan yang baru siap. Ranggup-rangup dan boleh jerukkan perap simpan dalam peti.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat kimchi sendiri di rumah. Sesekali nak tukar selera Korea atau nak layankan anak-anak yang suka makanan korea ni, boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap rasa sempurna, pedas, manis, masam dan masin.
Comel sungguh Donut Susu Minion ni, gebu gebas macam kapas malah sampai ke malam kekal lembut. Mengambil inspirasi karakter watak dalam animasi filem minions yang sangat comel. Nak buat donut ni pun mudah.
Boleh cuba resipi dan cara buat DONUT Susu MINION seperti yang dikongsikan oleh Puan Fienaz Shafie ini sebagai panduan.
Donut Minion viral by FienazShafie – nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas! Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi. Hampa tengok video bila kak koyak dia punya tekstur lembut.
Macam tu lah semenjak musim donut viral ni kan. Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layanzzz je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!.
Bahan resepi Donut Minion Gebu kapas:
Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)
Bahan Uli:
1 cawan Tepung Gandum
8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1sb gula kastor
1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)
1sb Majerin – guna cap pelangi je
1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada)
Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base fodd colouring)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.
2.Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
3.Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
4.Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).
5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).
6.Tutup sat donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
7.Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa). Macam video ni kak tak campur susu tepung sebab kak tak berapa suka just gula icing sahaja.
NOTA PENTING : kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu.pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.
Sesekali nak makan burger, memang berbaloi jika buat sendiri di rumah. Jika selalu goreng burger kosong begitu sahaja, rupanya bila ditambah bahan-bahan lain rasanya lebih berperisa dan berjus.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli’ ini.
Sandwic daging burger. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.
Bahan campuran:
3 keping daging burger
1/2 bawang kuning – dipotong dadu
1/2 daun sup
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji telur ayam
Cara Membuat:
1.Kacau semua sekali hingga sebati.
2.Bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.
3.Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa di atas kuali leper.
4.Letak sekeping keju di atas daging dan tutup periuk. Kita biarkan keju cair.
5.Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.
6.Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair.
7.Sos atas citarasa masing² macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.
8.Tutup dengan roti gardenia.
9.Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda.
Saya tak tambah sebarang garam sebab bagi saya daging sedia ada memang dah ada rasa masin.
Sekarang cukup berkira-kira nak bagi anak makan menu fast food tetapi kalau anak suka mak-mak boleh cuba buat tempura nugget homemade ini, perkongsian resepi mudah dan sangat menjadi daripada Puan Noor Liyana…
Asalnye nak buat sausage tapi tak ada plastik aiskrim tu, jadi terjadi lah nugget ni.. hehe.. Lembut, tak ada lemak atau keraguan sebab totally isi ayam bahagian dada yang digunakan. Senang nak buat tapi leceh sikit part nak potong ayam kecik-kecik sebab saya blend guna blender biasa.
Bahan-bahan:
1. Isi ayam (saya pakai bahagian dada dipotong kecil-kecil) dalam 700gm
2. Telur 2 biji
3. Bawang putih 5 ulas
4. Bawang merah 2 biji (saiz sedang)
5. Lada hitam (ditumbuk) ikut suka nk byk mana
6. Tepung ubi kayu 3 sudu
7. Garam dan perasa (ikut suka)
8. Tepung goreng serbaguna (saya guna brand aroma. Sedap sebab dia ada rasa pedas-pedas sikit. Brand aji pun sedap)
9. Sedikit butter
Cara-cara membuat:
1. Blend semua bahan (boleh guna food processer jika ada. Kalau tak, boleh guna blender. Tapi blend perlahan-lahan sebab takut blender rosak.
2. Kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 minit. (sebelum masuk adunan, saya ada sapu butter sikit di loyang supaya nugget cake senang dikeluarkan)
4. Kemudian, potong nugget cake mengikut saiz dan bentuk yang kite suka.
5. Bancuh tepung serbaguna dengan air. jgn pekat sgt n jgn cair sgt supaya nugget tersalut dengan sekata.
6. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna, dan goreng sehingga garing.
Nota:
Kalau nak rasa lebih sihat, boleh juga grill nugget cake tu..
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...